Followers

7.2.12

Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan 2012 (IMKK)

BISMILLAH.

Pagi di Kuala Lumpur. 3 Feb 2012.
Dalam perjalanan menuju IMKK.

Alhamdulillah... selepas 4 hari bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menambah ilmu, kakchik dan cik abe kini telah kembali semula ke Kelantan. Kembali dengan diri yang lebih ceria, lebih semangat, lebih beraura.

"Anda kaya dan berjaya dunia akhirat!"

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah izinkan kami menyertai IMKK bersama Mentor Kekayaan & Pemasaran No.1 di Malaysia iaitu Dr. Azizan Osman. Pengalaman berharga yang sangat-sangat berharga.

(^____^) ialah kuasa kekayaan yang paling mujarab.

Hajat hati nak bercerita tentang pengalaman menyertai IMKK tapi dah berapa kali tulis-padam, tulis-padam tak dapat juga kakchik nak ceritakan dengan sebaik-baiknya. Terlalu bagus program ini sampai tak terkata dibuatnya.

Suasana dalam dewan sebelum seminar hari pertama bermula.
Penuh sesak atas dan bawah.

Di saat ini kakchik masih mampu membayangkan satu persatu pengalaman yang dilalui sepanjang kakchik berada di KL dari 2 hingga 5 Feb sempena IMKK ini. Semangat... inspirasi... insaf... gembira... bahagia... terkedu... terkejut... tersedar... teruja.... entah, tak dapat nak huraikan dengan kata-kata.

Ringkas kata,

"Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat, semuanya adalah doa!" kata DAO.

Kakchik kini lebih mengenali potensi diri kakchik. Kakchik kini lebih faham maksud, "hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya". Kakchik kini tahu betapa pentingnya menjadi kaya dalam ertikata yang sebenarnya. Kaya harta, kaya jiwa, kaya kasih-sayang, kaya cinta, kaya senyuman, kaya sumbangan, kaya pertolongan, kaya perkongsian ilmu dan sebagainya.

"The more you give, the more you will get (from Allah and from others)." - DAO

The Law of Love iaitu satu daripada bahan perkongsian DAO semasa IMKK adalah segmen perkongsian ilmu yang paling kakchik suka. Terlalu suka kerana ia telah meningkatkan lagi ketelusan dan keutuhan hubungan kami suami isteri. Segmen ini boleh menandingi apa-apa seminar kekeluargaan atau apa-apa kursus berkenaan hubungan suami isteri atau rumahtangga.

Sepanjang IMKK, terlalu kerap DAO menyentuh isu kasih-sayang, cinta dan kepentingan hubungan suami isteri yang membahagiakan. Bagi kakchik, inilah antara faktor penting kejayaan kakchik dalam hidup dan bisnes.

The Power of Giving/Reciprocal juga tak lekang dari mulut DAO. Nyata sekali, memberi, membantu, menolong, membantu, menyumbang, menderma atau apa saja istilah yang digunapakai, intipatinya ialah memberi nilai kepada hidup orang lain dan menolong menyelesaikan masalah orang lain. Tak faham? Silalah sertai IMKK. Sangat-sangat berbaloi.

Cukuplah itu yang kakchik kongsikan tentang IMKK ini. Nak tahu lebih lanjut atau nak terinspirasi macam kakchik, kalian sendiri kena sertainya. Tak rugi apa-apa. Malah sangat-sangat membantu hidup kita di dunia dalam perjalanan menuju akhirat.

IMKK, I already miss you.

KakChik Niza
Baiti Jannati
Kg. Pulau Melaka
KB.

6 comments:

  1. salam kak chik dan semua
    terima kasih berkongsi bersama
    ilmu akhirat juga dunia
    moga kita beroleh jaya

    nak menjemput kakchik juga semua
    untuk bercuti di langkawi
    almaklum homestay dibuka rasminya
    jemputlah bertandang juga merai
    (GA dan hadiahnya penginapan 2h1m)

    http://rosebussinessmind.blogspot.com/

    jemput ye

    ReplyDelete
  2. teruja juga saya dibuatnya sebab terngiang-ngiang semangat semasa kursus dengan DAO tempohari.

    Selamat Berjaya Kak Chik!

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM KAK CHIK
    WAH SAYA YANG MEMBACA artikel akak pun terasa bersemangat,apatah lagi bg yang menghadirinya.

    ReplyDelete
  4. Kak Chik, saya pun pernah hadiri program terbaru DAO:Jutawan Industri. Itulah kali pertama saya datang program DAO. Memang best sampai saya rasa seperti dpt hidup baru.Kalau Kakchik sudi jemputlah datang ke blog saya kejayaanygindah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Saya juga nak kongsikan cerita kakchik ni dalam blog saya bole?

    ReplyDelete
  6. Salam K.chik. Apa khabar. Saya pernah jumpa suami kak chik masa kursus TAPAK (adsense) di Pasir Tumboh 2-3 tahun lepas. Tak sangka isterinya pun hebat jugak. Anyway selamat berkenalan ye

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails