Hmmm.... dok fikir-fikir, buka peti tu, tergeleng-geleng, terangguk-angguk. Hmmm.... tutup, tengok dalam peti ais satu lagi.
Ooooookaay... ada kacang panjang, kobis ada sebelah, bunga kobis ada separuh, kelapa parut pun Ummi kata ada banyak lagi. Ok, "Mi, nak masak apo Mi? Kari daging ada lagi, kita buat gulai ayae nok tok?" Ummi geleng kepala, dah muak katanya makan gulai ayam.
Hmm... "Ummi nak makan apa tengahari ni? Biar Ja yang buat."
"Buat sayur lemaklah, kita make denga ike gogheng." Okay, senang dan simple je lauk yang Ummi nak makan hari ni. Lagipun Cik Abe, Ayah dan Adik makan je apa yang kami masak.
So... jom masak!
1. Mula-mula kita potong kacang panjang (ikut suka panjangnya), bersihkan dan celur hingga mendidih.
2. Toskan airnya... masuk balik dalam periuk, perah terus santan ke dalam periuk.
3. Sambil-sambil tu bersihkan semuanya: kobis (potong kecik-kecik), ambil 1/2 labu bawang besar (hiris bulat-bulat), 5 biji lada hidup (potong-potong), aaaaa.... takde ubi keledek, ubi 'keling' pun jadi la (kikis kulitnya & bersihkan).
4. Bersihkan 2 ulas bawang merah (saiz sebesar ibu jari) tumbuk bersama seekor ikan selayang rebus (ikan bilis pun kadang-kadang kakchik guna).
5. Campurkan semua bahan no 2, 3 dan 4, masakkan sehingga mendidih dan ubi empuk. (Jangan lupa letak garam & gula secukup rasa).
6. Dah masak dah...
SELAMAT MENJAMU SELERA! DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT UNTUK CIK ABE & SELURUH KAUM ADAM... nanti singgah makan tengahari ya.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
kak, ubi keling tu apa?
ReplyDeletesuri,
ReplyDeletemmmm... kakchik pun tak ingat dah apa nama dlm bahasa suratnya. ubi tu kecik2 warnanya hitam.
biasanya orang rebus dan makan buat kudapan
Rajin Chik memasak... Di Kelantan, hari ni cuti kan?
ReplyDeletekak tirana,
ReplyDeletechik ni bukannya rajin & pandai sangat, dok dgn mak ni kena ambik peluang tambah kemahiran...
a^a hari ni semua cuti, kita panggil hari ilmu sebab ramai orang suka pergi ke majlis ilmu di pagi jumaat, petang pula selalunya ada usrah umum kat masjid & surau
wa..ada hidangan lagi hari nih!! :)
ReplyDeletekin,
ReplyDeletehidangan simple je... makan panas2 semua berselera.
waduh..saya tengk time tghri..tak mkn lgi nih..tiba2 jadi lapar..
ReplyDeletelama tak kena sambil belacan dgn ikan kembung goreng..my favrte..
ibnurashidi - yg tu bukan sambal belacan... tapi sambal mangga muda, makan dgn ikan selar goreng, ikan kembung pun boleh je.
ReplyDelete