BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sumber: Blog Kak Kamsiah |
Alhamdulillah hari ni sudah sampai 10 Muharram 1433 Hijrah. Maknanya sudah 10 hari kita berada di dalam tahun baru hijrah. Cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru saja kita sambul Awal Muharram.
Hari ni kalian sarapan dengan apa? Kakchik belum sarapan sebab insyaAllah hari ni nak kejar pahala puasa sunat 10 Muharram, Hari Assyura. Rasulullah SAW ada sebut bahawa jika kita berpuasa pada hari 10 Muharram insyaAllah diampunkan dosa kita untuk setahun yang lepas.
Allah.... kakchik memang mohon sangat Allah ampunkan segala dosa kakchik. Setahun, bukannya sikit tu. Kalian pun tentu serupa juga kan? Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Sama-samalah kita mendoakannya.
Selalunya orang kat Kelantan ni bila masuk bulan Muharram, amat suka membuat bubur assyura. Dulu mak saudara kakchik belah ayah setiap tahun memasak bubur assyura ni tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dia dah tak buat sebab masalah kesihatan.
Bubur assyura Kelantan ni jenis agak likat dan sedikit keras. Tapi sedapnya.... orang yang makan sajalah tau. Kat dalamnya ada daging lembu, kacang, jagung dan macam-macam lagi yang enak-enak. Isyk, puasa ni hehehe.
salam
ReplyDeletepos lah sikit bubur syura tu ...
salam kak chik yg di kasihi Allah...
ReplyDeleteAllah hu Allah ...benar kak chik masa berlalu terlalu pantas...bubur aysura sedap lina sgt sukakan nya..kalau di kg pasti hari sibuk menyediakan utk makan bersama2 ketika berbuka puasa. seronak kan...masa yg berlalu tidak dpt kembalikan..
salam ziarah...lamanya tak makan bubur asyura..terliurnya..
ReplyDeleteWkslm kak pB. Tak buatlah kak. Kalu mok sedara sihat, sure dia buat. Kakchik nga famili tok panda sangat nok buar suro.
ReplyDeleteWkslm lina yang dirahmati Allah.
ReplyDeleteBubur assyura ni kalau pandai buat, tentu seronok masak sama dgn keluarga macam lina. Kakchik kat sini selalunya masak bubur assyura ni dalam kawah pastu agih2kan kpd keluarga dan jiran-tetangga. Seronoknya suasana tu. Nostalgia..
Ahlan Marzhani. Dah berapa tahun tak makan bubur assyura tu? Kakchik ni tahun lepas rasanya ada makan sikit.
ReplyDelete