BISMILLAH. Assalamualaikum dan
salam sejahtera.
Apa khabar teman-teman blogger
dan facebook semua? Kakchik doakan
kalian semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT.
Alhamdulillah, kakchik dan cik abe sihat-sihat saja. Syukur...
Sebenarnya kakchik tidak berhajat
untuk menulis blog pagi ni kerana banyaknya tugasan yang menanti di atas meja
pejabat ni. Tapi setelah membaca beberapa tulisan di blog dan juga di facebook
kakchik rasa tidak boleh ditangguhkan penulisan kakchik ni. Takut nanti kakchik terlupa dan terus tak
menulisnya.
Isunya ialah mengenai sikap kita yang SEOLAH-OLAH tahu semuanya dalam hal agama. ‘KITA’ yang kakchik maksudkan di sini ialah orang seperti kakchik yang belajar agama secara tidak formal yakni belajar agama melalui siri-siri kuliah umum, usrah, kelas-kelas pengajian yang tidak tetap, mendengar rakaman audi/video seperti di youtube, vcd dan seumpamanya.
Kakchik menulis ini sebagai
peringatan kepada diri-sendiri agar berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan
yang berkaitan dengan:
v
hukum-hakam agama dalam hal-hal yang kakchik
tidak mampu huraikan secara ilmiah bersandarkan Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan
Qias.
v
kisah-kisah para nabi, para sahabat dan ahli keluarga mereka, terutama berkaitan
latar belakang terperinci peribadi mereka, kehidupan mereka, sikap mereka dan
kecenderungan mereka.
v
Tafsiran Al-Qur’an dan Hadis yang kakchik
sendiri tidak pernah belajar secara jelas.
Sebentar tadi kakchik telah
meluangkan masa sebentar untuk membaca. Jika tidak diperuntukkan masa dan asyik
mengemaskini status di facebook atau membalas mesej/email saja, kakchik tak
akan tahu isu-isu semasa dan pelbagai perkembangan ilmu yang berlaku di sekitar
kakchik.
Dalam pembacaan kakchik ada
beberapa kali kakchik merasai perasaan ini, “Ahli agamakah orang yang menulis
ni? Cara dia menulis seolah-olah dia tahu semua perkara. Bila ada orang yang
beri pandangan yang kontra tapi ramai yang bersetuju, dia tidak pula meraikan
pandangan tersebut malah membalasnya seperti orang lain itu semua tidak pandai
sepertinya.”
Bila hati kakchik berkata-kata
begitu, kakchik cepat-cepat istighfar dan kembali melihat kepada diri-sendiri.
Pertanyaan demi pertanyaan kakchik ajukan kepada diri kakchik. Mungkinkah para
pembaca blog kakchik ada yang beranggapan begitu apabila mereka membaca
tulisan-tulisan kakchik yang berkaitan dengan aurat dan pakaian wanita Islam?
Tahu sajalah dalam blog ini banyak tulisan kakchik yang popular adalah berkisar
tentang aurat, pakaian wanita Islam dan niqab.
Allahu Allah... moga-moga Engkau
peliharalah diriku ini dari berbahas tentang sesuatu yang di luar pengetahuan
dan kemahiran ilmuku yang terhad ini. Kakchik amat berharap Allah melindungi
tulisan-tulisan kakchik daripada sebarang unsur riak, ujub, sombong atau
bongkak dengan sekelumit ilmu yang Allah campakkan ke dalam hati. Janganlah
hendaknya kakchik dianggap berlagak pandai sedangkan kakchik sebenarnya bukan
ahli agama.
Nau’zubillahiminzalik.
KakChik Niza
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra’
21 Muharram 1433H (17 Disember
2011)
Assalamualaikum kakchik,
ReplyDeletethank you so much for the reminder.sgt bagus utk waty dan insya Allah teman2 yg suka post di wall. waty ada juga post ttg isu aurat baru2 ini. waty pun risau sekiranya terdapat kesilapan..waty tulis sikit sebanyak bpandukan tazkirah2, buku yg waty pergi dan baca.waty decided to write a post on it baru2 ini krn terdapat segelintir dikalangan saudara2 kita yg begitu mudah melenting dan tergesa2 mahukan result dari nasihat yg diberikan hingga adakalanya tidak kena cara dan melanggar pula pkara yg wajib diberikan perhatian.ada diantaranya kadangkala terlalu obses mahukan org lain spt mereka sedangkan apa yg penting lulus piawaian yg dikehendakiNya.. waty sendiri pernah ditegur oleh rakan2 arab krn waty sukakan warna2 yg terang.tho jubah longgar dan tebal, tudung tutup dada masih juga tak kena. but i suppose it's part n parcel of life kan kakcik.
Wa'alaikummussalam waty.
ReplyDeleteYou are welcome sis. Sama-sama kita ingat mengingati. Pada kakchik apa yang waty buat tu ok, kerana niatnya mahu menyedarkan orang mengikut kemahiran waty dalam menulis. Yang penting kita ada rujukan kerana perkara aurat ni dia berkait dgn hukum. Memang betul ada sebahagian dari kita ni mengharapkan orang berubah secara drastik dan seperti memaksa atau memandang negatif pula kpd mereka yang baru berhijrah sedikit demi sedikit. Kalau mereka kekal begitu, kakchik rasa mereka ada penyakit hati. Semoga Allah sentiasa membimbing kita di atas jalan yg lurus.