Followers

15.2.12

PERKONGSIAN: Bagaimana Mahu Berhijrah Diri?

Bismillah.

Malam ni kakchik agak kepenatan kerana siang tadi banyak memandu kerana ada beberapa urusan luar pejabat yang perlu diselesaikan. Memandu dalam Bandar Kota Bharu ada masanya amat meletihkan kerana kesesakan kenderaan di jalan-jalan tertentu yang kakchik perlu lalui. Akibatnya, kakchik tak larat untuk ke hospital menziarahi adik petang tadi. Alasan je sebenarnya tapi itulah...

Gambar Hiasan. Dipaparkan dengan izin pemiliknya.

Baiklah, nak menulis sendiri... otak kakchik pun letih. Kakchik sedang membaca mesej-mesej yang hampir 40 ada di dalam kotak Inbox di facebook dan ada juga di email. Dalam banyak-banyak tu ada lebih kurang 10 mesej berkaitan persoalan tentang BERHIJRAH DIRI. Dari isu nak ubah perangai, nak tukar penampilan dari ranggi kepada lebih sopan, nak jadi isteri solehah, nak mula pakai niqab hinggalak kepada bila masanya nak bertindak untuk berubah.

MashaAllah... kakchik tak mampu nak jawab kesemuanya kerana sekarang ni hidup kakchik agak 'huru-hara' bak kata Dr. Azizan Osman, Mentor Pemasaran kakchik. Tambah-tambah bila adik bongsu sedang berperang melawan kanser paru-paru di hospital. Kalau dah kaya-raya, boleh dah gajikan pemandu kan? Hehehe... mungkin tak seletih ini jadinya. Makin letih bila hormon-hormon badan mula berubah bila nak sampai musim ABC ni.

Dalam keadaan begini, bila hati tidak mahu menghampakan teman-teman yang mengharapkan bantuan, Allah temukan kakchik dengan satu artikel dari blog Kembara Seorang Mujahid. Tajuk posnya ialah HIJRAH DIRI yang ditulis khas sempena tahun baru hijrah 1432 yang lepas tapi tips-tips yang dikongsikan kakchik rasa masih relevan hingga sekarang. Sangat relevan. Semoga tips-tips yang bakal kakchik kongsikan ini akan turut membantu teman-teman yang dalam perjalanan menghijrah diri. Siiru ala barakatillah.

Tips-tips untuk 'penghijrahan diri' dan Insya-Allah dapat kita manfaatkan bersama.
1. NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemurkaan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya. 
2. TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat yang utama pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi seorang mukmin yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca al-Quran dengan baik. 
3. BUANG PERSEPSI YANG SALAH. Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mengkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Tetapkan apakah keinginan anda. Catatkan apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh berubah.  
4. BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA. Bagi mereka yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita-wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. 
5.PEDULIKAN KATA ORANG LAIN. Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Itulah rencah kehidupan yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana kata-kata orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah SAW pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan musyrikin. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.
6. BERDOALAH. Allah sesungguhnya telah berfirman: 
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina." 
(Al-Ghafir 40: 60) 
Berdoalah demi mengharap pertolongan daripada Allah SWT. Tiada kuasa lain yang mampu untuk memberi hidayah dan membantu keinginan anda untuk berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku. 
Sememangnya hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan anda. Kata orang, "Tepuk dada tanya Iman". Jadikanlah tahun ini, tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama.

4 comments:

  1. perkongsian yang bermanfaat. tkasih kakchik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakchik,
    Alhamdullilah, semoga kita jadi insan yang lebih baik hari ini dengan izin dan redha Allah.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik - Tepat "Niat" apapun kita lakukan dgn "Niat" kunci segala kejayaan. Mitos " You are what you read or You are what you want to be" byk menpengaruhi apa yg terjadi... Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kakchik..Alhamdulillah,dpt sy luangkan sedikit mase utk bace entri kakchik ni..Saya selalu jgk singgah blog2 niqabis ni dan blog kakchik adelah salah satu faveret saya..tips2 penghijrahan diri yang kakchik share tu sgtlah menarik..setiap perbuatan tu dimulakan dgn niat,jika kite ingin lakukan penghijrahan diri pun lakukanlah kerana Allah swt..Jazaakallahu khairan kathira kakchik..(~_^)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs