Followers

23.1.12

Biasakan mereka dengan suasana ilmu.

Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni Tahun Baru Cina. Sebahagian dari kawan dan kenalan kakchik sedang menyambutnya bersama keluarga mereka kerana mereka berbangsa Cina. Ada yang beragama Islam dan ada juga beragama Buddha dan Kristian. Mereka sambut tahun baru, kita juga dapat nikmat cuti untuk dua hari.

Hari ni kakchik belum tahu nak kongsikan cerita apa dengan kalian tapi kakchik nak kongsi kenangan semalam bersama anak-anak saudara kakchik, Ikhwan, Iffah, Amierah dan Amriena. Semalam kakchik bawa mereka ke Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' sebab dah banyak kali mereka minta kakchik bawa. Kesian pula.

Sebenarnya Ikhwan ialah anak saudara kakchik yang pertama kakchik bawa ke Zahra'. Sejak dia berusia setahun lebih, kakchik sudah membawanya. Dulu Zahra' dibuka juga pada waktu malam jadi kakchik selalu minta kakak izinkan kakchik bawa Ikhwan menemani kakchik bertugas malam. Lagipun dia sangat rapat dengan kakchik.

Selepas Ikhwan, adiknya dan adik-adik sepupunya juga menjadi peneman kakchik ke Zahra' cuma mereka bukanlah lagi temankan kakchik kerja tapi datang untuk membaca. Kini Ikhwan sudahpun masuk umur 13 tahun dan dia punya kenangan yang lama dengan kakchik di Zahra'.

Alhamdulillah, bila melihat Ikhwan dan adik-adiknya termasuk sepupu-sepupunya, hati kakchik cukup gembira kerana usaha untuk membiasakan mereka dengan suasana ilmu menampakkan hasil. Mereka semua sukakan buku sama ada di rumah, dalam kereta atau di Zahra'. Alhamdulillah.

Semalam kakchik rakamkan kenangan mereka di hadapan rak buku yang baru dipasang di Sudut Kanak-Kanak, Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'. Seronok sekali.










4 comments:

  1. hai kakchik.. saya sgt bersetuju dgn kakchik dimana kita harus la dekatkan anak2 sekarang ni dgn keadaan yang lebih berteraskan ilmu... contoh bawak anak2 g library ke kan.. ermmm bagus.. bagus.. bagus..

    ReplyDelete
  2. wah seronok tengok budak2 tu...hajat nk bawak anak2 ke sini belum kesampaaian lg ni k.chik...hujung minggu penuh program sokmo etek.

    ReplyDelete
  3. hai nasazfrog. terima kasih kerana setuju dengan cara kakchik. tentu nasazfrog pun selalu buat begini kan?

    ReplyDelete
  4. bie, kalau hujung minggu penuh, marilah dalam minggu hehehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs