Cerita 2
Assalamualaikum semua.
Semoga hari kita semua ceria... seceria hari KakChik semasa dapat ke Bazaar Chowrasta (BC) mengubat rindu kepada timbunan buku-buku 2-hand. Walaupun pagi tadi masih keletihan tapi sekarang ni KakChik dah bertenaga semula selepas meminum segelas 'supreme diet' dan segelas teh panas. Alhamdulillah...
Ok, sekarang nak cerita pasal aktiviti semasa di Penang semalam. Adik KakChik, Dr. Azila dan suaminya Kapten Amizan tu sempat bawa KakChik ke tempat yang sangat-sangat KakChik nak pergi setiap kali datang ke Penang. Anda semua pun dah tahu kan. Entah berapa kali dah KakChik sebut kat atas tu. Sebenarnya depa nak bagi KakChik bawa kereta Kenari, pandu sendiri ke BC tu tapi bila KakChik ingat Jumaat sebelumnya dah puas 'makan langsat' dah tu letih sangat bawa kereta kat Penang yang banyak jalan sehala tu, lebih baik pergi dengan depa yang lebih 'expert' selok-belok jalan kat Penang. Dulu masa dok Penang, KakChik kaki tumpang motor kawan je... :)
Sampai kat Georgetown, Mizan terus cari parking sekitar BC, kesian dia dengan kerenah 3 anaknya tu dan 3 orang dewasa ni (KakChik, La dan Adik) yang asyik bersembang macam-macam hal... nasib baik dapat juga parking agak dekat, sebelah Mydin dan Balai Polis G/town. Apa lagi, cepat-cepat le ke BC... isyh sibuk betul jalan kat depan BC tapi kami semua selamat juga sampai... terubat sedikit rindu bila nampak buku... buku... dan buku...
Kalau dulu masa Matrikulasi, KakChik suka datang dengan kawan baik, Dr. Lily Husniati yang kini bertugas di HUSM Kubang Kerian. Boleh dikatakan banyak kali Sabtu juga kami berkampung kat BC tu. Keluar jam 9 pagi balik biasanya dah petang ... sangat. Bila Lily ke Australia, KakChik masih juga ke BC ditemani kawan-kawan lain. Kadang-kadang Dik Maz, Sakinah dan yang selalunya KakChik pergi sorang-sorang. Bukan apa... orang lain nak keluar 'shopping' macam-macam, kita pulak keluar nak 'shopping' buku je.
La, Adik dan anak-anak di celah-celah rak buku. Mereka pun turut teruja melihat begitu banyak buku. Pilihlah tajuk apa, boleh kata semuanya ada. Tak puas memilih, cek punya cek, duit pulak bawa sikit je, RM400. Bank pulak takde kat BC ni, mesin ATM jauh sekali. Nak keluar cari di luar BC, malas buang masa. Maka, setakat tu jelah belanja beli bukunya. Itupun dah janji dengan Uncle Mohammad (salah seorang tuan kedai) untuk simpankan tajuk-tajuk buku tulisan Kahlil Gibran, Janet Evanovich, Dale Carnegie, John Gray dan Nora Roberts. Nanti kena datang lagi bulan depan. Sebelum ni datang bawa RM1 ribu, kali ni datang adhoc sangat... tak sempat sedia duit.
Emran pun galak sungguh dapat berlari-lari sekeliling rak-rak buku. Sedih... tak sempat nak singgah kedai buku pakcik kat belakang tu. Kedainya banyak jual novel... terutama tema cinta. Orang yang suka baca Mills & Boon ramai di kedainya. Tapi KakChik kalau sempat masuk semua kedai yang ada. Beli sini sikit, sana sikit. Biar semua dapat rezeki. Lagipun mereka semuanya peniaga Muslim keturunan India.
Ini timbunan buku tulisan Danielle Steel dan Sidney Sheldon. KakChik tak jadi beli walaupun harganya antara RM10 - RM15 sebuah. Masih baru lagi. Tak cukup modal... lain kali aje. Lagipun semuanya dah ada. Insya-Allah nanti KakChik datang cari lagi untuk stok Buku Sewa di cawangan baru MariBaca. Bye bye Chowrasta, kalau panjang umur, aku datang lagi.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
WAH... jaw dropped tengok buku yang bersusun-susun tu. Ini antara tempat idaman saya dan kak dilah la..
ReplyDeletesuri - kena masuk dalam kalendar tahunan tu, kalau tak menyesal nanti
ReplyDeletebetul tu suri...jelesnya tgk kak chik dtg sini...waaa...nk gi jgk.....
ReplyDeletedilah, mesti gi. sekali gi mesti nok gi lagih.
ReplyDelete