Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik autopublish saja entri ni sebab terlalu banyak kerja nak diselesaikan.
Dari: Puan Ainon, PTS
Kebanyakan lelaki tidak tahu bahawa bagi perempuan, aktiviti bercakap-cakap adalah amat penting, ia seerti dengan berkasih mesra.Bagi perempuan, berkasih sayang adalah bercakap-cakap. Tidak mahu bercakap-cakap bermakna tidak berkasih dan tidak bersayang.Tetapi lelaki tidak tahu bahawa persepsi yang begitulah punca yang mendorong perempuan sangat memerlukan aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual dengan suami mereka.Bagi perempuan, bercakap-cakap tentang perkara-perkara yang tidak penting adalah amat penting!Bagi lelaki pula, banyak bercakap-cakap tentang perkara yang tidak penting cuma membuang masa sahaja, oleh itu tidaklah perlu dilayan.Kebanyakan perempuan tidak tahu bahawa lelaki bukannya tidak suka bercakap-cakap. Sebenarnya, lelaki lebih menghargai kedamaian dan ketenangan daripada bercakap-cakap perkara yang bagi mereka tidak penting.Lelaki sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka boleh mendapatkan kedamaian dan ketenangan.Itulah sebabnya lelaki suka perempuan yang membenarkan mereka duduk diam-diam sahaja sambil membaca surat khabar ataupun menonton tv di rumah, tak perlu bercakap-cakap.Tetapi bagi perempuan, apabila suami mereka tidak mahu bercakap-cakap dengannya, mereka menganggap suaminya tidak peduli akan dirinya.
Jadi, adakah kalian setuju dengan artikel yang kakchik kongsikan hari ni?
oh begitu ye..ye la..sy selalu rasa terasing bila suami duk senyap je..hehe,,
ReplyDeletesalam Kak chik - Husband mmg tak byk cakap masa di habis kan membaca buku atau kitab yg kami pelajari...nak mula bercakap bila apa yg dibaca tak difahami maka kami akan berkomunikasi...sgt indah...kalau ada kebaikan kawan boleh ikutinya apa yg lina amalkan bersama keluarga...dh jadi rutin anak2 turut serta :)
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletetersenyum2 sya baca entri kak chik..=)
Nurzy, kita ni memang kena belajar/pandai membaca mood suami agar diri kita ni mendapat layanan yang sepatutnya. Mula2 hairan lama2 kita pun faham kan?
ReplyDeletewkslm lina. terima kasih kongsikan cara lina dan suami. penting tu dua-dua pihak saling memahami cara yang digunakan barulah komunikasi antara keduanya berkesan. macam lina dgn suami.
ReplyDeletewkslm rose. hehehe... kakchik pun masa mula2 membaca artikel ni turut tersenyum2 juga. faham-faham ajelah kan.
ReplyDeleteAs'kum..salam perkenalan
ReplyDeleteaáh mungkin betul..tapi, saya pulak kadangkala saya yg banyak diam..emm
Assalamualaikum Kak Chik. Memang banyak yang perlu dipelajari oleh seorang isteri terutama memahami suami. Yang penting, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Thank you very much for great information on your blog, Kak Chik.
ReplyDeleteWkslm Ummi Nur. Salam perkenalan kembali. Sebenarnya kita ada persamaan la :)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Mrs. AJ.
ReplyDeleteMemang benar apa yang Mrs AJ tambah ni. Sikap toleransi dan saling-memahami adalah sangat penting dalam hubungan suami-isteri. Sama-sama :)
saya seorang pendiam... memang tidak banyak bercakap dengan suami.. dan suami pula jarang juga bercakap... memandangkan kami jarang bersama dirumah. kdang kala saya memikirkan topik apa yang ingin dibualkan dengan suami.. kerana tak mahu suasana sepi sama ada masa didalam kereta @ semasa makan. jarang juga berkomunikasi dengan suami mengenai hal rumah tangga.. pendek kata saya hanya menyalurkan rasa kasih saya hanya melalui perbuatan dan tingkah laku saya.
ReplyDelete