BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga teman-teman semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari apa juga mara
bahaya dan diberi petunjuk dan hidayah setiap masa. Amin.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta’ala yang masih
mengizinkan kita semua hidup lagi pada hari ni. Andaikata kita tidak
memanfaatkan nyawa yang dipinjamkan ini dengan sebaik mungkin pada hari ini,
alamatnya rugilah kita dunia mahupun akhirat. Na’uzubillah. Mati itu pasti Cuma
kita tidak tahu bila tibanya ajal kita.
Sebut pasal mati ni kakchik teringat kembali kepada
pengalaman pitam di pejabat dua hari lepas.
Allahu Rabbi Ya Karim. Itulah pengalaman yang mungkin kakchik boleh kata
umpama bayangan nyawa kakchik hendak diambil balik oleh Allah. Allahu’alam
pengalaman sebenar kerana kita tidak mampu membayangkannya.
Source: realmagick.com |
Pitam, ia datang tanpa sebarang ‘warning’. Tahap
kesihatan kakchik adalah baik secara fizikalnya cuma kakchik ada sedikit
tekanan di dalam jiwa namun tekanan itu sangat terkawal kerana kakchik tahu
cara mengawalnya. Kakchik syukur kerana dapat bertenang walau dalam keadaan
tertekan atau ditekan. Namun di luar sedar mungkin fizikal kakchik tidak mampu
bertahan.
Itu satu kemungkinan saja. Masih ada kemungkinan yang
kedua yang menjadi punca kakchik pitam. Kakchik andaikan ianya berpunca dari
tindakan kakchik tidak makan nasi sama ada untuk sarapan atau makan tengahari
pada hari tu. Kakchik makan makanan lain yang agak ringan pada ukuran menu
kakchik iaitu roti dengan gulai untuk sarapan manakala kuih karipap dan
buah-buahan untuk ‘lunch’.
Agaknya perut kakchik yang asli Kelantan ni tak boleh
tahan dengan menu yang begitu ‘ringan’ walaupun kakchik cukup kenyang.
Entahlah... kadang-kadang makanan juga boleh menjadi faktor kan? Lewat makan
perut masuk angin. Lepas tu diisi pula dengan makanan selain daripada nasi.
Fuh, pitam kakchik dibuatnya.
Itu ialah dua andaian yang kakchik rasa menjadi asbab
kakchik pitam.
Namun, ada juga kawan yang tahu akan masalah itu membuat
andaian yang kakchik ini mungkin mengandung. Ya Allah... kalaulah andaian itu
benar, kakchik pasti akan sujud syukur. Kawan-kawan pun tahu kan sudah lama
kakchik dan cik abe menunggu kehadiran zuriat sendiri. Saban hari melayan kerenah anak-anak saudara
yang cerdik, pintar, ‘berjurus’, comel-comel semuanya pastinya sering mencuit
perasaan.
Namun, kakchik tidak berani untuk mengiyakan andaian ini
kerana bimbang kakchik akan dikecewakan lagi. Biarlah Allah yang menentukannya.
Jika kami berdua ditakdirkan menjadi ibu bapa, betapa besarnya kesyukuran kami
kepada Allah Ta’ala walau kakchik tahu tugas mendidik anak bukanlah tugas yang
mudah. Kakchik serahkan harapan kepada Allah jua. Impian itu sentiasa
disampaikan kepada-Nya dan kakchik yakin Allah dengar cuma ada sebabnya Dia
belum mahu mengkabulkannya.
Apapun, ada satu lagi kebarangkalian, kakchik mungkin
menghadapi tekanan darah rendah atau tekanan darah tinggi. Mohonlah dijauhkan
Allah. Kakchik mohon sangat tidak mempunyai penyakit-penyakit ini. Banyak lagi
tugas dan amanah yang kakchik belum laksanakan dengan sebaik-baiknya untuk
diri, suami, keluarga, masyarakat dan agama. Jika ada penyakit bahaya, sukarlah
untuk kakchik melakukannya. InsyaAllah... InsyaAllah ini bukan puncanya.
Esok insyaAllah kakchik mahu ke klinik untuk membuat
pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh. Kakchik tidak mahu menangguhkan proses
ini demi untuk memastikan diri kakchik bebas penyakit dan mempunyai tahap
kesihatan yang normal. Jika sakit, pastinya kakchik akan menyebabkan cik abe
susah, keluarga kakchik susah dan orang lain juga susah terutama rakan sekerja
dan para pelanggan kakchik. Mohon sangat agar kakchik sihat sepenuhnya.
salam kak chik,
ReplyDeleteMoga sihat selalu.
Mungkin pitam sbb badan tak sihat.
Tapi jika ada berita baik, khabarkan tau, :)
Salam Kak Chik...semoga cepat sihat..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kakchik, semoga diberi kesihatan yang berpanjangan. InsyaAllah.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBanyakkan rehat, moga kak cik cepat sihat seperti asal.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTerkejut juga membaca tajuk entri akak ni.. Banyakkan berehat ye kak dan buat pemeriksaan lanjut. Nur doakan Kakcik sihat seperti sediakala. Jaga diri ye.
Salam k.cik...bie doakan andaian yg k.cik mengandung itu benar dan dimakbulkan Allah..insyaAllah...insyaAllah
ReplyDeletewkslm nur indahhouse.
ReplyDeletemaaf lambat pula kakchik dpt balas komen ni. alhamdulillah kakchik dah sihat dah. berita kurang baik sebenarnya. ada sedikit jangkitan kuman tapi dgn antibiotik insyaAllah akan sembuh.
wkslm zureen@mama. alhamdulillah kakchik dah sihat. terima kasih ya.
ReplyDeletewkslm mieza. terima kasih banyak. amin.
ReplyDeleteWkslm anyss. Alhamdulillah... kakchik dah sihat dah. Rehat panjang sejak cuti raya cina sampai hari ni.
ReplyDeleteWkslm Nur-nba.
ReplyDeleteTerima kasih atas prihatin Nur. Alhamdulillah dha pergi check-up dan dah tau puncanya. InsyaAllah kakchik dah sihat dah sekarang ni.
Wkslm bie. Allah belum izinkan bie. Apapun terima kasih kerana mendoakan kakchik mengandung.
ReplyDelete