Followers

26.2.16

YANG LABUH SEMAKIN LABUH.

YANG LABUH SEMAKIN LABUH. Itulah yang Kakchik dapat lihat sekarang ini. Wanita-wanita muslimah semakin berani melabuhkan tudung mereka ke saiz yang sama dengan telekung solat.
Dulu-dulu sudah ada cuma jumlah mereka tidak ramai dan kita kurang pendedahan tentang pemakaian sedemikian. Tapi, sejak muslimah di Indonesia mengkomersilkan pemakaian khimar dengan sentuhan moden, ia tiba-tiba BOOM menjadi trending. 

Kakchik suka. Kakchik amat suka. Entah kenapa, mereka kelihatan amat amat manis, bergaya dan patuh syariat. Tidak salah kan? Itu tandanya pakaian yang jelas jelas menunjukkan AKU ISLAM tanpa diberitahu kini diterima dengan terbuka. 

ALHAMDULILLAH. Berbaloi rasanya 10 tahun 20 tahun lepas para muslimah yang berjuang sungguh-sungguh di merata kampus pengajian dalam negara dihukum, dihina, dikeji, dikecam namun mereka bertahan.

Kini, generasi Y dan Z dapat menikmati hasilnya. Iya, pemakaian purdah/niqab sudah melata. Dulu haram dalam kampus. Nak pakai pun sorok-sorok. Dulu pakai tudung labuh jadi bahan sindirin umum, kina ia makin menjadi pakaian umum.

THUMMA ALHAMDULILLAH. Tahniah kepada para pejuang pakaian menutup aurat. Untung kalian. Ada SAHAM untuk akhirat.

#KakchikNiza #AbayaElegan #EleganBersyariat #Repost 

Kredit gambar: Si.Se.Sa

5 comments:

  1. As slm alaikum chik lama tak berblog ya..sibuk dengan si kecil & bisnes barangkali..di mana saya boleh dapatkan tudung dan jubah seperti yang tertera dalam gambar? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Suzi. Hehe memang lama dan jarang blogging sejak kenal fesbuk ni.

      Abaya SiSeSa tu rasanya dah out of stock sekarang ni. Dia tak jual ke Malaysia. Hanya jual kat butik SiSeSa di Jakarta dan Makassar.

      Delete
  2. Alhamdulillah...semoga kita semua dikurniakan nikmat istiqamah hingga tika bertemu Sang Kekasih...Mudahan generasi akan dapat akan peroleh nikmat niqab dan purdah dengan lebih hikmah..aamiin thumma aamiin!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails