Followers

4.12.11

INSAF DIRI: Pergi Tak Kembali

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua, semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

Baru sebentar seorang adik, kenalan, sahabat dan teman sekerja dalam kerja-kerja dakwah, berlalu meninggalkan kakchik selepas menghantar satu barang yang kakchik beli darinya. Sayu sekali hati kakchik melihat kelibatnya. Terus teringat kepada peristiwa yang berlaku bulan lepas. Peristiwa kami semua kehilangan seorang teman, kenalan, sahabat dan dai'e dalam sebuah kemalangan di awal pagi.

Terus kakchik panjatkan doa agar Allah segera pulihkan trauma yang dialami adik itu dan juga seorang lagi sahabat yang baru saja dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas beberapa lama berada di hospital dan melalui pembedahan plastik. Semoga Allah pulihkan fizikal dan spiritual mereka yang masih lagi trauma dengan apa yang berlaku. Adik itu mungkin kelihatan sihat fizikalnya dan agak ceria wajahnya tapi kakchik tahu, kesan dalamannya masih belum pulih sepenuhnya.

Ya Allah, bantulah mereka berdua yang 'survive' dalam kemalangan itu agar pulih kesihatan fizikal dan mental. Mereka berdua adalah orang-orang penting dalam jalan dakwah ini. Kami akan bantu mereka untuk pulih dan kembali ke medan dakwah-Mu. Aamiiin.

Menitis airmata melihat kelibatnya yang mahu segera beredar kerana hari kelihatan mahu hujan. Hati kakchik teringatkan sahabat yang pergi meninggalkan kami semua dalam kemalangan itu. AL-FATIHAH untuk Allahyarham Kamarulzaman Hj. Abdullah yang pergi tak kembali pada 11 November 2011. Semoga tenanglan arwah bersemadi di alam barzakh. InsyaAllah riwayat hidupnya dari 1979 - Nov 2011 adalah penuh dengan kerja-kerja untuk Islam.

Sayunya hati ini bila mengingatkan ujian yang Allah datangkan ini. 

Kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan dengan memastikan usaha dakwah kita berterusan dan berakhirnya hayat kita dengan penuh manfaat kepada orang ramai. Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya sebagaimana para pejuang Islam yang lain yang memberikan sepenuh masa, tenaga, harta dan segenap keupayaan untuk kerja-kerja Islam. Bertuahnya mereka di akhirat nanti.

Petang ini, cuaca sebu, hati pun sayu. Kakchik ingin kirimkan sebuah sajak khusus untuk Allahyarham Kamarulzaman Hj. Abdullah.

SAJAK KHAS BUAT PEJUANG ROYALTI KELANTAN (ALLAHYARHAM KAMARULZAMAN ABDULLAH) (1979-2011)

Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Sirami Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Diatas Tulang-Tulangku Ini
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini

Dan..
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapat Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Dialam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapat Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Dialam Abadi
Nun Disana Fajar Sedang Memancar..


2 comments:

  1. assalamualaikum kakcik

    semoga rohnya tenang disana...

    jika kakcik merasai kehilangan teman/sahabat, saya pun sama, hingga sekarang masih tak dapat melupakan arwah ibu saya. Sebab itulah saya sentiasa sibukkan diri ambil segala tempahan untuk meredakan sedikit kesedihan.

    Benar kata kakcik dalam Fb pagi tadi, "DIA sentiasa ada untuk kita semua. Di saat hati terasa keseorangan, ingatlah ALLAH sentiasa ada"

    peristiwa menguruskan sendiri jenazah ibu dari mula hingga akhir membuatkan saya insaf dan teringatkan yang hidup ini hanya pinjaman semata2...

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam noorma.
    takziah ya noorma. insyaAllah ibu noorma teang di sana kerana dia punya anak yang sentiasa mengingati beliau dan mendoakannya. banyakkanlah berbuat amalan kebaikan di atas dunia ni kerana pahalanya juga akan mencerahkan kubur ibu noorma. noorma tabah, tentu sampai bila-bila akan ingat pengalaman menguruskan sendiri jenazah ibu. bera, kita hanya sementara saja di dunia ni. mata mungkin sedetik saja lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs