Balik saja dari mesyuarat petang tadi, kita singgah sekejap beli barang dapur di PT Hypermarket. Sekarang ni Abang bekerja kat rumah. Kesian dia, kadang-kadang takde benda nak makan masa kita kerja. Sebab mesyuarat tamat 6.40 petang dan Maghrib masuk masa kita dok pilih barang, maka kita singgah sembahyang Maghrib di Masjid Pengkalan Chepa je sebab bimbang kalau balik terus, waktu dah tamat. Tak mau kita!
Sampai di rumah Abang tolong bukakan pintu dan ambil barang-barang dari kereta. Yang kita perasan, Abang nampak letih sangat. Masa nak ke mesyuarat tadi dia sedang tidur dan sebelum tu nampak macam biasa je. Makan tengahari selepas Jumaat pun berselera je. Kita tak sempat tanya apa-apa Abang dah naik ke rumah.
Aik, pelik! Selalunya Abang akan sembang sikit-sikit sementara tunggu kita kuncikan kereta. Sama-sama naik ke rumah. Bila kita masuk ke ruang rehat, Abang dah tersandar di sofa. Pucat je muka dia. "Ngapa Yang?", kita tanya. "Abang muntahlah tadi. 2 kali. Habis keluar semua yang Abang makan tadi." Lekas-lekas kita letakkan barang dah terus sentuh dahi dan badan Abang, takut-takut dia demam. Alhamdulillah, takdelah pulak. "Mungkin Yang salah makan kot.", kita cuba fikir-fikir apa yang Abang makan yang tak serupa dengan kita. Rasanya sama je hidangannya sebab kita yang masak dan kita yang menghidangnya. Kita ambil semua barang yang bari dibeli dan bawa ke dapur. Jerang air dan siapkan makan malam. Sambil masak kita minta Abang berehat. Tapi Abang bukannya boleh duduk diam... dah hilang ke bilik kerjanya. Abang suruh kita makan dulu sebab dia takde selera. Masih mual katanya. Kesian suami kita. Sejak 6 tahun hidup bersama, inilah kali pertama Abang muntah.
Lepas makan, kita sediakan air teh gelas besar untuk Abang. Dia memang suka. Kalau gelas kecil nanti dia mesti nak tambah lagi. Jadi kita dah biasa guna gelas besar macam mug. Masa dok mengemas, Abang masuk ke dapur, katanya nak makan sikit buat alas perut. Makan dua tiga suap, Abang berhenti. Termenung. "Nasib baik, tak muntah keluar ikut hidung. Kalau tak, tentu pedih.", kata Abang. Betul... kita masa demam bulan april baru-baru ni, muntah keluar ikut hidung. Memang tau macamana pedihnya. Janganlah Abang muntah lagi. Tak habis Abang makan. Dia kembali ke sofa berehat sambil tengok berita. Seingat kita, dah lama tak lihat Abang terbaring macam tu sebab jenis yang tak suka dok saja. Kalau rehat, Abang terus tidur. Kali ni memang Abang betul-betul tak sihat. Makan panadol saje. Bukannya nak pergi dia ke klinik. Puas kita ajak, tetap tak mahu.
Kita tolong gosokkan badan, selimutkan dan temankan Abang sekejap. Tapi Abang suruh kita sambung kerja kita. Maka di sinilah kita mengadap komputer, mengikuti kelas online sambil menulis blog. Moga-moga Abang cepat sihat.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Hayakallah,
ReplyDeleteSemoga dia sudah sihat sekarang.
Alhamdulillah. Sudah sihat.
ReplyDelete