Followers

22.11.08

Perancangan Tahunan

Assalamualaikum wbt.

Setiap hari bila nak ke pejabat atau ke MariBaca, dalam kepala kakchik ni sentiasa teringat kan perancangan tahun depan yang masih belum siap. Sebenarnya walaupun telah dimesyuaratkan segalanya akan tetap kembali ke meja kakchik.

Membahagikan satu tahun kepada 4 bahagian mungkin lebih memudahkan kakchik untuk merangka apakah program atau aktiviti yang akan dilaksanakan untuk setiap suku tahun. Oleh kerana syarikat kakchik adalah kecil, akhirnya hanya kakchik seorang yang terpaksa sakit kepala menyusun atur segala perancangan.

Idea

Bukan mudah sebenarnya nak meminta idea atau cadangan dari orang lain. Walaupun kakchik sudah ada beberapa idea tetapi terlebih dahulu kakchik ingin dengar dari orang lain. Bimbang nanti orang kata hanya idea dia sorang je yang betul... Tapi, itu pun susah juga.

Hari ini pun masih letih. Letih berfikir sorang-sorang.

21.11.08

Besar Tapak Tangan, Nyiru KakChik Tadahkan

Dalam keletihan balik dari program sumbangsaran siang tadi, kakchik teringat akan 2 hadiah dari seorang teman yang berada nun di benua Australia.

Petang tadi sebenarnya kakchik dah berkunjung ke 'Adelaide' untuk menerimanya kerana susah juga untuk pemberi hadiah menghantarnya (terlalu ramai yang menerima hadiah). Orang kata, orang memberi kita merasa, itulah juga apa yang kakchik dapat rasakan melalui jalinan persahabatan dengan teman-teman blogger dari merata tempat di dunia ini.

Hari ini ingin kakchik ucapkan terima kasih untuk suzi yang telah menghadiahkan satu 'award' dan satu hadiah yang mana kedua-duanya adalah berharga bagi kakchik.

Ini 'award' yang dianugerahkan oleh suzi. Sebenarnya kakchik pernah menerima 'award' yang serupa dari azza beberapa hari yang lalu. Macam pencalonan untuk menerima anugerah "Best Blogger" je.... hehehe.



Yang ini juga kakchik terima dari suzi. Waaahhhh... dalam satu hari dapat dua hadiah dari teman yang sama. Malu pulak rasanya sebab kakchik ni bukannya 'pemurah' seperti orang lain.

Kakchik mendoakan kesejahteraan untuk suzi sekeluarga dan sememangnya pemberian ini amat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih SifuPTS

Assalamualaikum wbt.

Bagi pihak MariBaca, kakchik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ainon, SifuPTS yang telah sudi mempromosikan blog MariBaca yang secara langsung turut mempromosikan kedai kami yang serba kecil ini. Insya-Allah ia akan makin membesar selepas ini. Selamat berjaya untuk MariBaca dan missinya.

Untuk membaca maklumat di weblog Puan Ainon, sila klik di atas gambar. Terima kasih. Sokongan anda amatlah dihargai.


Semoga Allah memberkati usaha-usaha Puan Ainon dan raka-rakan di PTS yang telah sudi membantu kami di dalam membekalkan buku-buku yang bermutu.


Terima kasih sekali lagi. Jazakillahu khairan jaza'.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs