Followers

10.4.15

[ Khas Untuk Teman-Teman Yang Sedang Berusaha Untuk Zuriat ]





Bismillah.

Pertamanya, kakchik harap perkongsian kakchik ni tidak dianggap sebagai satu perkara yang wajib diikut. Ianya sekadar perkongsian dari pengalaman selama 12 tahun lebih menunggu hadirnya seorang zuriat di dalam perkahwinan kami. Kakchik sendiri tidak pasti sama ada apa yang dikongsikan ini telah menjadi asbab atau tidak untuk Allah SWT mengurniakan kami anugerah ini. Ketika semua ini diamalkan, kakchik tidak terlintas pun agar Allah membalasnya dengan keajaiban ini.

Ketika semuanya dibuat, apa yang diharapkan ialah Allah meredhai kakchik dan suami sebagai hambaNya dan melapangkan hati kami supaya redha dengan segala ketentuannya. Kalau Dia tak beri kat atas dunia ni, kami redha dan kami honeymoon la sampai bila-bila :D dan jika Dia beri, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Apa yang penting ialah ada anak atau takde anak, kakchik kenalah berusaha sungguh-sungguh memenuhi amanah sebagai hamba-Nya.

Baiklah, kakchik mungkin tidak akan menghuraikan semuanya dan akan lebih banyak menyenaraikan sahaja apa-apa saja yang kakchik amalkan secara agak konsisten dan konsisten dalam kehidupan harian. Semoga Allah lindungi hati ini dari segala mazmumah kerana nak kongsikan perkara ini bimbang timbul perasaan bangga diri atau sebagainya. Na'uzubillahi minzalik.

Senarai ini secara rawak saja ya.
1. Berusaha semampu mungkin untuk memuliakan suami.
2. Mengawal lidah dari menceritakan keburukan suami atau masalah rumahtangga kepada orang lain hatta kepada keluarga sendiri. Cuba semampu boleh.
3. Cuba mengawal tutur kata secara lisan atau tulisan agar tidak menyebut yang buruk-buruk sama ada tentang diri, suami, keluarga mahupun orang lain.
4. Berusaha untuk solat Dhuha setiap hari.
5. Membanyakkan berdoa dan meluahkan perasaan kepada Allah SWT tanpa mengira masa dan tempat (kecuali bilik air). Sebab itu suka bersunyian apabila memandu kereta sendirian. Waktu paling bermakna untuk berkongsi apa jua dengan Allah.
6. Mendoakan yang baik-baik untuk kawan-kawan.
7. Membantu kewangan 3 orang anak saudara yang yatim ketiadaan bapa.
8. Bersedekah tak kira duit ada atau duit kurang mengikut kemampuan saja terutama kepada suami, ibu bapa dan anak-anak saudara.
9. Cuba permudahkan urusan orang yang meminta bantuan sekadar kemampuan ilmu, pengalaman atau kewangan yang ada.
10. Berwudhuk sebelum tidur.
11. Elak menyebut perkataan negatif. Pilih perkataan yang positif walaupun nak bagitau perkara negatif.
12. Apabila buat silap, lihat ke dalam diri sendiri dulu.
13. Usaha mempastikan hak-hak suami diutamakan dalam banyak hal selagi tidak melawan hukum Allah.
14. Mengaji Quran setiap hari selepas Maghrib dan selepas Subuh.
15. Membaca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat selepas Subuh.
16. Membantu ahli keluarga ketika mereka memerlukan dengan senang hati.
17. Berniaga dengan gembira dan sejujur mungkin melayan pelanggan.
18. Ada untung lebih, segera belanja suami dan keluarga makan nasi yang sedap-sedap terutama yang suami dan Umi suka.
19. Elakkan marah dan cepat memaafkan.
20. Sentiasa didik diri supaya melihat kehidupan ini sebagai satu fasa yang indah walaupun ujian selalu datang.
21. Tidak makan/minum 'ikut dan'.
22. Amar makruf nahi mungkar.

Cukuplah sekadar itu. Jika dilihat, tidaklah pelik, tidaklah banyak. Semuanya amalan biasa yang orang lain juga lakukan setiap hari. Kakchik amat sedar, diri tidak mampu nak buat lebih banyak amalan yang baik-baik yang selalu dianjurkan oleh alim-ulamak jadi kakchik fokuskan kepada amalan-amalan yang kakchik yakin dan mampu lakukan dengan gembira.

Kakchik percaya kalian jauh lebih baik dari kakchik. Berusahalah mengikut kemampuan dan lakukan dengan konsisten. Allah Dia sangat suka hamba-hambanya yang selalu meminta dari-Nya. Kita dianggap sombong kalau kita tidak ambil peluang untuk meminta apa saja dari Allah. Gunakanlah setiap ruang masa yang ada dan mohonlah dari hati ke hati. Dalam masa yang sama pasrah dan redha. Usah mengeluh, usah merungut, usah marah, usah kecewa. Percayalah, Allah takdirkan sesuatu ke atas kita adalah untuk kebaikan kita juga asalkan kita nampak hikmah di sebaliknya.

Mohon ampun dari Allah jika perkongsian ini ada khilafnya. Mohon maaf dari teman-teman semua jika apa yang kakchik kongsikan tidak menepati apa yang diharapkan. Kakchik doakan kalian mendapat rezeki yang baik dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah nilainya amat tinggi pada diri kalian nanti.

<3 KakChik
Abaya Elegan Lovers​

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs