Bismillah.
Alhamdulillah hari ini sudah 14 Ramadhan dan hari Ahad. Bagi kami di Kelantan, hari ini hari bekerja. Di saat Kakchik menaip ni suasana di jalanraya di hadapan rumah kami semakin rancak dengan bunyi deruman enjin kenderaan. Ya, orang sudah keluar untuk ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah.
Namun, sebahagian besar penduduk di Malaysia, sedang bercuti hujung minggu pada hari ni. Biasanya kaum wanita, di hari inilah mereka keluar shopping bersama keluarga atau rakan-rakan. Itu di bulan biasa. Adakah di bulan Ramadhan ini situasinya sama?
Allahu'alam.
Apapun, bagi para #abayaladies pastinya mereka akan keluar berlibur dengan memakai abaya yang paling selesa. Pilihan rekaan abaya boleh dibuat mengikut kesesuaian tempat dan aktiviti yang mahu dilakukan pada hari ini.
Ke Pasar Basah Jika mahu keluar membeli-belah barangan dapur di pasar basah, pilihlah abaya yang mempunyai rekaan yang ringkas tanpa banyak hiasan sulam, manik atau batu-batu berkilauan. Sedikit hiasan itu lebih praktikal. Begitu juga dengan bentuk abaya. Potongan kembang A dengan lengan biasa atau lengan yang ada grip/cuff lebih memudahkan pergerakan. Kita tentunya tidak mahu memakai abaya yang berlengan besar dan luas apabila ke pasar basah. Nanti kan ada yang berbau ikan atau rempah kari hehe. Pasaraya @ Gedung Membeli-Belah Lain pula bila kita mahu ke pusat membeli-belah yang lebih besar dan moden. Kita masih boleh memakai abaya simple, tiada masalah kerana ia untuk kemudahan dan keselesaan kita. Namun, ada wanita amat menitik-beratkan penampilan dan imej mereka di mana-mana sahaja mereka berada. Ini termasuklah para #abayaladies . Bergaya tidak salah kan? Lagipun mereka menutup aurat dengan baik cuma mahu kelihatan anggun dan elegan. Kepuasan peribadi juga imej yang cantik kepada wanita Islam. Pilihan rekaan abaya mula pelbagai dari yang ringkas kepada yang agak sarat dengan hiasan. Banyak sulam masih ok tapi elakkan banyak bling-bling. Kurang sesuai ber-bling-bling di tempat yang ramai orang. Biarlah kita tampil elegan tapi bukan menjadi attention seekers. #KakchikNiza #AbayaElegan #EleganDanSyarie #InBusinessSince2009

No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.