Assalamualaikum semua.
Walaupun hujan masih belum berhenti sejak dari beberapa hari yang lepas, KakChik doakan agar kita semua sentiasa ceria dan berada dalam lindungan Allah SWT. Sebenarnya KakChik baru balik dari KB Mall. Tadi minta izin dengan Cik Abe untuk ke situ nak cari abaya barang sehelai dua. KakChik pergi dengan Adik sebab dia pun nak membeli kasut dan beg baru. Katanya nak pakai semasa mengajar nanti.
Kami bertolak selepas waktu Isyak dan bila sampai di KB Mall, suasana masih lengang. Seronok sikit nak jalan-jalan. Kalau dah ramai orang nanti KakChik mudah naik serabut. Sebab orang tak ramai, sempatlah posing barang sebentar.
Sementara menanti Adik mencuba kasut-kasut yang berkenan di hati KakChik duduklah dulu di bangku ni. Kat dalam Pacific ni tak banyak kasut yang kena dengan selera KakChik. Lagi seronok memilih dan membeli kasut di SunShine Square, Bayan Lepas. Banyak pilihan dan rekaannya sangat cantik dan pelbagai. Kat sini... tak taulah, mungkin KakChik je yang tak berkenan.
Dekorasi butik ni sangat menarik. Kali pertama KakChik tengok dulu, terkejutlah juga. Ingatkan orang betul... rupanya patung model pakaian je. Takde orang nampak, boleh posing kejap... :)
Alahai sukanya warna baju sepasang ni. Warna 'mint' memang lembut dan ceria. Pakai buat raya boleh kot... tapi KakChik tak belilah sebab dah niat pergi KB Mall tu nak beli abaya. Jadi ... jangan ikut nafsu! Lagipun baju tu saiz L, KakChik ni S je.
Ada pulak kedai kasut yang 'offer' beli 1 percuma 1. Apa lagi, kami berdua pun terus mencuba. Yang ni 'simple' dan selesa KakChik pakai, tapi satu je, takde saiz pulak. Cuba punya cuba akhirnya semua yang kami berkenan tak dibeli sebab tak ada saiz yang sesuai untuk kaki kami yang kecik ni.
Adik nak beli pembesar suara untuk komputer dia, kami singgahlah satu kedai ni tapi banyak model pembesar suara yang mahal dan terlalu besar. Yang kecil pula tak elok 'design'nya dan tak comel pun... Adik ni dia suka yang comel-comel je. Sambil tunggu, ambik gambar dulu.
Adik merasmikan t-shirt Ukhti yang dibeli dari Tsabita House. Etik, pemilik Tsabita House tahu yang KakChik belum lagi membayar harga baju-baju yang dibeli. Etik ni bila sudah yakin dengan kita, murah hatinya moga Allah membalasnya. Insya-Allah bayarannya di CIMB ya Etik. Sempat Adik posing di hadapan deretan jubah-jubah yang dijual oleh peniaga Cina. Di Kelantan ni, orang Cina pun jual pakaian Islam sebab mereka tahu masyarakat di sini ramai yang kuat agamanya. Tapi usahawan Muslim pun ramai juga yang membuka butik pakaian di KB Mall tu seperti Butik Naz Indah Collection yang ingin KakChik tuju.
Letih mencari abaya, tapi kebanyakan kedai pakaian dan butik hanya menjual jubah-jubah yang paten lama dan saiznya besar-besar. Memang KakChik susah nak dapat saiz yang sesuai. Nampak gayanya KakChik balik hanya dengan sebungkus tamar, sebungkus asam dan beberapa buah buku dan majalah saja. Adik pun tak beli kasut. Kedatangan kami menghampakan. Dua jam mencari pilihan yang bagus akhirnya hampa... mungkin petang esok KakChik ke Billion pula.
Assalamualaikum
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik...
ReplyDeletewah bestnya jln2 shopping dgn adik...lama dah tak buat mcm tu..dulu sesekali balik atau adik dtg rumah kat Ipoh selalu gak keluar dgn diaorg...rindunya kat diaorg....
teringgin nak beli baju katT sabita House tu...cantik2 kan?...geram je...dah bodek2 kat hubby dah...mcm ok je hihihi...oklah kak xchik selamat shopping dan semoga dpt yg berkenan dihati...
salam kakchik..
ReplyDeletetiba2 azza rasa nak sgt jmpa kakchik bila tgk gamba2 kakchik ni.
rasa tersentuh di hati..
Wkslm Suzi.
ReplyDeleteJln2 shopping mmg best kalau dgn Adik. Cik Abe tak suka ke shopping mall sb tu kena ajak Adik jadi peneman. Baju TsabitaHouse memang cantik, Adik kakchik suka sangat. Dia kata selesa. Etik Erijanti pemiliknya ialah pelajar Indonesia yang buat Master kat UTP, Perak.
Wkslm Azza.
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan tersebut. KakChik tau Azza pun banyak kerja. Jadi anggaplah gambar KakChik ni sebagai pengganti di kala Azza tak dapat hubungi KakChik.
Talian internet w/pun dengan screamyx dan broadband masih tak ok sb faktor cuaca. Moga doa untuk kesejahteraan selalu sampai.
Salamz..
ReplyDeleteSakan shopping k.chik dapat ker abaya yg dicari..? singgah2 lah kedai kito retek..!
Wkslm KiTTuN.
ReplyDeletePetang tadi ada gi KB. Dlm hati dok fikir2 nak gi cari kedai KiTTuN tapi tak ingat dah atas bazaar atau atas pasar ct khadijah. KiTTuN bagi lah alamat...