Assalamualaikum wbt.
Setiap hari bila nak ke pejabat atau ke MariBaca, dalam kepala kakchik ni sentiasa teringat kan perancangan tahun depan yang masih belum siap. Sebenarnya walaupun telah dimesyuaratkan segalanya akan tetap kembali ke meja kakchik.
Membahagikan satu tahun kepada 4 bahagian mungkin lebih memudahkan kakchik untuk merangka apakah program atau aktiviti yang akan dilaksanakan untuk setiap suku tahun. Oleh kerana syarikat kakchik adalah kecil, akhirnya hanya kakchik seorang yang terpaksa sakit kepala menyusun atur segala perancangan.
Idea
Bukan mudah sebenarnya nak meminta idea atau cadangan dari orang lain. Walaupun kakchik sudah ada beberapa idea tetapi terlebih dahulu kakchik ingin dengar dari orang lain. Bimbang nanti orang kata hanya idea dia sorang je yang betul... Tapi, itu pun susah juga.
Hari ini pun masih letih. Letih berfikir sorang-sorang.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.