Followers

4.9.12

Berhabuk Sakan

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Salam Syawal.
Begitu lama sekali kakchik tidak menulis di blog kesayangan ni hinggakan sudah begitu banyak habuk dan sawang. Agaknya kalau ada pembaca yang singgah tentu tertanya-tanya, "kakchik ni dah taknak menulis blog dah ke?"
Hehehe... InsyaAllah masih akan menulis cuma pastinya tidak sekerap dulu.
Tak tahu nak kata.
Semakin hari semakin tak cukup masa untuk menulis macam dulu.
Setiap hari update di fesbuk je yang laju.
Mungkin sebab di fesbuk hanya perlu tulis sebaris dua kemudian klik SHARE/POST.
Kalau di blog ni rasa tak puashati pula kalau sekadar sebaris dua.
Blog Keluargaku Sayang ni insyaAllah akan terus hidup cuma kakchik sangat perlukan masa untuk fokus dan menaip.
Seronok sebenarnya apabila dapat menulis di blog walaupun kakchik tidak pasti ada orang baca atau tidak.
Lebih-lebih lagi kakchik tidak lagi aktif blog-walking seperti beberapa tahun lepas.
Banyak faktor yang mengubah jadual hidup kakchik.
Antaranya ialah tanggungjawab kerjaya di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' yang menuntut 8 jam dari masa kakchik.
Kemudian tanggungjawab terhadap suami dan keluarga yang menuntut perhatian dari kakchik.
Selebihnya pula perlu ditumpukan kepada bisnes di Abaya Elegan dan juga MariBaca.
Tak lupa juga dengan kerja-kerja dakwah dan menuntut ilmu.
Dan paling penting, kakchik juga perlukan masa untuk menikmati diri-sendiri.
Meluangkan masa seoptima mungkin untuk refreshing diri dari segala kepenatan tugas dan amanah.
Barulah kakchik dapat sentiasa positif dan gembira.
Azan Zohor dah berkumandang dari corong pembesar Masjid Ridha di sebelah perpustakaan ni.
Nampaknya sampai di sini dululah kakchik dapat tulis blog.
Jika ada kekuatan dan kerajinan, insyaAllah kakchik akan menulis lagi.
Nak memenuhi perjanjian di dalam entri yang lepas tentang siri-siri dalam kehidupan kakchik.
InsyaAllah.

4 comments:

  1. teruskan menulis k.cik..saya pengikut setia blog k.cik.

    Bie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah bie. terima kasih banyak atas sokongan :)

      Delete
  2. takpa.
    sibuk merancang kehidupan.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, macam ada pengalaman yg sama je

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails