Followers

30.10.12

Bertemu Sahabat dari Canada

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga-moga semua yang sudi membaca blog kakchik ni akan mendapat berkat dari Allah SWT. 

Bila lama tak menulis blog ni terasa agak kekok pula hehe. Sebab itu orang tua-tua kata "practice makes perfect" barulah lancar dan laju je menaip kan? 

Kakchik tak naklah sentuh cerita-cerita lama walaupun rasa macam banyak yang boleh dikongsikan dengan kalian. Tapi biarlah kakchik cerita tentang apa yang berlaku hari ni. Lagi terkini berbanding cerita minggu lepas atau semalam.

Hari ni, ada banyak perkara telah berlaku dan menjadi sejarah hidup kakchik. Tapi sejarah yang ini adalah sejarah yang amat sukar untuk dilupakan kecuali Allah buat kakchik hilang ingatan, na'uzubillah.


Yey! Allah izinkan kakchik bertemu dengan teman blogger yang datangnya beribu batu. Nuuuuuuun jauh dari bumi Canada. Kami sudah kenal melalui blog KakChik's Wardrobe sejak tahun 2008 lagi.

Mula-mula kenal dulu kakchik hanya tau beliau seorang saudara Islam dari Canada. Oleh kerana kami selalu saling jenguk-menjenguk blog masing-masing dan berinteraksi, hubungan kami di alam maya menjadi agak rapat.

Kemudian kakchik dapat tahu yang beliau berkahwin dengan orang tempatan. MashaAllah... orang Kelate je. Makinlah dekat beliau di hati kakchik.

Dari blog hubungan kami dieratkan lagi melalui email membicarakan beberapa isu terutama dakwah, Islam dan Kelantan. Beliau sangat aktif menulis kalau nak dibandingkan dengan kakchik. Kalau tak percaya, cuba singgah tengok blognya di Old Muslim Woman in the Shoe.

Kakchik rasa malu sebab kawan kakchik ni jauh lebih bagus ilmu agamanya berbanding dengan kakchik yang lahir dalam Islam. Beliau menemui Islam di usia remaja. Kakchik bangga dipilih Allah untuk menjadi kawan beliau.

Impian untuk bertemu teman blogger tak kira siapa sentiasa ada dalam hati kakchik. Tak disangka Allah izinkan kakchik jumpa kawan yang sangat jauh yang kakchik tak terfikir akan berpeluang menemuinya. Alhamdulillah.

Seronok tak terkata. Jumpa di pizzahut Pengkalan Chepa dari jam 2.30 petang, sambil makan sambil bersembang macam-macam hal. Rasa sedih mendengar kisah awal perkahwinan beliau yang tidak mendapat restu keluarga kerana berbeza bangsa. Bangga dengan keteguhan iman beliau hidup secara Islam di dalam komunita yang 99.9% adalah bukan Islam.

Kakchik bangga dan rasa sangat bertuah. Semoga ukhuwwah antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat.


KakChik Niza
Baiti Jannati, Kg. Pulau Melaka

8 comments:

  1. Terbaik lah kak cik ! Alhamdulillah,beruntung dapat ketemu sahabat jauh. Salam ukhuwah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AthirahJinal. Memang rasa sangat bertuah apabila dapat bertemu sahabat jauh ni. Impian jadi kenyataan.

      Salam ukhuwwah kembali.

      Delete
  2. betul la kata orang, sesuatu yg diberi secara percuma terkadang2 diambil secara sambil lewa, ketika yg bersusah payah mendapatkannya, memanfaatkan sepenuhnya.. (",)

    mesti seronok kan dapat jumpa rakan2 blog serta bertemu dan berpisah atas maksud agama Allah.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang percuma ni Fuad ramai yang tak reti hargai. Kita pun kadang-kadang macam tu juga.

      Seronok yang amat seronok :)

      Delete
  3. Sahabat yang sangat baik bukan senang ditemui kan Kak Chik?

    Alhamdulillah sejuk je tengok kawan Kak Chik ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu namanya 'SAHABAT' bukan kawan, teman atau rakan. Lain nilaiannya tu Embun Melati.
      Kakchik pun suka hati tengok Kak Aishah ni.

      Delete
  4. wahhh seronoknya k.chik...bi pun tumpng bangga dgn k.chik dipertemukan dan berpeluang berkawan dgn beliau...rasa teringin juga nk jumpa dia secara live...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bi. Nampaknya kena tunggu peluang seterusnyalah untuk berjumpa bi. Itupun tidak dlm masa terdekat katanya.

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs