Followers

2.1.09

Video Sambutan Tahun Baru 2009 - Kelantan

Sebagaimana yang kakchik janjikan. Maaf lambat sikit di'upload' sebab fail agak besar dan semalam memang terlalu letih sampai tertidur depan laptop selepas Maghrib. Video kakchik ni untuk beberapa bahagian saja sebab digicam tak mampu nak tampung muatan semua vid + pic.

 

OK, silalah tengok.

 

 

 

1.1.09

Laungan Azan Menyambut Tahun Baru

Assalamualaikum semua. KakChik minta maaf sekali lagi sebab menuis dalam keadan tergesa-gesa ni. Sebentar lagi nak ke Pasir Mas sebab ada jemputan ceramah untuk guru-guru SRI al-Hafiz di sana. Wish me luck! Sebelum terlupa, Salam tahun baru untuk semua, semoga di tahun baru ini dengan peningkatan usia, kita akan menjadi hamba Allah yang lebih Islam, beriman dan seterusnya makin bertaqwa kerana sebaik-baik hamba-Nya ialah hamba yang bertaqwa.

Ok, nak keluar dah ni, selamat enjoy melihat gambar-gambar semalam. Video yang sdg diupload terpaksa KakChik hentikan sebab tak sempat nak siap. Nanti petang selepas program di KB Mall, pelancaran Kempen Kita Bersaudara, KakCik upload semula. Boleh la kawan2 lihat bagaimana sambutan tahun baru semalam. Ok, Bye for now.



Sepetang Bersama Remaja (New Years Eve)

Assalamualaikum dan salam tahun baru untuk semua pengunjung, teman-teman dan sesiapa sahaja yang singgah di blog KeluargakuSayang ini.



Terlebih dahulu KakChik mohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini sebarang berita atau aktiviti semalam kerana sepanjang hari berada di Stadium Sultan Mohd. IV kerana bertugas untuk MEDIA. Malam tadi sampai di rumah sudah 1.20 pagi. KakChik hanya sempat 'download'kan gambar & video dari digicam ke laptop dan selepas tu terpaksa tidur kerana hari ni nak bangun awal kerana keluarga mengadakan kenduri kesyukuran untuk kejayaan anak-anak sedara dalam PMR dan Adik yang telah berjaya menjadi guru.



Tapi... janji tetap ditepati. KakChik ingin berkongsi bersama teman-teman bagaimana kami di Kelantan ini menyambut tahun baru. Rasa-rasanya memang berbeza cara kami berbanding di tempat lain. Ini kerana Kerajaan Negeri sedang berusaha keras untuk membantu masyarakat terutama anak-anak muda agar memulakan sesuatu yang baru dengan cara yang lebih mendekati Allah SWT. Ok, cukuplah celotehnya, jom kita tengok suasana petang terakhir 2008.



Bermula jam 5.30 petang, diadakan acara hiburan santai dan aktiviti untuk remaja di perkarangan stadium. Semasa KakChik sampai beginilah suasananya.



Sepetang Bersama Remaja.



Kiranya program belah petang ni memang santai la konsepnya. Ada satu kumpulan remaja buat menyanyi kat atas pentas. Macam lagu Semerah Padi je yang diorang nyanyi tu... dan KakChik kena round-round sekitar sambil tolong mana yang patut. Jeng je jeng... KakChik jumpa RABBANI dan sempat ambik gambar ust Asri, hehehe. Betul-betul berdepan.



Sekitar stadium juga ada pelbagai gerai pameran dan jualan. Dan yang paling menarik minat terutamanya kanak-kanak ialah 'mini funfair'. Tengoklah anak sedara sorang tu yang nak ikut KakChik petang semalam.


Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs