Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu di pagi yang indah ini (walaupun cuaca mendung & talian streamyx ni tenggelam timbul... masih ceria).
Pagi-pagi bangun paling awal jam 4, suami sudah pun solat dan sedang bekerja di 2 desktopnya, dia dah siap mandi, kakchik... kena buat apa yang patut dulu baru mandi.
Basuh muka, gosok gigi, ambil wuduk, solat sunat (belum dapat buat setiap hari lagi), ke dapur, jerang air, panaskan apa yang ada, onn laptop, masukkan kain-baju ke dalam mesin basuh - wash, laptop lagi; azan Subuh - solat, tadarus,baca buku/modul belajar, cek email, buka blog, taip apa yang nak tulis sambil merayap ke blog-blog/website kawan2, suami dah ke masjid, dia balik - kakchik buatkan air kopi segera (cik abe hanya minum kopi dan makan biskut di sebelah pagi), cek blog lagi, mandi, bersiap nak ke kerja, minum pagi segelas Supreme Diet, kemudian ke ofis.
Balik kerja jam 5 petang, ke kelas senamrobik sampai jam 6.30 ptg (sekarang aktiviti yang ni 'pending' sementara), tak pun singgah beli barang untuk kedai (alatulis, kertas, kudapan), singgah MariBaca - cek jualan, cek stok, tanya khabar apa yang pelanggan cari tapi kami takde, kesempatan untuk jumpa pelanggan, kutipan hari ini dan balik dengan Adik (dia yang uruskan MariBaca).
Sampai rumah, biasanya dah 6 lebih. Rumah dekat je dari kedai, lebih kurang 5 minit kalau tak jem tapi simpang kat depan tu waktu petang selalu jem. Sampai rumah, letak beg terus ke dapur buat air untuk cik abe (teh), angkat kain (biasanya jika sempat kakchik jemur, tak sempat cik abe yang jemur), lipat mana yang sempat, main dengan Amni, masak jika Ummi belum masak, mandi. Solat Maghrib, tadarus, ke dapur siapkan hidangan makan malam keluarga (sejak duduk dengan Ummi ni, selalunya lauk-pauk dia dah masak sebelum kakchik balik kerja - untung tinggal dengan mak tapi kesian dia, sebab hampir setiap hari kakchik balik lambat. Sebelum ni kakchik masak sekali-sekala je atau beli nasi bungkus untuk kami berdua). Sambil tunggu isyak, kalau sempat tonton berita (jarang sangat tengok tv) tak pun laptop jugalah tempatnya. Study @ blogging. Gosok pakaian seberapa banyak pasang yang boleh - senang nak gi kerja & suami punya pun dah siap, keluarga balik dari Masjid, sembang-sembang dengan ahli keluarga, sambung studi & blogging. Paling lewat tidur jam 12.
Bagaimana pulak agaknya jadual harian teman-teman yang bergelar ibu? Tentu kehidupannya lagi kompleks dari kakchik.
Contohnya macam ni'mah ni: Pecinta Kedamaian: Updates of My Life
Bagi kakchik orang yang paling busy ialah House Manager, macam Ummi kakchik.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam Chik..kalau nak diikutkan kerja rumah tak pernah habis..ada aje benda yang nak dibuat..tapi surirumah macam kak tirana mesti pandai time management..Kalau tak kelam kabut jadinya..
ReplyDeletewkslm kak tirana. betul tu kak, kerja rumah tak pernah habis. dan time management ni, kadang-kadang elok je, kadang-kadang tak terurus pun ada... hehehe tapi rumah mestilah sentiasa kemas & bersih
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeletesokong sangat cakap tirana tu...
masih lagi belajar nak urus masa..hihihi...mcm kak chik ckplah kadang elok kadang tak terurus..mmmm....
Jadual harian tie taklah berserabut. House manager,..pandai2lah bagi masa..kekadang dok ngulor dgp pc!!
ReplyDeletesuzi - kalau perhatikan banyak sangat buku pasal pengurusan masa jual kat kedai & byk juga yg dah dibaca, tapi bab nak pandai ni... mmm ambil masa sungguh!
ReplyDeletekak tie - kak tie tentu seorang House Manager yang bagus ni. tang dok ngulor dpn pc tu mesti time semua keje dan beres kan?
mmm... betul3... sokong sume.. bukan senang nak manage time.. tp kita sendiri kena tau n urus sume mgikut priority n kesesuain masa.. tp bila dah selalu amalkan 2, ok lah nati.. contoh cam KakChik punye rutin 2.. itu la, ini la.. keje xpenah abes, kan.. mmm... nati dah de anak, lain plak rutin dia,hehe..
ReplyDeletefarah - pandai juga orang solo ni berkata-kata (aik silap, menulis...) terima kasih farah, insya-Allah ada anak kita semakin pandai menguruskan masa.
ReplyDelete