BISMILLAH.
Sejuknya petang ni. Hujan masih tak berhenti dari malam tadi hinggalah ke saat ini. Nampaknya banjir siri kedua akan datang lagi ke Kelantan ni. Pagi tadi kakchik tengok air di Sungai Pulau Melaka tu dah sampai ke gigi sungai dan warnanya sangat keruh. Selalunya itu tanda air dari hulu telah turun ke hilir. Harap-harap tidaklah banjir cuma hujan lebat saja.
Bercerita pasal hujan ni semalam kakchik ada beli Putu Mayam untuk cik abe. Petang-petang hari dapat makan Putu Mayam yang panas dan minum teh panas juga, sangatlah seronok. Tapi, mungkin Putu Mayam tu nak jadi rezeki kakchik, sampai di rumah, cik abe taknak makan pula sebab dia dah kenyang. Jadi, kakchiklah yang makan.
Putu Mayam |
Alhamdulillah. Selalunya kuahnya sangatlah manis tapi yang semalam tu kuahnya sedang-sedang elok dengan selera kakchik. Tak manis sangat. Bila lama tak makan ni, dapat makan semangkuk pun dah terlalu nikmat tapi kalau hari ni nak makan lagi, tak mungkin. Muak.
InsyaAllah petang ni kudapan kami ialah Cekodok Pisang. Kurang rajin untuk ambil gambar sebab kalian pun dah biasa tengok cekodok kan?
sedapnya putu mayam.. teringat kat kg laman
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteDI sebelah utara Kedah & Penang ni, putu mayam lebih halus dan nipis,
dimakan dengan gula merah serta kelapa parut.. sedap :)
kenapa putu mayam nyer lain patern...bukan macam kat jb?...
ReplyDeleteapa rasanya kak chik?..pakai gulamerah jugak ke...
nyum..nyum...cam sedap
ni putu mayam kelate ke kakchik? yang selalu nadiah makan lain. bukan makan dengan kuah..makan dengan gula + kelapa parut
ReplyDeleteumialya, orang kelantan jugak ke? kakchik yg dok kat kg halaman pun sesekali je jumpa putu mayam ni.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak aliya.
ReplyDeleteLain benar tu dari versi Kelantan.
Kreatif dan pelbagai selera putu mayam ni rupanya.
Akak kena ambil gambar tu kak, baru kakchik boleh bezakan.
aJa, kalau kakchik tengok yang kat jb punya tentu kakchik pun akann tanya soalan yg sama hehehe.
ReplyDeleterasanya tentulah sedap aJa.
yang kuahnya tu pakai gula melaka dan santan.
mm.... rasa laparlah pulak