Penantian adalah satu penyiksaan. Itulah yang sedang kakchik rasai sekarang ni. Entah di mana mereka yang kakchik tunggu-tunggu dari jam 5.30 tadi hingga sekarang belum muncul-muncul. Selamatkan perjalanan mereka? Tak jumpa cari tempat ke? Susah nak parking ke?
Kiri: Hayaki Cafe, Jalan Sultan Yahya Petra, KB
Boleh bawa laptop, access internet free, duduk lama pun takpe...
Hai... hati dah mula rasa gundah gulana. Dah hampir sejam duduk di Restoran Hayaki ni sambil tunggu.... tunggu...
Yang dekat tak sampai-sampai, yang jauh nak buat macamana?
Aa.... dah sampai dah yang sorang ni.... alhamdulillah. Selamat. Takdelah duduk sorang-sorang kat sini yang dipenuhi orang lelaki, asap rokok yang dari luar terbang masuk ke dalam ni.
iiiii.... tak tahan kita.
----------------------------------------------------------------
Sambungan
Akhirnya semuanya dah sampai. Alhamdulillah, semuanya selamat cuma mood kurang sikit selepas kena saman masa kat Jerteh kot... kesian pula adik-adik ni. Terbang RM300 gara-gara nak mengelak Kancil orang lain.
Hati KakChik jadi tenang dan gembira bila nampak adik-adik semua ok. Apa lagi, order makananlah sebab dah pukul 6 lebih dah. Sebenarnya tadi KakChik dah order air cincau dengan mee ladna, sambil surf internet, blogging, taip tugasan, boleh minum perlahan dan tunggu mee sejuk sikit.
Lepas makan, ambil gambar, sembang sikit-sikit, azan Maghrib jadi kami cepat-cepat nak tunaikan solat pula. KakChik ajak semua ke MariBaca untuk solat dan beli buku sebab semalam 7 kotak buku baru dari PTS telah sampai dan mulai bulan ini kami ada PROMOSI 15%. Jadi dengan 3 kereta kami ke kedai KakChik. Solat bergilir-gilir, posing-posing dalam kedai, dan layan pertanyaan adik-adik; Fari nak mintak KakChik jadi Mentor dia sebab dia nak buka balik bisnes dia. Dilah yang paling minat membaca, beli buku Setengah Berisi Setengah Kosong dan Endensor. Mizan dengan Aeinani cuma melihat-lihat sambil ambil peluang membaca buku yang dihadiahkan Fari. Rupanya Fari beli 3 buah buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki sebab nak hadiahkan diorang... Terima kasih ya adik-adikku.
Lama juga KakChik sembang pasal buku dan bisnes. KakChik kalau nak cakap pasal buku, bimbang pulak diorang lambat balik semula ke Setiu. Selamat jalan adik-adik. Bawa kereta elok-elok ya. Ada peluang kita jumpa lagi.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam Chik..penantian itu satu penyiksaan..hehehe...Kalau tunggu sesuatu...3 minit pun dah rasa lama sangat...
ReplyDeletekak tirana - menanti kalau dah hampir sejam ni... panas juga rasanya tapi kalau org yg kita nanti tu tel/sms bagitau sebab lambat takpe lah... kita tak marah/kecik hati... tapi kalau langsung tak ckp ... adeh, sedihla jugak kita terkulat-kulat sorang2... :)
ReplyDeletekak chik..
ReplyDeletesori sesangat beritahu lambat..tensen dgn polis tu..huhu
macam mana agaknya mahu pergi ke sana dengan bus dari Kota Bharu?
ReplyDeletesudah lama tidak balik KB, semuanya sudah berubah.
Eh eh..ada plak gambar org2 bangi tetiba kat blog KakChik..alahai jelesnya...KakChik..Lin nk beli Quranic Challenge sbnrnya..apa depa tak habaq nk pi ziarah kakchik....eeeee jeles2...
ReplyDeletewoo.. bestnya diorang dapat sampai ke sana.hukhukhuk
ReplyDeletedilah @ sis_aflah - it's ok my dear, kakchik tak marah pun cuma risau bimbang terjadi yg tidak diharapkan. Cuma kena beringat kalau ada orang menunggu kita, cuba calling2 @ sms supaya tak risau (ni baik amalkan bila dah kawin ni).. :)
ReplyDeleteamiene rev - nak ke mana satu ya? kalau ke Hayaki, boleh naik bas 44 (melor/p.puteh) di stesyen KB atau bas 32 (bachok) atau mana2 bas yang nak ke p.puteh atau bachok.
ReplyDeleteatau nak ke MariBaca? Boleh naik bas no 11 (ada tulis tawang) tekan loceng bila jumpa kedai roti Bomboo depan JPJ.
lin - adaik2 tu datang dari setiu sebenarnya, ke MariBaca tu takde dlm plan pun... kakchik saja ajak depa.
ReplyDeleteQuran Challenge masih ada... masih harga stock clearance.
suri - baru nampak suri kat sini. kakchik ada tanya fari & dilah, mana suri pegi? dah bbrp hari tak nmpk entri baru. ingatkan tak sihat... nanti suri datang kakchik bawa makan nasi kerabu ek.
ReplyDeletekekadang perkara-perkara di luar jangka selalu hadir dalam hidup seorang bernama manusia..
ReplyDeleteitu la lumrah n masam manis sebuah kehidupan,
bersangka baik pada sahabat adalah sebaik sahabat...bersangka baik pada musuh adalah lebih sebaik2 insan..
nk bg petua untuk mengurangkan rasa gundah gelana ni kakchik...
"kalu org tak bgtau pape(mungkin ada sebab2 tertentu)..bia kita yang bertanya khabar"
Cik Anon - terima kasih. kakchik faham tu... cuma kakchik gundah gulana tu ada sebabnya.
ReplyDeletebila kita berjanji, kenalah ingat orang yang sedang menanti, tak baik kita menyebabkan orang tertanya-tanya tanpa sebarang info, nasib baik kakchik tak prasangka buruk, kakchik cuma bimbang berlaku perkara yang tidak elok kepada orang-orang yang dinanti.
lagipun terlalu lama penantian tersebut. Islam tidak mendidik kita berjanji tapi tidak menepatinya. kakchik tau yang adik2 tu menghadapi kesukaran dlm perjalanan mereka, setelah kakchik bertanya...
Terima kasih kepada cik puan Fari kerana menjadikan Memahami Bahasa Cinta Lelaki sebagai hadiah. Moga-moga menghadiahkan buku menjadi budaya kita sehinggalah dalam apa jua aktiviti baik majlis hari jadi mahupun ziarah orang sakit mahupun kenduri kahwin.
ReplyDeleteZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
Adakah Cik Puan Fari ada di dalam mana-mana di dalam gambar diatas?
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjadikan buku Memahami Bahasa CInta Lelaki sebagai hadiah. Moga budaya hadiahkan buku ini menjalar dalam apa jua aktiviti kita.
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
Tn. Zamri, insya-Allah Cik Fari ada di dalam salah satu dari gambar di dalam artikel.
ReplyDeleteMoga-moga beliau membaca komen Tn. Zamri ini.
salam..maaf la ye k chik.. fari lmbt ari tuh..bukan sengaja.. dh pecut..dh bgtau achiq..ingtkan dia bgtau k chik sebab janji sana jam 5.30pm.. kiteorg kena tahan dek polis.. nak tulis borang saman tu pun lama.. sajek je tu..
ReplyDeletesalam k chik..maaf ye sebab lambt ari tu..bukan sengaja..ingakan dh bgtau achiq, maka k chik akan tahu gak sebab dh janji kat sana jam 5.30pm kan.. so tak sangka k chik x dpt info yang kami lmbt.. Bukan apa..kena tahan dek polis ari tu..nak tulis resit saman tu pun lama menunggunya..sabo jelah
ReplyDeletewkslm fari... don't worry ya, kakchik dah maafkan petang tu jugak bila kakchik tau yg you all kena saman.
ReplyDeletekakchik ni risau je...
satu perangai kakchik ni, bila menunggu paling lama kakchik akan tunggu ialah 1/2jam dlm apa2 hala/mesyuarat tapi hari tu, lepas dilah cakap you all kena saman, kakchik terus lega dan mohon ampun dari Allah sb geram tak tentu pasal.