Followers

1.3.15

BERABAYA KE MANA SAHAJA

BISMILLAH.



Terasa lama sangat kakchik tidak menulis di blog seperti dulu-dulu. Malam ni selepas membaca satu artikel di suratkhabar, hati tiba-tiba rasa nak menulis pula. Moga-moga ada manfaat di sebalik tulisan malam ni.

Alhamdulillah kakchik sekarang sudah 24 minggu mengandungkan bayi bertuah ini. Walaupun kandungan semakin kelihatan baby-bumps nya tapi masih ramai juga orang tidak perasan apabila mereka bertemu kakchik. Ya, mungkin kerana abaya yang dipakai telah berjaya menyorok keadaan diri yang mengembang dari pandangan mata. Syukur alhamdulillah.

Kakchik memang tak nak orang nampak. Segan bercampur malu. Terasa seperti tak lengkap penjagaan aurat kakchik kalau baby-bumps kelihatan dengan jelas. Usaha juga sebaik mungkin agar tak nampak. Tapi, kita tak mampu juga nak melawan kuasa angin yang Allah jadikan. Sekali ia bertiup kuat, ternampaklah juga.

Syukur juga abaya kakchik mampu mengurangkan kesan nampak tersebut. Hati gembira sebab tak perlu nak beli baju maternity sebab semua abaya pun longgar dan masih boleh dipakai macam biasa. Cuma kakchik dalam usaha untuk tambah koleksi abaya yang belah depan untuk mudah menyusu esok-esok. Sekarang ni banyak yang jenis sarung jadi tidak praktikal bila baby dah lahir nanti.

Ni baby tengah aktif ni. Dia suka sangat waktu lepas Maghrib dan Subuh kerana waktu tu kakchik luangkan untuk mengaji Qur'an dan tadabbur maknanya. Tapi waktu-waktu lain pun baby bertuah ni aktif. Bedebub-bedebab dia main tendang-tendang kat dalam tu hehe. Syukur sangat kan dengan nikmat yang Allah anugerah ni? Pasti kawan-kawan yang pernah mengandung memahaminya.


10 comments:

  1. Alhamdulillah Kak Chik for your pregnancy. Sangat gembira dengar berita ni :) Take care ye Kak Chik!

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.....sy tumpang gembira sgt dgn kak chik..selalu jugak jenguk kt sini...tp tak de update..huhu..tahniah kak chik..jaga diri baik baik yek..salam ukhuwah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwwah kembali. terima kasih ya dik. kakchik memang jarang sangat update blog. tak tahu kenapa mood menulis blog ni menurun sangat sejak tahun lepas :)

      Delete
  3. al-hamdulillah
    tak sabar nak tunggu orang baru ;)

    ReplyDelete
  4. belum pernah sekali bergaya dengan Abaya.. teringin gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba tenku butang. boleh lihat pilihannya di blog www.abayaelegan.com

      Delete
  5. salam kakchik,

    tahniah sekali lagi atas kehamiln pertama ini...

    betul, memang selesa berabaya klu preggy. sy pun klu tak abaya, jubah biasa pun ok... baju kruung pun masih sarung kalau muat... sebab tu suka beli saiz besar2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm ummi hanie.
      terima kasih :)
      kakchik dah makin sarat skerang ni, baju kurung memang out dah. hanya abaya je yang boleh muat. itupun ada sesetengah dah tak boleh pakai sebab dah makin ketat hehe

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs