BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
1 Jan 2012, takde apa-apa yang pelik atau istimewa, sekadar hari baru dalam tahun Masehi yang baru. Apa yang pasti, usia makin bertambah, mungkin kematian menanti di hujung hari. Allahua'lam. Maaflah ya teman-teman, kakchik agak kepenatan mental dan fizikal. Suami yang sakit fizikal, kakchik yang sakit spiritual (bukan gila ya). Sedang sedih dan tiada mood.
Apakata kita baca artikel akuislam.com yang sangat menarik ni. Mungkin boleh hilangkan gundah.
Gambar hiasan. Sumber: Di sini |
Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat garang. Si isteri merasa sangat sakit hati, tetapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis di mana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, turun ke dalam air untuk berenang namun nyaris lemas, tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hati awak, awak menulisnya di atas pasir dan sekarang awak menulis di atas batu?”
Isterinya sambil tersenyum menjawab: “Ketika perkara buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan saya boleh melupakannya… Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan oleh suami saya, saya akan memahatnya di atas batu hati, agar tidak hilang tertiup angin waktu dan akan diingati selamanya.”
Sahabat,
Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana pemikiran setiap insan adalah berbeza. Kadangkala ia sangat menyakitkan hati. Oleh itu, kita hendaklah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran diatas, adalah:
Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua perkara yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN….
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/menulis-diatas-pasir/#ixzz1iCdT7POe
Zauj kak chik dah keluar hospital ke kak chik??
ReplyDeleteKak chik ok? ...
Maaf syikin tak dpat follow up.. syikin miscarriage agaiun 3days ago...
Harap segalanya baik bagi kak chik....
Kak chik dengan cik abe rehat banyak2 yer ... <3 wendu kat kak chik <3
semoga suami k.cik cepat sembuh...
ReplyDeleteBagus article ni...thanks for sharing.
Semoga suami k.cik cepat sembuh dan k.cik kembali bermood seperti biasa.
ReplyDeleteBagus article ni. Thanks for sharing.
Syikin,
ReplyDeleteInsyaAllah akan keluar hari ni. Takpe...kakchik tahu syikin tak sihat. Ada tinggal komen kat wall syikin pada satu status tp tak keluar rasanya. 1 Jan, timeline ada prob kot. Syikin jaga diri ya. Jangan risaukan kakchik. Kakchik doakan Allah izinkan Syikin untuk mengandung dan melahirkan zuriat tak lama lagi.
Terima kasih Bi. InsyaAllah suami kakchik sudah makin sihat dan akan keluar hospital hari ni. Pasal artikel tu, sama-sama. Kakchik pun kongsikan orang lain punya juga.
ReplyDeletemoga segalanya dalam keadaan baik....
ReplyDeleteKak NzA, alhamdulillah... skrg semua dah baik. Terima kasih kak.
ReplyDelete