Followers

2.4.09

Berangan nak tukar telefon


Assalamualaikum dan salam pagi semua. Hari ni hujan la... nampaknya tak dapatlah nak basuh cadar dan selimut tu lagipun La pun membasuh cadar juga sebab Emran dah terkencing kat atas tilam malam tadi. Bak kata kakchik kena tangguh dulu la niat tu.

Hari ni tak kerja macam biasa dan kakchik ingat nak study sebab hari Sabtu pagi dah mula exam. Tapi... sebelum tu nak cerita sikit pasal telefon ni.

Sejak dah jadi DAILY BLOGGER ni kakchik memang terasa sangat nak cari gajet yang ala-ala ALL IN ONE gitu dan bila iklan iPHONE 3G keluar hari tu kakchik dok simpan la niat kat hati nak pakai telefon tu.

Cek dalam website Maxis dan baca maklumat yang berkenaan semuanya hampir memenuhi kehendak kakchik tapi yang kurang sedap sikit tu tang harganya lah. Tapi dah boleh mula menabung untuk telefon ni kan. Nak seribu daya... hehehe.

Cumanya kakchik nak tanya kawan-kawan, sapa yang dah pakai iPhone 3G ni. Boleh bagi pandangan tak? Sebelum beli nak juga tau pros & cons kan.

1.4.09

Anak siapalah ni?

Semalam walaupun sepanjang perjalanan dari Bukit Gantang hinggalah sampai ke Pasir Tumboh, kakchik melihat segala keindahan alam tapi bila sampai di Jalan Binjai - Bukit Marak untuk pergi menghantar Nurul, pemandangan inilah pula yang kakchik lihat. Betul-betul di depan kereta kakchik.

2 orang budak lelaki awal remaja ini menunggang motorsikal tanpa ciri keselamatan langsung! Dah la tu, masing-masing sibuk makan kacang ke apa sepanjang perjalanan. Bukan dekat pulak tu. Diorang muncul depan kami bermula di cadang ke Pondok Pasir Tumboh hinggalah sampai di Binjai. Jauh juga tu...

Bawa motor pula sekejap ke kiri sekejap ke kanan, relaxing sungguh. Tangan asyik masukkan kacang dalam mulut lepas tu buang kulit kacang sepanjang jalan. Eh, eh adik-adik ni... bahayanya. Nurul hon minta diorang ke tepi sebab cara memandu tu bahaya sesangat. Tapi dibuat donno je.

Duhai ibu bapa, kasihanlah anak-anak anda, elakkan memberi mereka motor, umur pun baru setahun jagung. Janganlah sampai mereka menjadi sebahagian dari fakta kemalangan pula. Kakchik bimbang tengok mereka tu.

Selamat Ulang Tahun Mama!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga di hari Rabu ini kita semua sentiasa sihat dan sejahtera bersama keluarga masing-masing dan amanah yang kita pikul.

Hari ni 1 April ialah tarikh ulang tahun kelahiran kakak sulung kakchik yang anak-anak saudara panggil MAMA. Tapi kakchik panggil dia KAKCHIK, hehehe keliru ke? Jangan keliru ya, kakchik ialah panggil kakchik di luar rumah tapi di rumah keluarga panggil chikja.

Mama ni seorang doktor perubatan yang kini bertugas di sebuah klinik di Kubang Kerian. Dialah kakak contoh kepada kakchik & adik-beradik. Sebagai anak perempuan yang sulung, Mama telah banyak berkorban untuk adik-adiknya dan keluarga. Ketika kami kesuntukan kewangan, Mamalah tempat kami mengadu dan dia adalah seorang yang sangat pemurah dengan adik-adik.

Kakchik masih ingat bagaimana perit dan susahnya Mama menghadapi peperiksaan akhir semasa di UM dulu kerana Mama bersalinkan Muazzin Munzir beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Dalam linangan air mata Mama serahkan Munzir kepada Ummi untuk dibawa balik ke kampung kerana Mama mahu selesaikan juga pengajiannya. Bengkak susu Mama kerana tak dapat menyusukan hingga terpaksa dibuat pembedahan selepas tu. Alhamdulillah akhirnya pengorbanan Mama berbaloi.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK MAMA!
1 APRIL AMAT BERMAKNA BUAT KAMI SEKELUARGA.
Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs