Followers

10.1.12

Akui Kesilapan, Bangkit Dengan Penuh Semangat

BISMILLAH.

Hari ni ada satu kata-kata motivasi yang sangat terkesan di hati kakchik. Semoga ianya juga menjadi momentum buat cik abe. Kita mesti berani untuk gagal dan gagah untuk bangkit semula selepas kegagalan itu dengan penuh semangat dan cita-cita.

Berani untuk punya impian.

Sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan samada kepada diri sendiri, kepada Dia Yang Maha Kuasa serta kepada orang lain samada sedar atau tidak! Apa yang penting adalah kita sentiasa: 

1) Muhasabah/audit diri kita sendiri, menyesali kesilapan kita, sentiasa bertaubat dan yakini bahawa Allah SWT Yang Maha Pengampun serta dengan rahman dan rahimNya akan memberikan keampunanNya kepada kita. 

2) Mencari jalan untuk memperbaiki diri kita. 

3) Memohon maaf kepada semua orang yang berurusan dengan kita jika ada salah silap yang terguris dalam hati mereka.

[Dr. Azizan Osman]

La Tahzan!

Kata Billi Lim, penulis buku BERANI GAGAL atau versi Inggerisnya DARE TO FAIL,

Pada ketika anda berhenti membuat kesilapan, anda sebenarnya telah berhenti belajar. Kadang-kadang kita harus belajar dari kesilapan orang lain. Kita tidak berpeluang untuk hidup lama bagi melakukan semua kesilapan tersebut. Kegagalan hanyalah suatu peluang untuk anda mencuba lagi. Semua manusia gagal. Hanya yang hebat mampu bangun kembali.

La Tahzan! La Tahzan!

Mari kita jujur dengan diri kita, lepas tu jujur pula dengan orang sekeliling kita terutama orang-orang yang menyayangi kita, InsyaAllah kita mampu bangkit menghadapi setiap dugaan dengan hati yang sentiasa mengingati Allah walau ianya begitu pahit untuk ditelan.

Every cloud has a silver lining.

Mari kita hayati maksud bacaan antara dua sujud yang kita sentiasa baca di dalam solat kita.

Sumber: FB Ust Zahazan Mohamed



Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. 
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, 

Warhamni.. (Sayangi aku..) 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu. 

Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 
Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 
Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 
Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

Mohon Allah mendengar isi hati kita dan membantu kita menempuhi segala ujian yang datang dengan berjaya.


Rujukan:
1. halaqah.net : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12766.0
2. fb Alumni atau Bakal Alumni Program DrAzizanOsman : https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik sayang <3

    hehehe... kak chik syukran atas perkongsiannya..

    syikin minta maaf yer kak chik.. salah silap syikin selama perkenalan kita =)

    ReplyDelete
  2. Salam kak Cik.. Zam tag Kak Chik lg kali ni.. Segmen En. Executive OUM, Mohd Fadli.. Ingat dia lg tak?

    http://zamani84.blogspot.com/2012/01/segmen-mr-eraz-fadli-tingkatkan.html

    Thanks ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Chik,

    Terima kasih atas peringatan, teruskan menulis banyak yang saya belajar dari tulisan-tulisan Kak Chik.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Syikin. Sama-sama dik. Jika ianya memberi manfaat, kakchik syukur alhamdulillah. InsyaAllah takde salah apa2 antara syikin dgn kakchik :)

    ReplyDelete
  5. Wkslm Zam. Huhu, kena tag lagi? Yang hari tu pun belum terbuat lagi Zam. InsyaAllah kakchik masih ingat En Mohd Fadli ni. Dia masih di OUM ke?

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Mieza. Sama-sama. InsyaAllah kakchik akan menulis bila ada kelapangan dan ilham dari Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs