Followers

21.12.11

IDEA: Rak buku takung air hujan (raingutter).

BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua. Pernah dengar tak 'raingutter bookshelves'? Tentu ada yang pernah dengar dan ada juga yang baru kali pertama mendengarnya. 'Raingutter bookshelves' ni atau kakchik terjemahkan kepada 'rak buku takung air hujan' ialah satu cara untuk menyusun dan mempamerkan buku yang sangat efektif dalam usaha menanam minat membaca anak-anak.

Kepada mereka yang sudah tahu, kalian dialu-alukan untuk memberikan pandangan atau komen mengenai pengalaman anda. Manakala bagi kalian yang tidak tahu, hari ni kakchik akan kongsikan sedikit ilmu kakchik berkaitan dengan 'rak buku takung air hujan' ini.

Sejarahnya...

Kakchik mengetahui tentang idea rak buku ini ialah melalui penulis buku The Readaloud Handbook iaitu Mr. Jim Trealease di dalam website dia. Pengalaman ini berlaku dalam tahun 2004 kalau tak silap kakchik. Di waktu itu kakchik sedang membuat research tentang penjimatan wang dalam menguruskan sebuah perpustakaan. Alhamdulillah Allah takdirkan kakchik terjumpa website Mr. Trealease.

Gambar-gambar seperti di bawah ini telah membuatkan semangat kakchik untuk melaksanakannya naik dengan mendadak dan hampir termimpi-mimpi hehehe. Sayangnya bajet kami di perpustakaan wakaf ini amat terhad dan kos pembelian takung air hujan juga agak besar pada masa tu maka hasrat hati itu terpaksa ditangguhkan hingga ke hari ini. Lama kan?






Kelebihannya

1. Daya tarikan yang tinggi
Cuba kalian tengok gambar di atas tu. Menarik sangat kan? Kakchik tak tahu orang lain tapi kakchik sangat teruja melihat rak-rak buku yang boleh DIY ini. InsyaAllah di rumah kakchik pun akan ada rak begini nanti. Sekarang ni masih dalam pelan, bila perpustakaan kami siap dikemaskan, kakchik memang nak pasang rak 'rain gutters' ni kat lokasi yang strategik.

Kita yang dewasa ini boleh teruja, apatah lagi kanak-kanak yang sukakan benda berwarna-warni. Bila dipamer dan disusun begini, dengan cepat kanak-kanak boleh nampak kulit buku yang pelbagai rupa dan warna. Dan kebanyakan buku kanak-kanak memang kulitnya menarik.

Jika disusun menegak, bagaimana kanak-kanak nak nampak kulitnya kan? Minat nak pegang, nak ambil, nak belek buka itu amat kurang. Tapi kakchik sudah buat eksperimen dalam penyusunan buku ni. Bila kita susun buku seperti dalam gambar, kanak-kanak lebih cepat mengambil buku itu untuk dibawa ke kerusi dan membelek/membacanya. Sangat efektif.

2. Jimat ruang
Maksud kakchik, kita boleh pasang rak buku takung air hujan ni kat mana-mana ruang dinding kosong yang kita ada. Kalau rak buku biasa, pastinya kita nak menggunakan ruang dinding dan juga ruang lantai kan? Tapi dengan 'raingutters' kita hanya perlukan ruang dinding yang kosong tak kira luas atau sempit. Jom tengok contoh di bawah.

'Raingutter bookshelves' di dalam bilik tidur.

Ruang di bawah tingkap boleh dimanfaatkan juga.
Kemas, cantik dan menarik.

Selain dari idea penggunaan ruang yang ada dalam contoh-contoh di atas, kakchik yakin kalian sendiri lebih kreatif untuk memasangnya di mana yang bersesuaian.

3. Jimat belanja
Sebenarnya kakchik sudah lupa harga 'rain gutter' yang kakchik tanya di Syarikat Polyedar hari tu tapi secara relatifnya ia lebih murah berbanding kayu. Kawan kakchik, gurubesar di sebuah sekolah rendah Islam telah memasang rak begini di sekolahnya. Kalau tak silap ingatan kakchik, dia kata modalnya tidaklah besar.

Di luar negara juga semua guru dan ibu bapa yang memasang rak buku 'rain gutter' ini memberikan maklum balas positif iaitu rak buku ini amat menjimatkan bajet.

4. Mudah untuk dipasang.
Cuba baca perkongsian di blog ini tentang cara untuk memasang rak 'rain gutter' ni di dinding rumah.



Atau kalian boleh juga cuba cara yang dikongsikan oleh tuan blog ini: Raising Olive.


Kesimpulannya

Pihak perpustakaan akhirnya bersetuju untuk menjadikan impian kakchik ini satu kenyataan. Alhamdulillah... InsyaAllah tahun depan Sudut Kanak-Kanak kami akan mendapat beberapa perubahan yang positif. Ia akan diberi wajah baru dengan cat baru berwarna-warni (Alhamdulillah... dah lama bawa dalam mesyuarat), ada ruang akan dilukis mural menarik (Alhamdulillah... ini idea CikMat) dan sebagai menggantikan rak-rak buku yang rosak akibat air hujan, 'raingutter bookshelves' akan dipasang. Alhamdulillah summa Alhamdulillah.

Berkat kesabaran dan usaha yang tidak pernah puas. Alhamdulillah.

Rujukan:
1. http://raisingolives.com/
2. http://satorismiles.com/
3. http://www.trelease-on-reading.com/index.html

8 comments:

  1. cantiknye..berapa kos nye kak chik? kalau sikit je x mhl kan?

    ReplyDelete
  2. catlina, kakchik pun tak tahu sebab belum memasangnya di rumah atau di perpustakaan ni. baru saja cadangan kakchik ni dipersetujui oleh bos. lepas dah pasang nanti kakchik akan kongsikan lagi hasilnya dan pasti dgn kosnya juga.

    ReplyDelete
  3. t.kasih k.chik refresh idea ni. lama dh dpt idea ni tp xsempat2 nk apply kt tdka sjk dpt tahu idea ni. i.allah nk buat jg satu hari nanti.

    wlbgaimana pun tahniah ats perubahan y akn di d.zahra y bakal mgunakn idea ni. pastinya menarik perhatian knk2 jg myegarkn minda mrk bla bkunjunh k d.zahra

    ReplyDelete
  4. Sama-sama kak ira. Lebih kuranglah kita kak. Chik pulak terpaksa hold on sebab selalunya masalah bajet ditimbulkan. Alhamdulillah dengan perkembangan terkini tu. Nanti tahun depan kak ira pergi library tentu nampak kelainannya :) Semoga akak pun dapat buat di tadika akak ya.

    ReplyDelete
  5. Wah!, kemas & menarik. Boleh diapplikasikan di rumah untuk sudut membaca anak2 saya :D

    ReplyDelete
  6. Menarik idea ni kakchik... terima kasih atas perkongsian, saya mencari idea untuk cari rak buku yang sudah melimpah ni :)

    ReplyDelete
  7. best idea ni..nnt rmh baru nak ada raingutter bookshelves for the girls lah. ;) thx!

    ReplyDelete
  8. bestnya! nnt rmh baru nak buat raingutter bookshelves gak lah..;) thx!w

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs