Followers

4.7.09

Berjualan di OUM

Assalamualaikum dan salam malam semua. Dah sedia nak tengok gambar-gambar sepanjang hari ni? Ok, setelah pilih-pilih kakchik rasa macam banyak pula nak nak dikongsikan tapi takut bosan pula orang asyik tengok gambar je. Dalam entri yang ini kakchik kongsi gambar sekitar program dan dalam entri yang akan kakchik kemaskini selepas yang ni ialah gambar-gambar semasa kunjungan shu, dj fiza dan kak ina kl.


Selamat datang ke OUM Kelantan. Panas terik pun sanggup... sebab tak pernah lagi mengabadikan kenangan kat sini.


Ya Allah, murahkanlah rezeki kami hari ini. Amiin.


Suasana gerai kami di waktu tengahari.


Adik yang masih segar & ceria di sebelah pagi tapi bila jam menginjak 5 petang, dia dah minta mengemas nak balik awal sebab teramat letih. Kesian dia, esok nak mengajar.


Hehe, posing sekali lagi dengan exora. Gerai kami berjiran jadi senanglah kami mencuba-cuba. Ingat belah petang nak cuba pandu uji tapi kesibukan dengan pelanggan, tetamu dan mengemas barang.


Di pagi hari pelanggan belum ada, jadi kakchik posing-posing la dulu.


Ketua Pendaftar OUM, Pn. Kamariah telah sudi menyampaikan hadiah kepada kami, para peserta gerai pameran-jualan. Terima kasih Puan.


Sebelum Zohor orang semakin ramai dan tapak kaki kami sudah mula terasa sakit dan lenguh-lenguh. Alahai... seronoknya kalau dapat rendam kaki dalam air sejuk.


Kakchik sempat meninjau keadaan di khemah OUM. Kelihatan En. Fadzli, staf OUM sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung. Inilah dia along cikgu Zamani84 tu.


En Zuhdi yang peramah dan dialah orangnya yang menjemput MariBaca menyertai program Hari Terbuka OUM ni. Terima kasih En. Zuhdi.


Boleh tahan juga pengunjung yang ingin tahu tentang OUM dan kursus-kursus yang ditawarkan. Harapnya lepas ni makin ramailah orang yang ingin belajar di situ.


Agak ramai juga pengunjung di gerai kami.


Inilah dia gerai Alumni OUM. Kakchik kena tunggu setahun lagilah sebelum boleh 'join'.


Syukur melihat kanak-kanak dan ibu bapa datang untuk membeli buku dan hanya seorang dua yang bertanyakan buku akademik.

Itulah dulu sebahagian gambar kenangan untuk hari ini. Semoga perkongsian ini membuatkan kalian terasa rugi tidak dapat turut serta, hehe. Takdelah... gurau saja.

Hantar Barang ke OUM

Kakchik dengan kereta baru, hehe... proton exora... boleh ke? RM849 sebulan untuk 9 tahun. Hmm... lain kalilah ya.

Yang sebenarnya kakchik posing malam tadi semasa hantar barang ke OUM untuk program hari ni. Sekarang ni kakchik masih di OUM dan mungkin dalam masa sejam lagi kakchik AKAN BERTEMU KAK INA KL dan DJ FIZA !!!

Jangan jeles ya. Pagi tadi kakchik JUMPA SHU, blogger yang juga rakan seuniversiti tapi hari ni baru bertemu mata. Hehe kakchik dapat tengok muka shu tapi shu tengok mata kakchik aje... (gambar-gambar hari ni kakchik akan upload kejap lagi.)


Inilah dia 2 orang pembantu kakchik malam tadi. Yang berseluar kehijauan tu (nampak macam coklat) semua dah kenal kan, cik abe la tu... dan yang sorang lagi tu ialah kawan baiknya. Kakchik pun tak sempat berkenalan dengan dia malam tadi.

Terima kasih Yang dan kawan tu. Bukannya ringan mengangkat kotak-kotak buku yang banyak tu. Belanja makan lain kali la ya.


Papan tanda OUM. Tadi kakchik dah bergambar kat situ. Nanti kakchik upload gambar-gambar sepanjang program hari ni.

Jumpa lagi.

3.7.09

Menyampah Betul!



Kakchik ckup menyampah dengan beberapa iklan di Celcom semenjak dua menjak ni. Tengoklah iklan terkini yang sampai ke telefon kakchik semalam. Entah kali ke berapa dah minggu ni iklan serupa ini yang masuk.

Ada sesiapa tahu tak macamana nak pastikan iklan-iklan sampah ni daripada terus sampai? Bila baca saja kakchik dah rasa semacam je... macam ayat-ayatnya tu "ada udang di sebalik batu". Ada bau XXX sikit. Itu yang membuatkan hati kakchik cukup menyampah dengan benda macam ni.

Apa "janji seronok" tu?

Mual tekak ni membaca ayat-ayat sebegini dari pengiklan-pengiklan di Celcom. Inilah dipanggil sumber-sumber maksiat di hujung jari. Kalau telefon kakchik dia masuk bermakna semua pengguna Celcom turut menerima iklan yang sama. Entah berapa ramai yang telah terjebak, terjerat, terkandas, terlalai, terleka, ter.... ter... dan terbuat DOSA. Na'uzubillah.

Celcom, bolehkah tuan tolong tapis iklan-iklan ni? Janganlah asyik fikirkan UNTUNG DUNIA saja... kena ingat, AKHIRAT NANTI ALLAH PASTI TANYA...
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs