Followers

25.12.11

Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua. Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia dengan keluarga masing-masing.

Sudah dua hari kakchik tidak mengemaskini blog dan juga facebook. Bukan tak mahu mengemaskini kedua-duanya tapi kakchik sebenarnya pergi bercuti bersama cik abe selama hampir 2 hari 1 malam sejak pagi Jumaat lagi.

Ingatkan kat tempat percutian tu kakchik dapat online tapi Allah memang nak kakchik rehat sungguh-sungguh termasuk dari dunia siber, maka ditiadakan talian internet di resort itu. Syukurlah ... kalau tidak, takde makna sangat kot percutian kami.

Cuti ni adalah sempena Hari Keluarga Al Quds Travel iaitu syarikat cik abe bekerja. Alhamdulillah... walaupun tidak pergi jauh macam tahun lepas (Hatyai) tapi masih sangat berbaloi. Tempat percutian ini ialah sebuah resort yang baru dibuka, belum dirasmikan pun tapi khabarnya bertaraf 5 bintang.

Alhamdulillah... rezeki terpijak orang kata. Suami yang bekerja, kita yang dapat tumpang dua kaki hehehe.

Jomlah kakchik perkenalkan resort percutian kami ni. Mana tahu selepas ini ada yang mahu bercuti di sana juga. Tempatnya sangat menarik, di depannya pantai dan di sekelilingnya tasik buatan manusia. Dekat dengan jalanraya, mendamaikan dan seronok sekali terutama untuk anak-anak.

Inilah sebahagian gambar yang kakchik sempat rakam sebelum kamera kehabisan bateri.

Tok Aman Bali Beach Resort, sebelum bertolak pulang petang semalam.

Dari sudut berbeza diambil pada pagi Jumaat sebaik saja sampai.


Sayap kanan, kalau ke kanan lagi akan nampak playground.

Pandangan bangunan utama resort dari dalam.

Kolam renang terbuka yang luas, tak sesuai untuk muslimah mandi-manda.

Dari beranda bilik hotel di tingkat 2, nampak kolam renang.

Deretan bilik hotel dalam banguna dua tingkat.

Tasik di belakang bilik penginapan kami.

Boleh nampak resort bersebelahan iaitu Green Spa Resort.

Ada cermin besar dan kerusi rehat di beranda bilik.

Memang selesa untuk honeymoon lagi :)

Pandangan dari kerusi cleopatra menuju pintu masuk.

Sofa cleopatra di tepi sliding door  menuju ke beranda.

King size yang empuk tapi masih bangun subuh awal ya.

Pandangan bilik air dari luar.

Almari yang berpadanan.

Kolam ikan koi yang dihiasi pasu air pancut di sebelah restoran.

Bangunan pusat rekreasi. Pelbagai indoor games.

Hajat nak ke gim tak sampai.

Salah sebuah kerusi rehat di tepi kolam.

Meja studi juga disediakan untuk yang masih nak guna komputer.
Sayangnya takde line internet.

Cuba mencari internet dengan P1Wimax pun tak berjaya.

Sungguh romantik :)

Melihat air pasang di sebelah petang.

Suasana dalam restoran.

Maaflah gambarnya tak begitu tersusun, kakchik upload je mana yang sesuai. Semasa kami sampai, resort ini kelihatannya mendapat sambutan yang begitu hangat kerana ramai pelanggan kelihatan di sana-sini. Oleh kerana ia masih baru, segalanya masih 'memancar' dan kayu ukiran pun masih kuat berbau varnis.

Inilah salah satu resort yang bertambah di Negeri Kelantan ini. Walaupun harganya mahal namun permintaan sangat tinggi. Tak rugi kalian bercuti ke sini. InsyaAllah.

11 comments:

  1. Cantik dan menarik resort ni kak chik.. menggambarkan ketidakmampuan kami nak ke sini.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Hehehe... memang betul tu, cantik dan menarik. Kakchik pun tidak mampu Zefa tapi rezeki Allah datangkan dalam bentuk majikan suami kakchik yang menaja percutian kami. Alhamdulillah. InsyaAllah, satu hari Zefa sekeluarga pun mampu ke situ.

    ReplyDelete
  3. cantik la resort ni kak chik..cdg nak bawak staf ofis g kursus *salam kenal..i follow*

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah..kak chik g sekali nge tok guru ke?ambe pun g gak baru..hehehe

    ReplyDelete
  5. Princess Nur, memang cantik dan masih baru lagi. Molek sangat tu kalau bawa staf sama-sama bercuti.

    Terima kasih banyak ya sb sudi follow blog kakchik.

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwwah kembali kha. Kalau kha baca apa yang kakchik tulis di atas insyaAllah kha akan tahu kakchik ke sana dgn siapa :)

    ReplyDelete
  7. SALAM...CANTIK..BLH TAHU NO CONTACT RESORT NIE...

    ReplyDelete
  8. Isk.. ingat kat Bali la tadi,, :)

    ReplyDelete
  9. agak2nya berapa kos semalam ye? riso lak nak tnya rega

    ReplyDelete
  10. bos Al Quds tu,adik Razni Eliana tu sekelas dgn adik kak ayu dulu.Skrg pun mrk kamcing lg.Jenis org yg low profil.

    ReplyDelete
  11. Baru sampai..memang mengujakan..anak anak pn seronok dtg...berbaloi walaupun mahal skit..meh org org kedah mai sni...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs