Followers

20.4.15

32 Minggu & Menghitung Hari

Bismillah.

Alhamdulillah semalam kandungan kakchik sudha masuk usia 32 minggu. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana segalanya masih berjalan lancar. Moga dengan izinNya jua ia akan terus lancar hingga kakchik selesai bersalin sebelum Ramadhan nanti.

Sebenarnya kakchik demam hampir 3 hari, selsema dan batuk-batuk. Syukur berkat usaha merawat, berehat, doa sendiri juga doa teman-teman, hari ni kakchik rasa kakchik sudah kembali sihat. Batuk-batuk kecil tu ada sesekali menyapa.

Minggu lepas pergi temujanji antenatal, dapat tengok wajah bayi bertuah ni. Kakchik boleh nampak betapa aktifnya dia bergerak di dalam kandungan ni. Nampak di skrin scanner dam nampak juga di permukaan perut yang bergerak-gerak. Subhanallah.

Itulah ajaibnya kejadian ciptaan Allah.

Sumber foto seperti dinyatakan di atas imej.

Berat baby dalam 2 kg dan kenaikan berat badan kakchik sejak mengandung ni dalam 6 kg. Doc kata, air ketuban alhamdulillah mencukupi. Secara keseluruhannya tahap kesihatan kakchik dan baby adalah bagus. Bertambah-tambahlah syukur. Ye lah kakchik ni mengandung di usia agak lewat, 40 tahun, anak pertama pula tu. pastinya kena jaga betul-betul kan?

Sekarang ni nak kemaskan beg untuk persediaan bersalin. Dah ramai benar orang nasihatkan agar bersiap awal agar tidak kalut bila tiba saatnya nanti. Betul jugak kan. Taknak nanti menyusahkan suami atau ahli keluarga yang lain. Perut pun dah nampak turun ke bawah sebab baby sudah sedia dalam posisi kepala ke bawah.

Tendangannya juga semakin padu. Menyeronokkan kakchik walaupun mengah, tak cukup nafas dan sesekali terasa geli-sakit gitu hehe. InsyaAllah niat di hati, dalam minggu ni nak siapkan elok-elok keperluan tu lepas tu boleh fokus untuk senaman agar mudah nak bersalin.

Doakan kakchik dan baby bertuah ni ya.

5 comments:

  1. tahniah kakchik

    sy doakan semoga semuanya dipermudahkan dan selamat

    ReplyDelete
  2. Tahniah kakcik. Dah lama tak ikut perkembangan kakcik di fb sbb fb sy yg lama deactivate. ada fb baru skrg. hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak chik, may you have a smooth delivery and in pink of health together with the baby :)

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan semuanya, kak chik. detik kelahiran memang mendebarkan tapi mengujakan. Banyak-banyak berdoa moga dilancarkan urusan. Beg hospital letak dalam kereta siap2. hehe. Mungkin 2 artikel ni boleh membantu kak cik. Jemput baca ya :)

    menghadapi proses bersalin : http://www.surijunior.com/2015/08/13-tips-menghadapi-proses-bersalin.html

    beg hospital : http://www.surijunior.com/2015/08/beg-hospital-bayi-dan-ibu.html

    Barakallah :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs