Assalamualaikum semua.
Esok pagi KakChik akan bertolak ke P.Pinang menaiki kapal terbang jam 0820 bersama Adik dan Amierah (Kakak). Sebenarnya Kakak tu dah rindu sangat kat ibu dia. Hari tu masa balik cuti raya dia tak puas beraya dengan Tok Meknya kat kampung, jadi Kakak tak mahu ikut ibu dan abahnya balik ke P.Pinang. Hari Ahad 5 Syawal tu bila abahnya ajak naik kereta dia nangis tak mahu dan nak ikut Cikninya ke MariBaca. Sampai merajuk dengan abahnya tak mahu balik P.Pinang.
Kakak tu sebenarnya tak suka duduk kat sana. Mungkin sebab sejak lahir hingga umur 3 tahun Kakak membesar di kampung maka Kakak tak serasi di P.Pinang. Kali ni Kakak agak lama juga bercuti di kampung dan kami pula sibuk dengan pesta buku menyebabkan dia tak dapat ikut ke kedai, Kakak mungkin rasa bosan. Kesian dia... budak 4 tahun yang sangat pandai menyorokkan rasa rindunya. Kalau kami tanya, "Kakak nak balik ke? Kakak rindu ibu dan adik Nana ye?" tentu dia naik marah. Dengan Ciknilah orang yang paling dia rapat. Setiap hari nak ikut Cikni ke kedai buku. Dia seronok boleh membaca dan menolong Cikni di MariBaca. Agaknya inilah kesannya kalau dari umur 1 tahun sentiasa di bawa ke MariBaca.
Oleh kerana Adik (Cikni) tak berani sangat bawa Kakak naik 'plane' sorang maka KakChik pun kena ikut sama. Cik Abe pun dah izinkan. Lagipun bolehlah KakChik ke Bazaar Chowrasta cari buku-buku 2-hand terutama novel untuk disewakan. Sambil-sambil tu kalau sempat nak singgah jumpa adik-adik di USM. Rindu juga kat kampus kita...
Insya-Allah petang Sabtu atau malam Ahad KakChik akan balik dengan bas ke KB. Tak mampu nak bayar tiket 'flight' banyak kali. Sorang dah RM150 lebih dengan Firefly, alamat pokailah...
Okay jumpa lagi dengan cerita-cerita menarik semasa KakChik di P.Pinang.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.