BISMILLAH.
Sumber: Basikal Muda |
Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w melalui hadis-hadis baginda. Makanya, ini merupakan sunnah qauliyah (perkataan) dan merupakan sunnah tertinggi jika hendak dibandingkan dengan sunnah taqririyah dan sunnah fi'liyah (perbuatan).
Waktu Solat Dhuha
Dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Berapa rakaat?
Solat sunat ini sama seperti solat sunat yang lain yakni dua rakaat dan satu salam.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Thabarani:
Waktu Solat Dhuha
Dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Berapa rakaat?
Solat sunat ini sama seperti solat sunat yang lain yakni dua rakaat dan satu salam.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Thabarani:
Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha,
2 rakaat = orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
4 rakaat = orang yang suka beribadat
6 rakaat = dicukupkan baginya hari tersebut
8 rakaat = orang yang selalu berbuat taat
12 rakaat = Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga
Doa Selepas Solat sunat Dhuha
Sila klik untuk imej lebih jelas. |
Ya Allah ya Tuhanku, jika rezekiku di atas langit, maka Engkau turunkanlah. Jika rezekiku di bumi, maka Engkau keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika lambat, percepatkanlah. Jika haram, halalkanlah. Jika jauh perdekatkanlah.
Kelebihan
Rasulullah s.a.w bersabda: 2 rakaat solat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.
Inilah yang dipegang oleh sahabat baginda Said bin Zaid. Ketika beliau menjadi pemimpin dan hidup dengan keadaan yang begitu zuhud, Khalifah Umar al-Khattab bertemu dengannya untuk memberi sedikit bantuan. Beliau menjawab: Aku mengamalkan solat sunat Dhuha, maka itu sudah cukup mengkayakan aku.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya, maka diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan (Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
p/s
Ramai yang sedang bercuti barangkali. Dan hari ni dan esok merupakan hari cuti. InsyaAllah boleh diambil masa 5 minit untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Sama-sama kita sokong satu sama lain untuk beramal.
KAKCHIK: Tulisan ini kakchik salin dari blog ini Berubah Meskipun Payah.
Assalamualaikumwbh Kak Chik....apa khabar? MMM lama x tanya kabar kak....:) Thanks for the sharing.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Alhamdulillah kakchik sihat-sihat saja. Ha'ah lama jugak kita tak bertegur-sapa kan? Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri tapi Ayu tetap di ingatan kakchik. Sama-sama, semoga ada manfaatnya.
ReplyDeletekak chik nak buat tapi belum buat2..dah hafal doanya cuma surah ad dhuha dan as-syam x hafal2..guna surah lain boleh x?...
ReplyDeleteaJa, kalau terasa nak buat, terus bangkit dan pergi ambil wudhu. lawan perasaan tu. pasal ayat2 bacaan dan doa tu, solat sunat, baca ayat apapun boleh. berdoa sahaja dlm bahasa kita, Allah faham semua bahasa sebab Dia yang ciptakan kita.
ReplyDeletethanks kak chik...insyaallah...
ReplyDelete