BISMILLAH.
Seorang kawan telah mula menjinak-jinakkan diri dengan memakai purdah. Katanya sudah lama dia memasang niat cuma belum punya kekuatan untuk memulakannya. Akhirnya Allah kurniakan dia keberanian untuk mencubanya dan dia telah mendapat pelbagai komen dari kawan-kawan yang lain. Kebanyakannya berunsur gembira dan menyokong tapi ada juga yang berupa pertanyaan. Misalnya, "Tidakkah tindakan menutup muka akan menjauhkan dirinya dari orang lain?". Pertanyaan itu menyebabkan kakchik terasa ingin menulis tentang hal ini.
Berbalik kepada soalan yang diperkatakan di atas. Benarkah memakai purdah ini menjauhkan diri kakchik dari orang lain? Adakah kakchik sengaja memakainya kerana mahu menjauhkan diri? Bagaimana mahu berdakwah kalau diri ada benteng dari orang lain (mad'u)? Tidakkah susah nanti untuk menunjukkan muka manis kita, senyuman kita kepada sesiapa saja yang kita berhadapan terutamanya mad'u kita? Bukankah purdah itu tidak wajib? Dan soalan itu kalian boleh tambah sendiri...
Dari pengalaman kakchik, purdah inilah yang menjadi alat memudahkan kakchik mendekatkan diri dengan orang lain. Sebagai hamba Allah yang memikul amanah menyampaikan yang makruf dan mencegah kemungkaran, kakchik meletakkan diri kakchik sebagai orang yang pertama dalam mendekatkan diri kepada orang lain bukan menunggu orang lain mendekatkan diri kepada kakchik. Orang lain di sini keutamaannya ialah kaum wanita. Walau muka telah ditutupi sehelai kain, kerja dakwah perlu diteruskan. Walaupun ruang dakwah kita tidaklah seluas kaum lelaki, namun, ada baiknya kita manfaatkan sepenuhnya segenap ruang ada. Purdah langsung bukan alasan untuk mendiamkan diri di rumah atau menjauhkan diri dari orang.
Setiap orang yang memakai purdah pastinya punya cita-cita mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam keadaan diri yang paling alim, paling warak, paling berakhlak, paling beriman dan sebagainya. Walaupun pada pandangan orang lain dan diri sendiri pun tahu yang kita bukanlah alim sangat atau warak sangat, atau berakhlak mulia sangat atau iman sentiasa tinggi, apa yang penting ialah NIAT kita. Setiap amalan adalah bermula dengan niat (rujuk hadis no 1 dalam Riyadhus Solihin, Imam Nawawi).
Ada yang kata, susahlah nak tengok memek muka bila dah bertutup dengan purdah. Dari pengalaman kakchik, pandangan mata memainkan peranan. Orang yang melihat insyaAllah dapat membaca apa yang berlaku pada muka kita apabila mereka melihat mata kita. Anak mata, bukaan mata, kerutan mata sentiasa selari dengan perubahan memek muka kita. Bila kita senyum, secara automatik orang nampak bentuk mata kita yang sedikit mengecil dan anak mata nampak bercahaya. Tak percaya, cuba 'test'.
Pakai purdah insyaAllah tak menghilangkan senyuman kita. Bila kita senyum dan kita pandang ke muka orang yang dihalakan senyuman itu, insyaAllah orang berkenaan akan balas balik dengan senyuman juga. Lainlah kalau orang itu tengah marah atau mood tidak elok. Bagi keadaan normal, senyuman di bibir, matalah yang menyampaikan maksudnya dan mata yang melihat akan pasti melantunkan balasan yang sama. Jadi, takde masalah untuk mendekatkan diri dengan orang lain, bergaul dengan orang lain walaupun telah berpurdah. Biasa yang kakchik tengok, orang lain yang mula menjauhkann diri bukannya orang yang berpurdah.
Itu pengalaman kakchik. Secara peribadi, kakchik belum alami pengalaman orang menjauhkan diri. Yang kakchik tahu, kakchik kena sentiasa menyediakan diri kakchik untuk berkawan kerana Allah. Melalui persahabatan, maka akan terjalinlah persaudaraan. Dari situ pastinya ada perkongsian ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Dalam keadaan tertentu, purdah menjadi daya tarikan kepada orang lain untuk mengenali Islam. Kitalah yang menjadi penyampainya. Diri yang berpurdah ini kenalah bersedia untuk menjadi duta Islam.
Sebab itulah bila berpurdah, ia menjadi motivasi untuk sentiasa membaiki diri dalam segenap aspek. Kakchik jadikan purdah ini sebagai lonjakan peribadi untuk jadi lebih berilmu, lebih beradab serta berakhlak, lebih teliti dalam bicara, lebih fikirkan "Allah suka atau Allah tak suka.", lebih risaukan, "Kalau Nabi Muhammad tengok, baginda ok atau tak ok." dan sebagainya. Memanglah diri ini tidak sempurna. Memanglah tak pakai purdah tapi memakai pakaian yang menepati syarat menutup aurat dengan sempurna itu sudah cukup. Tapi, purdah ialah langkah peribadi yang punya matlamat tersendiri.
Yang penting, Allah tahu dan diri ini tahu.
Kakchik nak tanya teman-teman semua terutama kaum wanita, adakah kalian rasa wanita berpurdah ini menjauhkan diri dari kalian? Adakah wanita berpurdah ini sukar didekati? Adakah wanita berpurdah ini umpama 'holier than thou'? Adakah wanita berpurdah ini mengasingkan diri dari orang lain? Minta teman-teman semua berikan jawapan yang jujur dari lubuk hati. Kakchik amat-amat menghargainya.
KakChik
Dar nur al-Zahra'
28 Jan 2012

Allahuakbar...mama kagum dengan kakchik...
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik..=)
ReplyDeleteassalamualium kakchik :)
ReplyDeletenak share ni dengan kakchik
http://www.citytv.com/toronto/citynews/videos/183423
setuju dengan pendapat akak..walau diri ini tak mampu untuk berpurdah..nak cakap wanita berpurdah mengasingkan diri dr org lain..rasanya tidak sbb biasa yang saya jumpa wanita berpurdah senyum kt kita,,kita boleh nampak melalui ekor matanyakan..
ReplyDeleteTerima kasih Mama Zainab. Segalanya dengan izin Allah jua Mama.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam warahmatullah wabarakatuh Ain.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam munira anis. Terima kasih. Kakchik ada tengok link di fb Aiman Azlan tadi cuma belum dpt tengok videonya.
ReplyDeleteTerima kasih suri solehah. Komen suri solehah itu satu sokongan positif buat kakchik dan para niqabi lain.
ReplyDeletejamy setuju..pernah satu kali..seorg gadis lingkungan umur 18 tahun..yg free hair dan agak seksi menegur jamy..semoga gadis itu mendapat hidayah Allah..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteKakchik... Sebelum mengenali kakchik, wanita berpurdah yang Aiza kenal adalah guru2 tadika yang adik aiza attend... Masa tu umur Aiza 9 tahun dan Aiza hantar adik Aiza ke tadika setiap hari... Hari2 Aiza akan tunggu sampai perhimpunan pagi berakhir dan Aiza akan jemput adik aiza pulang (selalunya Aiza akan sampai sebelum kelas tamat)... Pendekatan yang diberikan kepada kanak2 amat mengagumkan... They are just lovely.... They are so nice... They are not double standard... They talk to me nicely and Masa tu Aiza tak pakai tudung... Dan masa tu Aiza percaya ukhuwah kami diberkati.... Buktinya, 10 tahun selepas itu aiza berjumpa dgn salah seorang ustazah kat tadika tu yang Aiza panggil Ummi G... But of course masa tu Aiza tak tau dia siapa... I just feel that, I know this lady and aiza look at her eyes and give a smile, bila aiza masuk kereta, Aiza bgtau ayah... Ayah, Aiza tak tau kenapa tapi Aiza rasa Aiza kenal perempuan tu, ayah pun terus melihat suami perempuan tersebut dan Ayah cakap memang Aiza kenal sebab itu Ummi G. Aiza dan ayah keluar kereta dan pergi tegur mereka berdua....
However, masa semua ini terjadi, aiza tak pernah ponder about it... And after this incident, life goes on... Tapi Alhamdulillah, lepas Aiza kenal Kakchik... I was so impressed with you and I make a point that Aiza akan bagi salam kat semua muslimah (berpurdah atau tidak) yang Aiza jumpa dalam perjalanan ke mana2 sahaja...
Aiza rasa setiap sesuatu bermula dari hati kita dan dari diri kita sendiri... Berlapang dada dan berfikiran terbuka adalah yang terbaik... Aiza sebagai seorang yang tidak berniqab merasakan bahawa jika sangkaan positive yang aiza lontarkan maka sangkaan positive juga yang akan Aiza terima... Ruginya bersangka buruk bilamana kita sebenarnya dapat membina satu 'healthy environment' dengan bersangka baik...
Subhanallah... Manisnya bila kita buat sesuatu kerana Allah...
Kakchik,
You are a gift from Allah and you are gifted with the ability to write and to touch many hearts. I am glad that I know you and I believed that 'persahabatan dan persaudaraan yang dibina kerana Allah' will be blessed... InsyaAllah...
Thank you...
terima kasih jamy. alhamdulillah... mungkin dia tidak rasa terancam dengan jamy. baguslah mcm tu. peluang menyampaikan Islam terbuka. moga Allah beri hidayah dan taufik kepadanya.
ReplyDeleteBenar tu kakchik. Syaz pun mula2 mak takut isu macam ni berlaku. Tapi lama2, alhamdulilLah, orang yg dah lama kenal kita, tutup macamana pun kita, inshaALlah dia akan kenal.
ReplyDeleteDan sesekali tidak akan menjauhi masyarakat. Siapalah kita nak bandingkan kita dengan org lain. Hanya iman dan taqwa padaNya sahajalah yg membezakan kita di sisiNya. Dan kita tidak ada kuasa sedikit pun untuk meletakkan darjat seseorang.
Cuma biasa lah, adakalanya ada di klgn masyarakat kita yg masih belum 'biasa' dengan niqabi ni. Mungkin takut atau kurang selesa dan peranan kita di situ untuk break the ice ;). InshaAllah, salah satu jalan dakwah juga tu.
Barakallahufikum kakchik. Moga kita terus istiqamah kerana Allah :')
p/s : OSEM! :D
salam kakchik syg..da lama x singgah blog kakchik...entri ni menarik sgt kakchik..da byk kali juga terpikir nak tulis post camni sbb ramai yg anggap dgn pakai purdah,kita semakin jauh daripada org...sebenarnya tak pun..setahun stgh sy pakai niqab, n semakin hari semakin ramai sahabat dlm erti kata sahabt sebenar yg sama2 berjuang tuk agama Nya..sblum hijrah sy dulu sy xramai kawan..sekarang Allah dah bagi sy sahabat2 yg baik2 n penyaynag..alhamdulillah..sy hepi ngn purdah.. =))
ReplyDeleteSyabas k.chik...Bie sangat berbangga menjadi sahabat k.chik walaupun kita jarang berjumpa...k.chik tetap istiqamah dengan pendirian k.chik...
ReplyDeleteSebab itulah bila berpurdah, ia menjadi motivasi untuk sentiasa membaiki diri dalam segenap aspek. Kakchik jadikan purdah ini sebagai lonjakan peribadi untuk jadi lebih berilmu, lebih beradab serta berakhlak, lebih teliti dalam bicara, lebih fikirkan "Allah suka atau Allah tak suka.", lebih risaukan, "Kalau Nabi Muhammad tengok, baginda ok atau tak ok." dan sebagainya. Memanglah diri ini tidak sempurna. Memanglah tak pakai purdah tapi memakai pakaian yang menepati syarat menutup aurat dengan sempurna itu sudah cukup. Tapi, purdah ialah langkah peribadi yang punya matlamat tersendiri.
ReplyDelete<3 luv disssss... kerana ini...
Assalamualaikum kaKchik, Alhamdulillah,,akhirnya ana jumpa jgk jwpn kepada keraguaan ana..terima kasih kakchik,Alhamdulillah, ana telah diberikan hidayah dan kekutan dalm diri ana, ana mahu mencari redha Allah,walaupun sebelum ini, pakaian ana sudah menjadi ketakutn buat kwn2 ana(yg tidak memahami) bg mereka ana seperti makhluk asing(bertudung labuh) time tu, kat tempat ana belajar( kolej), hnya beberapa org shj yg memakai tudung labuh.. dan ana sentiasa menjalani kehidupn yang sangat janggal,, dan benarlah kata ayah ana, bila mana kita berada didunia luar, baru kita tahu siapa diri kita(tahap iman)..smpai suatu ketika, terdetik dalam diri ana, kalau aku pakai tudung tiga segi tapi labuh,pasti org akn dekat dengan aku..dan itulah yg terjadi pada ana,, ana telah kalah dengan ujian yg Allah brikan,( niat dah salah),,tapi pada masa yg sama, hati ana sgt gelisah, walaupun luar gembira, jiwa raga menderita..ana sentiasa berlawan dengan jiwa..ya Allah, apakn dayaku,, tolonglah aku,, ana tahu, dalaman diri ana belum kuat, lagipun,pada msa itu, ana tiada kawan yang sama fikrah yang sentiasa disisi,,yang tidak dapt mengingatkan jiwa ini,,SubhanAllah,,Allah itu Maha Besar, dipendekkan cerita, terdetik dalam diri ana, "Pondok".."aku mahu kesana..ya, aku mahu kesana!" itulah jeritan jiwa ana,, Allah telah merangcang segalanya,,cuti semester, ana jadikan ia sebagai masa untuk ana mencari kekuatan iman,ana mahu dekat kepada Allah..Allahuakbar,,disana, ana sgt tenang,,tenang sekali, tiada kekeruhan duniawi, yang ada hanyalah ketenangn jwa hamba yang dahagakan kasih Illahi,, disana ana kumpul kekuatn, baiki diri ana, dengan izin Allah, dibantu oleh seorg Hamba Allah.. ana mengambil kputusan untuk memakai purdah..itulah ketengan yang ana kecapi, bila mana setiap langkah hanya untuk butiran tasbih memuji Illahi..apa pun yang ana lakukan, ana mahu keredhaanNya, bukan pujian manusia..itulah yg ana dpt..dan entry kakchik ini memulihkan jiwa ana, baru2 ini, sempat berbual dgn kawan sekolah lama, dia tahu yang ana memakai purdah, dia memberitahu kepada ana, pakaian yg ana pakai itu(purdah), bukankah ia menjauhkan diri kita kepada orng rmai.. ana jadi trtanya.. setiap hari ana sentiasa memikirkannya..dan dengan izin Allah, ana dipertemukan dengan entry kakchik..Allhamdulillah, semuanya telah terjwb,, di kolej ana, pljr dilarang untuk menutu muka, tapi, time ana blik(naik bas kolej) ana pakai, ana ltk dlm diri( apa2 pun yg terjadi,ana akan hadapi, dan ana serahkn segalanya kepada Allah) AllahuRabbi..dalam kolej x boleh pakai, tapi time kluar dari kolej, ana akan pakai, walaupun semua melihat pelik kepada ana..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya mula memakai tutup muka ketika lepas SPM dengan kefahaman perkara ini adalah wajib. Masa berlalu sehinggalah mendapat anak yang ke 4 dengan niat mudah berda'awah maka saya lepaskan tutup muka. Sehingga satu ujian melanda saya kenakan semula selepas balik dari umrah. Suatu ketika terfikir yang kita bukan macam tok sami so buka semula. Sikit pun saya tidak merasa yang saya tidak istiqomah dalam menutup aurat. Sebab saya tahu muka dan tapak tangan bukannya aurat. Malah saya kira ini adalah suatu tindak balas terhadap kaum wanita yang suka berfesyen2 dalam hal menutup aurat tetapi telah terkeluar dari kategori menutup aurat yang sebenarnya. Namun di usia ini suatu ketika semacam ada satu desakan untuk mengenakannya semula. Alhamdulillah. Semoga kita memperoleh cinta Allah dan Nabi Muhammad s.a.w
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sejak akhir2 ini saya suka sangat tengok wanita berpurdah. Pada saya sejujurnya, mereka ini lebih peramah kerana saya pernah disapa beberapa kali oleh wanita berpurdah yang pada saya kira cukup baik akhlaknya kerana sudi bersalaman dan menegur saya walaupun tidak kenal rapat. Saya juga pernah mempunyai guru berpurdah yang cukup saya sanjungi ketika di sekolah dulu. Beliau bijak, berakhlak, dan sangat periang.
ReplyDeleteTetapi saya ada kemusykilan. Saya nak tanya adakah boleh bagi si pemakai purdah untuk tidak memakainya sepanjang masa? Maksud saya, si pemakai hanya menggunakannya pada waktu2 tertentu sahaja, seperti pada waktu2 berseorangan tanpa ditemani mahram (seperti di Malaysia), atau pun pada majlis2 yang ramai lelaki ajnabi.
Tetapi pada waktu2 biasa yang dikira agak selamat, si pemakai purdah menanggalkannya dan cukup sekadar lengkap menutup aurat.
Bolehkah begini? Atau bila dah pakai purdah ni tak boleh lagi ditanggalkan? Macam mana tu? Terima kasih.
sweet sgt semua entry kak chik..... <3 <3 <3 [tiap kali baca...selalu senyum sensorang...hikhik!]
ReplyDeleteassalamualaikum kakchik ,,bila berpurdah nie ,, kakchik blh kongsi tak mcm mne nk sesuaikan diri dgn keluarga bakal suami .sbb sy ade berniat berpurdah
ReplyDelete