Followers

2.2.10

Siang dia tidur malam berjaga

Sapa lagi kalau bukan cik iklan nuffnang tu...

Kakchik perasan la kan, dah banyak hari iklan nuffnang jarang keluar di waktu siang. Ni di blog kakchik la kan. Yang rajin sikit keluar ialah yang di sidebar, mungkin sebab yang tu dah buffered earning, alhamdulillah. Tapi kan yang lagi dua tu hanya akan rajin keluar selepas jam 12 malam. Adoi la... agaknya dia tau kot ramai nuffnangers and bloggers yang hantu pagi hehe.

Ke... ada sebab lain yang iklan nuffnang tak aktif di siang hari?

Ye lah bila kita mengiklan ni kita nak lah iklan tu selalu aktif kan. Nak kata blog tak di update, selalu je update. Nak kata trafik tak tinggi, dah ok dah tu untuk blog kakchik. Blog cik abe tu trafiknya beribu-ribu sehari tapi waktu aktif cik nuffnang lebih kurang je dengan blog kakchik.

Apa pasal ek?

Sekarang ni dah pukul 1 lebih dan bila kakchik buka je blog laju je keluar 2 dari 3 iklan tu. Nasib le... kalau ramai kawan-kawan blogger yang datang dan berminat nak klik, alhamdulillah. Kalau nak kira masa ni orang dah tidur kan. Kakchik ni tidur lewat malam ni sebab dah terlajak masa tidur. Tadi ke kedai memantau kerja pemasangan signboard dan banting. Dah tak lama nak rasmi kedai ni. Makanya malam ni kakchik pun jadi 'hantu pagi' jugak la.

Sebut pasal hantu pagi ni terkenang zaman dok USM dulu ada satu geng student yang memang kami panggil Hantu Balik Pagi (HBP) hehe ataupun student Housing, Building & Planning sebabnya diorang selalu balik lambat dari studio diorang kat tepi bukit tu. Bakal-bakal arkitek, pereka dalaman semuanya dok jadi HBP kat situ. Dah senior kakchik panggil diorang hantu balik pagi, kakchik pun sekali-sekala ada juga panggil macam tu tapi kawan-kawan yang belajar HBP tak kisah pun. Kalau ada yang terbaca blog kakchik ni, tolong maafkan ya.

So, hantu pagi yang ini mahu beradu dululah ya. Paksa beradu bimbang Subuh esok terlambat kan susah. Pahala kurang Allah pun kurang sayang nanti. Suami jugak akan merajuk sebab lambat siapkan kopi. Sweet dream untuk semua. Wassalam.

1.2.10

Bila kita berniaga dalam shopping mall

Bila kita berniaga di dalam shopping mall ni kita terpaksalah bersabar dengan banyak perkara. Misalnya kerenah minah-minah lepak dan mat-mat lepak yang suka melepak kat depan kedai. Alahai adik-adik ni, sabar ajelah. Kalau kakchik mood baik bolehlah juga kakchik ke depan menegur, menasihati mereka tapi sekarang ni mood kurang baik sebab demam semalam tu macam nak datang balik.


Huhu diaorang ni bercakap macam guna volume paling kuat. Bila gelak agaknya nampak terus anak tekak. Buruk benar kakchik mendengarnya apatah lagi kalau kakchik nampak. Malas nak pergi tengok berapa orang yang dok tergelak-gelak tu, buat hangin badan je.

Bila kita berniaga dalam shopping mall ni bingit juga telinga terpaksa mendengar pelbagai bunyi dari pelbagai corong pembesar. Yang shopping mall, yang kedai muzik di tingkat bawah tu, yang kedai games kat hujung tu, yang kedai kain di tepi sana, yang kat ruang promosi di ruang legar, huhu bila entah kakchik akan mangli dengan pencemaran bunyi ni. Dalam kedai pun kami pasang bunyi juga tapi semuanya lembut-lembut, irama kanak-kanak, irama padang pasir, bacaan ayat suci al-Qur'an dan lagu-lagu nasyid yang tidak bingit. Kena cuba fokuskan telinga kepada bunyi dalam kedai ajelah.

Bila kita berniaga dalam shopping mall ni yang seronoknya ialah di musim perayaan, pelanggan yang lalu-lalang pun akan menjadi lebih ramai dari biasa. Maka akan bertambahlah juga bilangan pelanggan yang membeli. Alhamdulillah, syukur. Bertambah rezeki. Mungkin inilah antara kelebihan mempunyai kedai dalam shopping mall walaupun bukan yang terbesar di Kelantan.


Bila berniaga di shopping mall ni kalau lapar boleh je order dengan kedai makan di atas tu. Senang je naik satu tingkat, buat pesanan, tak sampai 30 min sampailah pesanan kita. Tapi hari ni kakchik rasa nak makan pasta sup dan kedai-kedai makan di atas tu tak jual pasta sup, huhu... kenalah bersabar ya. Balik rumah nanti kalau rajin bolehlah kakchik buat. Kalau malas, makan ajelah apa yang ada.

Bila berniaga dalam shopping mall ni kena banyak sabar dengan kerenah jiran-jiran tambahan pula kakchik ni penyewa terbaru di sini. Itupun dah macam-macam cerita kakchik dengar. Huhu risau pun ada bila cerita-cerita tak sedap sampai ke telinga. Kakchik mahu menjalankan bisnes dengan sebaik mungkin mengikut cara Islam dan tak mahulah mengutuk peniaga-peniaga lain. Kakchik mahu bersangka baik dan kakchik harap orang lain pun bersangka baik dengan kakchik.

Bila berniaga dalam shopping mall ni tak dapatlah nak balik awal ke rumah sebab kena singgah di kedai dulu. Tengok-tengokkan pembantu dan melayan pelanggan setakat yang boleh. Kakchik suka kalau dapat melayan pelanggan terutama kalau pelanggan tu datang mencari buku dan mahukan kakchik mencadangkan buku-buku yang menarik untuk dibaca. Memang suka sangat.

Hmm... kalau nak sambung rasanya banyak lagi tapi cukuplah dulu setakat itu sebab kakchik pun nak tutup kedai la dulu. Malam nanti insyaAllah datang lagi ke MariBaca sebab orang nak pasang signboard baru. Tak sabar rasanya nak tengok kedai ada signboard. Ok, jumpa lagi.

Sahabat Siber Sayang Kelantan (SAING)

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua teman-teman yang sentiasa mengambil berat akan diri kakchik. Alhamdulillah, demam sudah kebah dan hari ni kakchik akan kembali bekerja seperti biasa, insyaAllah. Untuk kalian semua kakchik ucapkan ribuan terima kasih kerana prihatin kalian. Sayang teman-teman semua!
Logo SAING

Pagi ni kakchik nak mempromosikan group SAING yang kakchik turut menjadi adminnya di dalam facebook. Group ini hanya untuk anak-anak Kelantan yang mempunyai facebook. Tujuannya untuk mempertautkan hubungan antara anak-anak Kelantan yang berada di merata tempat dan menggunakan facebook sebagai medium persaudaraan di internet. Kakchik harap sahabat-sahabat dari negeri lain tak terasa hati ya sebab setahu kakchik negeri-negeri lain pun ada group yang seumpama ini.

Kakchik telah dijemput oleh beberapa orang teman-teman siber di Kelantan ini untuk sama-sama menggerakkan group ini agar kami dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Begitu ramai anak-anak Kelantan yang menjadi kenalan di facebook tapi tidak pula diketahui yang mereka adalah anak-anak Kelantan. Kat blogger ini pun ada juga yang kakchik tidak tahu asal-usul masing-masing, insyaAllah semakin kita mesra dan rapat, kita akan lebih mengenali dan lebih menghargai persahabatan kita. Betulkan?

 
Restoran Senangin

Untuk mempertemukan buat kali pertamanya ahli-ahli SAING yang telah mendaftar di facebook, kami akan menganjurkan satu majlis Hi-Tea bersama Tok Guru pada 6 hb ini pada jam 2 - 5 petang di Restoran Senangin, Perdana Resort, KB. 

Entri ni kakchik buat kerana kemungkinan ada di kalangan bloggers yang masuk ke blog kakchik ni adalah anak-anak Kelantan yang juga mempunyai akaun facebook tapi tidak terjemput di sana. Jika anda berminat untuk menyertai Hi Tea tersebut, cuba klik link ini Hi-Tea bersama Tok Guru kakchik tak pasti boleh masuk atau tidak, cuba dulu ya. Kalau tak dapat bagitahu kakchik.

OK, itu saja untuk pagi ni, kakchik nak bersiap ke pejabat. Harap-harap hari ni akan sihat terus.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs