Followers

12.2.08

Ummi di HUSM

Ummi masuk HUSM buat kali ke-2 untuk menjalani pembedahan angiogram. Ummi kelihatan sihat namun hakikatnya Ummi lemah cuma Ummi adalah seorang ibu yang tabah dan kuat. Jarang Ummi menunjukkan kesakitannya. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga Ummi di Wad 7 Utara.

Chena dan Iffah datang menziarahi Ummi sebelum pulang ke rumah. Abang Ee pun sanggup balik dari KL untuk menjaga Ummi di hospital. Abg. Ee pun sebenarnya bukanlah sihat sangat. Beliau juga pernah menghidap penyakit darah tinggi.

Sambil-sambil menemani Ummi, aku sempat melihat keluar tingkap yang berhadapan jalan utama Bandar Kubang Kerian. Kelihatan papan tanda besar projek pembangunan Pusat Perniagaan Bandar Baru Kubang Kerian yang sedang pesat dibangunkan. Fasa 1 telah pun beroperasi manakala Fasa 2 yang menempatkan unit rumah kedai, taman permainan dan dataran restoran terbuka masih di peringkat awal.

Banyak yang aku fikirkan semasa menemani Ummi di wad. Setiap kali melihat Ummi, tak lupa kupanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Ummi cepat sembuh dan selamat menjalani pembedahan. Ummi, kami semua sayang Ummi dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs