Followers

7.3.12

PERKONGSIAN: Surat Dr. Azizan Osman Yang Penuh Inspirasi


BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam kejayaan untuk teman-teman semua. Anda kaya dan berjaya dunia & akhirat. Alhamdulillah pagi ini kakchik ingin kongsikan satu surat dari Mentor Kekayaan dan Kejayaan No. 1 di Malaysia iaitu Dr Azizan Osman yang telah banyak mengubah persepsi kakchik tentang bisnes, pemasaran, kekayaan dan kejayaan dunia menuju akhirat. Beliau khabarnya akan kertolak ke Makkah pada hari ini untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga beliau dan rombongan mendapat rahmat kesihatan yang baik dari Allah SWT untuk menjalani ibadah umrah dengan penuh khusyuk dan tawadhu'.

Inilah surat yang beliau kongsikan di dinding facebook beliau pagi ini. Kakchik 'highlight' mana-mana 'point' penting yang kakchik rasa berguna untuk diri kakchik dan mungkin juga diri teman-teman semua. Silakan.

Dr.Azizan Osman
Catitan 7 Mac 2012. 

Pinjam gambar tahun lepas :)
Assalamualakum wbt. 

Apa khabar semua? Semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah swt, dipermudahkan segala urusan. 

Alhamdulillah hujung minggu baru-baru ini, saya telah berjaya bercakap di hadapan lebih 1,300 orang untuk program terakhir Klinik Usahawan - Seminar Marketing Power 2012 di Hotel Pearl View, Seberang Prai, Pulau Pinang & lebih 2,400 orang peserta di Wisma MCA, KL untuk program yg sama. 

Pengalaman kali ini agak mengujakan kerana di P.Pinang, kami terpaksa membuka ruang tambahan utk peserta-peserta duduk sehingga penuh dan mereka terpaksa duduk di atas lantai. Seperti biasa, majoriti mereka yang hadir adalah mereka yang pertama kali hadir program saya dan ingin tahu kenapa ramai yang telah hadir serta ramai juga yang telah berubah hidup mereka. 

Ramai yang pertama kali akan "terperanjat" dengan program-program anjuran Richworks dibawah kelolaan saya kerana program kami adalah yang seumpamanya di Malaysia berkonsepkan "infotainment", mendidik dengan santai dan menghiburkan. Saya percaya dengan prinsip "Education requires energy", maksudnya "belajar perlukan tenaga" dan adalah lebih mudah untuk belajar bila kita belajar dengan gembira, ceria tetapi pada masa yang sama anda diberikan pengisian ilmu tentang keusahawanan dan bagaimana untuk membina kejayaan yang pantas sebagai usahawan, bagaimana untuk memulakan perniagaan supaya ianya lebih mudah berjaya serta kunci perniagaan yang utama iaitu pemasaran. Saya juga selalu mengingatkan peserta saya untuk membetulkan niat di dalam perniagaan. 

Ramai orang nak berniaga adalah kenapa? Majoriti yang saya jumpa akan jawab, "Kerana nak duit" atau "kerana nak kaya" bukan? Tetapi, masalahnya, saya selalu jumpa mereka yang telah berniaga bertahun-tahun lamanya tetapi tak kaya-kaya malah di kelilingi oleh banyak hutang. Bukan lebih kaya malah lebih kayap. Ramai yang berniaga yang saya dapati mereka, maaf cakap, "SS". Tahu "SS" tu apa? Mereka "Syok Sendiri". Yalah, ada bisnes katanya, ada kad bisnes kononnya tetapi perniagaannya adalah "sekadar di pinggiran". Bukan menghina tetapi inilah yang berlaku berdasarkan pengalaman saya sebagai jurulatih kekayaan & kejayaan dan telah bercakap di hadapan lebih 120,000 orang peserta secara "Live" masuk tahun ke-4 tahun ini.

Tuan-tuan & puan-puan yang berniaga

Untuk perhatian anda, berdasarkan pengalaman saya menjalankan perniagaan yang berjaya dengan kejayaan membina portfolio syarikat daripada RM10 ringgit menjadi beberapa ratus juta ringgit setahun serta memiliki, lebih daripada 12 tahun tahun ini dan gagal banyak kali, tergolek-golek sebelumnya serta hari ini mengusahakan lebih 12 buah syarikat di dalam pelbagai industri seperti agensi pengiklanan bertauliah, strategi pemasaran, pereka grafik, syarikat perkhidmatan korporat, syarikat IT, latihan dan pembangunan sumber manusia di dalam Malaysia & Asia. Portfolio projek pengiklanan & pemasaran saya over the years merangkumi pelbagai syarikat antaranya TM, TMNet, DIGI, CELCOM, Standard Chartered Bank, HSBC serta projek fund-raising untuk WWF, MAKNA dan syarikat portfolio syarikat SME serta telah berjaya membantu mereka meningkatkan jualan mereka dalam masa yang pantas lebih daripada 400%, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana anda sebagai peniaga atau usahawan boleh berjaya dengan lebih pantas dan lebih besar lagi :-

1. Pastikan matlamat anda berniaga yang paling utama bukanlah untuk kaya - Ini adalah sifat peniaga biasa-biasa yang akan buat benda yang sama dan tak berapa nak kaya. Matlamat utama perniagaan yang berjaya atau usahawan yang berjaya adalah, mereka sangat jelas bagaimana produk atau perkhidmatan mereka dapat menambah nilai hidup orang lain dan bagaimana produk/ perkhidmatan yang mereka berikan itu bakal menyelesaikan masalah apa serta masalah siapa di kalangan orang ramai/ sasaran pasaran mereka. Bila anda jelas dengan matlamat ini, anda hanya perlu jadi lebih agresif berkongsi tentang apakah matlamat anda ini kepada seramai mungkin orang di luar sana, kongsikan dengan mereka tentang apa yang anda lakukan dan bagaimana anda boleh menambah nilai hidup mereka serta bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Contoh, jika anda pandai buat lempeng yang sedap dan menggiurkan di Shah Alam, dulu mungkin matlamat anda, janji dapat jual. Tetapi hari ini, matlamat anda ialah, anda wajib memberitahu semua orang di Shah Alam bahawa anda boleh membuat lempeng sambal ikan bilis goreng yang sedap dan menggiurkan dan ia akan buat anda rasa panas, pedas dan rasa sangatttt enak tanpa anda perlu menggorengnya sendiri. Amacam?

2. Kuasai pemasaran- Peter Drucker, salah seorang pengasas pengurusan & pemasaran moden pernah berkata, di dalam perniagaan, hanya ada 2 perkara yang paling penting iaitu Pemasaran & Inovasi. Betapa sedap pun lempeng yang mak kita pandai buat, tetapi jika tak pandai pasarkannya, maka ianya hanya akan jadi santapan ayah sahaja.....:)p. 93% mereka yang berniaga gagal adalah kerana mereka tidak pandai memasarkan produk/perkhidmatan mereka tetapi masalahnya ramai mereka ini dahlah BODOH lepas tu SOMBONG pula tu, taknak belajar. Bila saya adakan program percuma untuk Seminar Marketing Power baru-baru ini, lebih 17,000 orang hadir di 5 lokasi seluruh semenanjung tetapi mereka yang lain tetap akan cakap, aku sibuk.... Macamlah sibuk sangat sehingga perniagaan mereka telah touch 1st million kan? Anyway, Robert T.Kiyosaki pernah berkata dan saya amat menyokongnya, sekiranya seseorang itu berniaga lebih dari 3 tahun tetapi dia belum touch 1st million, bermakna mereka ini tidak ada mentor, ilmu dan sistem yang betul. Itu yang saya nak kongsikan pengalaman saya dan pengalaman peserta-peserta program saya yang telah berjaya selepas bertindak menggunakan ilmu yang saya kongsikan. 

3. Sentiasa inovasi- Sentiasa belajar dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya supaya ia akan membuatkan anda lebih berinovatif untuk meningkatkan perniagaan anda ke peringkat seterusnya dalam masa yang pantas.

Anda dan saya adalah manusia. Manusia adalah tuhan jadikan sentiasa mahukan perubahan, penambahbaikan serta peningkatan. Ingat, sekiranya anda mempunyai banyak masalah hari ini samada dalam hidup, dalam keluarga, dalam perniagaan, ianya adalah berpunca daripada tidak ada ilmu bagaimana untuk menanganinya.

Sesuatu bangsa akan berjaya jika mereka berilmu serta bersuluhkan iman dan ikhlas di dalam apa yang dilakukan. 

Saya sambung lain kali & Insya-Allah saya akan berangkat mengerjakan umrah bersama 37 orang ahli keluarga dan beberapa orang peserta saya yang ingin pergi bersama. Doakan perjalanan kami selamat dan umrah kami mabrur. Semoga tahun hadapan, saya dapat chartered kapal terbang untuk pergi bersama-sama dengan lebih ramai lagi termasuk membawa mereka yang kurang berkemampuan. (KC: Amin Ya Rabb. Kakchik nak ikut serta.)

Semoga anda sekeluarga lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati Allah swt. 

Salam sayang

Dr.Azizan Osman 
usahawan, pakar strategi pemasaran
pengasas strategi Marketing P.O.W.E.R 
trainer bertauliah (Asia) untuk Guerrilla Marketing International 
jurulatih kekayaan & kejayaan
------------------
richworks.com.my
marketingpower.com.my
wangpower.com

1 comment:

  1. Kak Chik boleh saya kongsikan ni...

    Saya pun nak pergi Umrah macam DAO, Ya Allah perkenanlah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails