Assalamualaikum semua dan selamat petang. Kejap lagi dah nak balik keje tapi nak juga update sikit.
Pagi semalam kakchik ke Nordin Batik, satu gedung batik kepunyaan Tuan Haji Nordin yang terletak di Kampung Palog Pintu Geng, Kota Bharu. Ini ialah antara syarikat pengeluar batik yang sangat terkenal di Kelantan.
Dah tak sempat dah nak tulis panjang-panjang.
Jom tengok apa yang kakchik beli semalam.
Kaftan hijau - jatuh cinta pandang pertama. Bila dicuba pakai, memang sesuai dengan badan, terus je beli. Tapi dapat murah sikit sebab diorang sedang SALE.
Kaftah biru inipun kakchik beli juga sebab dah tahu kalau bawa balik yang hijau mesti adik atau kakak pun nak juga. Terbukti, sampai di rumah semua pun nak... yang ni La yang beli.
Ini pula RM320 sepasang, batik sutera Jackquard pilihan kakchik untuk seorang teman. Dapat diskaun ni... jadi RM250 sepasang. Kakchik belikan yang sebelah kiri tu untuk dia.
Lepas keje ni nak ke sana sekali lagi. Masih ada pesanan...
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Cantik tu... untuk raya korban ke kakchik ?
ReplyDeleteKak Tie - agaknya boleh buat raya kot... hari ni pun dah tak sabar nak pakai tapi tahan aje, hehe
ReplyDeletekakchik...canteknyeeeeee... bpe rege kaftan tuh kak?
ReplyDeletefmina08 - kaftan tu RM150 sehelai, kain sutera jackuard, lembut sesangat
ReplyDeletetolla kakchik lawa la..harga die pn not bad gak..
ReplyDeletelily - after less lagi murah. tapi masa kakchik gi ptg tadi, dah tinggal 5 helai kaftan macam tu.
ReplyDeleteSalam kak chik,. ngeee. lama tak jalan sini. saya cibok dr minggu lpas. sampai tak lalu make nih. kpala nyut2 sakit. kaftan tuh ada cantik bunga dia..wane apa tu kak? Aduhai, mata pun da berpinar nih.....he he..
ReplyDeleteWkslm nurindah.
ReplyDeleteTak lalu makan tu bahaya, nanti kan dapat penyakit pula. Make sure makan cukup ya nurindah walau sibuk mcmn pun.
Kaftan yang kakchik pakai tu warna hijau pucuk pisang dan warna royal blue. Memang sangat cantik...
Cantiklah Kak Chik Batik kaftan tu..terutama sekali biru laut yg bawah sekali tu..
ReplyDeleteTak sabar plak nak ke Kelate hujung tahun ni..he3
zureen - yang kat bawah tu bukan kaftan tapi kain pasang. kaftan takde warna tu dan lukisannya lain dari corak di kain pasang.
ReplyDeletenanti datang sini, jangan lupa kontek kakchik ya.
saya jarang beli batik sbb jarang jumpa corak bunga yg simple2,kecik2...bunga besar2 saya kurang minat sikit...
ReplyDeletemmg chantik. Berbaloi dgn harganya.
ReplyDelete