Alhamdulillah... lega rasanya bila hampir kesemua aktiviti yang perlu dibuat siang tadi telah diselesaikan dengan baik kecuali lunch date dengan Dr Minie (cancel) atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Bila balik rumah, nampak ada mesej dari Kak Tirana, yey! kakchik dapat kad.... comel sengoti! Rasa nak peluk-peluk je... tapi tak boleh lah pulak sebab dalam gambar.
Kak Tirana, terima kasih banyak kerana menghadiahkan kad ini. Jazakillahi khairan kathira.
Hadiah, adalah barang berharga tidak kira berapa nilainya sekalipun. Sebab tu lah kita kena hargai betul-betul setiap talian persaudaraan yang kita hulur atau pun yang kita sambut.
Betul sangat kata-kata dalam kad tu, persahabatan sentiasa menguntumkan senyuman di bibir kakchik terutama bila membaca mesej di shoutmix dan komen2 di ruangan comment. Seolah-olah sedang berkomunikasi secara berdepan saja... terasa kehangatan persahabatan walau baru dikenali. Banyak perkara peribadi yang saling kita kongsikan kerana kita rasa teman-teman ini boleh dipercayai kerana saling nasihat-menasihati, menghargai dengan hadiah, cenderahati dan anugerah sebagai tanda persahabatan semakin kukuh. Dan sesungguhnya persahabatan ini amat bermakna kepada kita semua. Betul tak?
Terima kasih Kak Tirana...
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Congrats la kakcik dapat hadial comel tu. Kak tie tengok gulai kat bawah tu teringat lak kat mentua. Dia suka masak gitu. Minggu depan nak balik, nak jumpa dia sebab dia nak gi mekah. Lama gak dia dok sana..lebih sebulan..
ReplyDeletekak tie - alhamdulillah. mak mertua kak tie org Kelantan ke? Kebanyakan org Kelantan suka manis, gulai pun manis tapi kakchik ni kurang manis.
ReplyDeletesemoga mak mertua kak tie selamat pergi & selamat balik, sihat & dapat haji mabrur.