Followers

8.5.12

PERKONGSIAN: 10 PERINGATAN UNTUK USAHAWAN

BISMILLAH.




1. Tidak Taksub dan Terlalu Yakin Pada sesuatu Idea - Peniaga perlu pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi lebih ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Membuat Pelan Pemasaran - Terdapat banyak cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan kos. Sebagai contoh pemasaran melalui facebook, google adwords, forum di internet, dan lain-lain.

3. Kenali Pelanggan Anda - Kenali pelanggan anda secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka. Perkara ini membantu anda mengenali perubahan citarasa pelanggan, produk serta perkhidmatan pesaing anda.

4. Peka Dengan Kedudukan Aliran Tunai Syarikat - Pengurusan tunai yang mantap penting untuk memastikan perniagaan berjalan lancar pada waktu tiada jualan berlaku.

5. Ambil Peduli Tentang Kakitangan - Seorang usahawan perlu mempunyai kesabaran, kesungguhan dan kemahiran dalam memberi motivasi, bimbingan dan pengurusan pekerja supaya moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat dapat dipertingkatkan.

6. Dapat Membezakan Antara Kemungkinan Dengan Realiti - Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Membuat Pelan Jualan - Dengan adanya pelan jualan, anda dapat mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.

8. Membina Pasukan - Anda perlu membina satu pasukan untuk mengagihkan tanggungjawab walaupun anda tahu kesemuanya sebab anda tidak boleh melakukan seorang diri untuk berkembang lebih maju.

9. Perlu Ada Penasihat - Bagi perniagaan kecil penasihat mungkin dari kalangan ahli keluarga atau sahabat yang boleh dipercayai. Jadikan ahli lembaga pengarah, untuk bersama mengkaji pelan dan keputusan perniagaan secara bersama.

10. Prinsip Menghabiskan Apa Yang Di Mulakan - Seorang usahawan yang berjaya akan terus berusaha mencapai segala yang diimpikan walaupun pernah mengalami kegagalan.

Kredit - Majalah Sukses

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails