Followers

12.10.12

Bukan Pakar Kaunseling Rumahtangga

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Kakchik doakan di hujung Jumaat ini kalian semua masih lagi dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria walau di mana saja dan dalam keadaan apa jua kalian berada. Kakchik alhamdulillah sihat-sihat saja.

Gambar sekadar hiasan.

Dalam kesempatan waktu yang ada ni kakchik ingin menulis sedikit tentang perkara di atas iaitu kakchik, bukan pakar kaunseling rumahtangga. Kenapa pula tajuk ini yang kakchik nak tulis? Semuanya kerana banyaknya email dan mesej peribadi yang kakchik terima berkaitan perkara ini.

Setiap kali menerima mesej/email berkaitan hal ini hati kakchik akan menjadi sayu. Kadang-kadang boleh membawa tekanan kerana ianya sampai di ketika kakchik sedang sibuk dengan urusan kerjaya, bisnes, keluarga dan jemaah. Mahu dibalas segera tapi otak perlu diperah dan hujah perlu dirujuk. Sayangnya masa lapang kakchik agak terhad.

Makin lama makin banyak email dan mesej yang terpaksa kakchik pendamkan saja di dalam kotak inbox. Ini mengundang perasaan bersalah dalam diri kakchik terhadap kenalan yang menghantarkan email dan mesej tersebut. Terasa amat terbeban juga kerana bila diri ini bukan pakar jawapan yang mungkin ada pastinya banyak berlandaskan pengalaman sendiri, aqal dan nafsu.

Kakchik pernah membaca satu status Prof Dr Muhaya yang kalau tak silap kakchik menyentuh tentang ketidakmampuan beliau untuk menjawab persoalan-persoalan yang di luar kepakaran beliau. Di saat membaca tu kakchik turut merasakan perkara yang sama. MashaAllah... orang mengharapkan bantuan kakchik tapi kakchik tak mampu nak tolong.

Kakchik mohon maaf sangat-sangat dari sesiapa jua yang telah menghantar email atau mesej peribadi yang masih belum menerima balasan dari kakchik. Bukan tidak mahu membalasnya tapi setiap kali menerima email yang panjang, kakchik tahu harapan penghantarnya amat besar agar kakchik bantu menyelesaikan masalah mereka. Maafkan kakchik. Kakchik tak dapat bantu.

Kakchik hanya pakar abaya dan separa pakar tentang bahan bacaan kanak-kanak prasekolah. Dalam hal rumahtangga, segala ilmu yang kakchik kongsikan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman hidup dan ilmu yang diperolehi sama ada dari bahan bacaan, kelas-kelas ilmu yang kakchik hadiri atau apa jua sumber ilmu yang lain.

Rumahtangga kakchik jauh dari sempurna tapi kakchik dan suami hari demi hari belajar mengemudikannya sebaik mungkin mengikut panduan yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Masalah antara kami tetap ada tapi kami belajar untuk menanganinya dengan hikmah. Cuba amalkan apa yang dibaca. Bahan bacaan kan banyak. Panduan pun banyak. 

Jadilah wanita, isteri yang cerdik dan celik. InsyaAllah kita boleh temui kebahagiaan dalam rumahtangga kita.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik , salam sayang daripada ain buat kakchik.
    Moga akak baik-baik selalu.

    Ain juga alami perkara yang sama kakchik.Adakala diri ini tidak terdaya membalas setiap persoalan yang diajukan, terutama persoalan rumah tangga, lagi-lagi membabitkan orang lain.

    Agak sukar memberikan jawapan terbaik dan dalam masa yang sama memberikan jawapan yang benar-benar dapat meleraikan segala persoalan.

    syukran kakchik atas perkongsian ini.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Ain. Alhamdulillah... kakchik baik-baik saja. Semoga Ain pun sama juga.

      Dari pengalaman kakchik dan Ain ni, kakchik boleh simpulkan, sebenarnya ramai kawan kita menaruh kepercayaan kepada kita untuk membantu mereka.

      Masih banyak nampaknya kita perlu tambah ilmu dan cari pengalaman. Dakwah tak pernah putus.

      Delete
  2. assalualaikum kak chik,

    diyana baru tahu kak chik ni pun blogger rupanya....terjumpa blog kak chik...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Diyana. Hehehe.... dah lama kakchik ni jadi blogger. Kemudian tu barulah berjinak-jinak di fesbuk. Tu yang blog jarang update dah sekarang ni.

      Delete
  3. Assalammualaikum kakchik, maaf ye kakchik coz bile bca tringat plak dulu lov pn prnh hntr email mhon nasihat dari kakchik ..

    tp bkn mslh rumahttga..apapn still sama jgk kan

    mmg yg hntr email ni bhrp sgt akn ada nshet n pndgn dari kakchik tp kami xsedar mgkin telah mmbebankn kakchik n fmly plk..maaf ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam lov. Oh, tak perlu minta maaf lov. Tidak salah meminta bantuan sebab dalam hidup kita ni ada masanya kita perlukan orang lain.

      Kakchik tak kisah sangat orang hantar email bertanyakan cara nak selesaikan masalah. Tapi kakchik akan rasa terbeban bila orang tidak sabar menunggu dan mula merajuk dan memandang serong terhapa kakchik kerana lambat membalas email mereka.

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs