Followers

21.3.09

Menarik untuk dikongsi sebab kita melaluinya

Sekadar ingin berkongsi satu tulisan yang berguna untuk:
  • Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
  • Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
  • Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Wahai SUAMI renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

-------------------------------------------------------
Nota:
  • Laksanakanlah TANGGUNGJAWAB masing-masing sebaiknya.
  • Jangan 'TAKE EVERYTHING FOR GRANTED' saja.
  • INGAT! Siapa anda dalam perkahwinan itu.
  • SUAMI bukan RAJA dan ISTERI bukan HAMBA.
  • Lakukan URUSAN rumahtangga BERSAMA-SAMA.
  • Kalau DUA-DUA BEKERJA, bantu membantulah. Nanti SATU PIHAK akan rasa teraniaya tapi tidak mampu menyatakannya.
Sumber: Idham Lim & gambar pengantin (Kubra, anak Recip Tayib Erdogan & suami, Memet) dari internet

Sarapan Pizza Segera


Yang sebenarnya KakChik berangan nak makan pizza sejak beberapa minggu lepas lagi. Tapi kesibukan dengan 'assignment' dan kerja pejabat dan MariBaca, niat itu tertangguh. Lepas tu keinginan jadi makin kuat bila ramai orang kat rumah ni. Janji nak buat pizza petang semalam tunda ke pagi tadi. KakChik buat pizza segera je.

Pizza Segera ni hanya menggunakan roti sandwich, sayur campur, bawang besar (dadu), sos cili & tomato, oregano, sosej (rebus dulu, hiris bulat2) dan keju cheddar (slices). Nak cepat kan...

Nak buat pun senang je:
  1. Sediakan 2 biji tudung periuk (dah kata nak cepat kan) yang disapu marjerin.
  2. Susun 4 keping roti ke atas setiapnya.
  3. Sapukan sos rata-rata.
  4. Taburkan sayur campur.
  5. Letakkan sosej.
  6. Taburkan bawang.
  7. Taburkan serbuk oregano.
  8. Letakkan sekeping keju cheddar atau koyak-koyakkan.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 selama 10 minit.


Senang & Cepat Sekali. Sayangnya satu pun KakChik tak sempat merasa, huhuhu. Licin dimakan anak-anak sedara. Kata Irfan, "sedaplah chikja." Hehehe, terima kasih ya anak sedaraku. Ini yang semangat nak buat lagi ni.

Semalam yang berlalu

CERITA PAGI


Jam 11 pagi, KakChik temankan Ummi ke Pasar Kota Jembal membeli barangan basah. Kelas 10.45 pagi batal jadi KakChik balik ke rumah.



Sambil menanti Ummi membeli ikan (entah ke mana dah dia menghilang?), KakChik berteduh kat bawah bumbung rumah kedai yang tutup ni, melihat-lihat suasana orang ramai membeli ikan.



Bergayutan pelbagai jenis tudung yang kebanyakannya mempunyai 'awning'. Sekarang kan tren orang paki tudung macam ni. Ada yang ringkas, ada juga yang komplek sedikit. Harganya murah-murah je... KakChik singgah kat gerai tudung ni untuk belikan anak tudung untuk Adik dan tudung kanak-kanak untuk Nana.


Tengok tu... semangat nak pakai tudung. Kami baru je sampai kat rumah dan si Nana dah sibuk nak pakai tudungnya. RM5 sehelai.



CERITA PETANG


Sebelah petangnya selepas balik dari kelas, La dan anak-anak mengajak KakChik ke sini dan ke PT Hypermarket untuk membeli-belah. KakChik asalnya tak mahu pergi sebab Cik Abe takde di rumah, lagipun belum bagitau dia. Tunggulah dari jam 5 hingga jam 6, dia tak balik juga. La kata biarlah dia belanja semua, makan di MarruBrown dan membeli-belah di PT Hypermarket, KakChik cuma jadi 'driver' je. Akhirnya KakChik jadi kesian dan bawa juga diorang ke sini.


Semasa di dalam MarryBrown. Inilah yang diorang nak datang sangat ni, nak bermain kat dalam tu...


Mainlah sampai puas, lepas tu lapar... nak makan. "Cepat sikit ya, tak lama lagi Maghrib."


Menunggu makanan siap. Kali ni KakChik cuba makan 'Chicken Porridge', memang SEDAP... sangat lembut dan mudah hadam. Kalau dapat makan ni waktu demam memang naik selera kot. Saiz mangkuk bubur ni agak besar bagi KakChik jadi, KakChik kongsi dengan Emran untuk habiskannya.


Sementara mereka selesai makan, KakChik ke hypermarket untuk membeli barang. Nak kejar supaya tak lewat Maghrib nanti. Elok nak membayar, waktu Maghrib masuk jadi kami semua bergegas pulang dan singgah solat Maghrib di Masjid Pengkalan Chepa. Seronok pula, masa kami sampai di masjid, kuliah agama sedang berjalan. Budak-budak pun suka. Dah lama juga tak ke masjid mendengar kuliah agama.

Lepas solat, kami terus balik sebab ada barang-barang yang perlu segera dimasukkan ke pendingin beku. Budak-budak pun dah mengantuk. KakChik pun agak keletihan sebab dari pagi memandu ke sana-sini.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs