Makan Tengahari - Nasi Abe Mie
Alhamdulillah, sudah rezeki KakChik Hari ni dapat makan Nasi Abe Mie. Nasi ni memang terkenal di Kota Bharu ni. Cawangannya mungkin ada 4 di KB saja. Nasinya ringkas saja. Nasi kukus, ayam goreng berempah (wangi) dan yang istimewanya bagi KakChik ialah kuahnya, emmmm... sedap. Tambah-tambah kalau FREE :D.
Lepas tu minum segelas teh panas... kenyang. Biasanya KakChik tak dapat nak habiskan sebungkus nasi tu tapi sebab hari ni makan pagi sikit je, maka... habis pula nasinya. Kalau nak rasa Nasi Abe Mie ni, bila datang KB tanya je sesiapa, insya-Allah dia tahu di mana.
3G Broadband
KakChik dah beli Celcom Broadband! Harganya RM399.00 dapat percuma satu pasu bunga. Apa pendapat kawan-kawan pasal 3G Broadband ni? Cuba kongsi sikit.... sepatutnya sekarang ni dah boleh guna dah tapi bila KakChik cuba tadi masih lagi belum ada signal... [lepas maghrib tadi kakchik cek, dah ada dah... 9.03pm]
HDPS3303
Inilah tugasan yang patutnya siap Jumaat lepas tapi masih ada lagi nak kemaskini. Insya-Allah hari Khamis ni bolehlah dihantar kepada En. Sha'ari di IPKB. Moga-moga kali ini pun dapat Menara Eiffel.... :)
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam kakchik, tie datang ziarah ni. Mahalnya broadband tu. Ingat murah je..tie dah berangan nak guna tu kalau kena pindah kat mana2. Leceh guna streamyx. Tapi kena fikir dulu. Tak contact cuba celcom ke??
ReplyDeletetie,
ReplyDeleteterima kasih berziarah ke mari. tambah sorang lagi kenalan kakchik.
memang broadband mahal tie, tapi yang tu lah yang paling murah setakat ni.
masa celcom promo di pesta buku kelantan awal bulan 10 baru2 ni harganya RM499.
pasal line tu, baru sekejap tadi kakchik tengok dah ada tapi tak selaju streamyx sb kampung kakchik ni coverage dia lemah sikit.
broadband pn bkn blh gn semua tmpt tie (kata ejen celcom) kecuali jika ada pemancar.
kak chik ambik course apa oum tu ye?
ReplyDeletekin - kakchik ambik dip. pendidikan awal kanak-kanak. hajat di hati nak jadi pakar so kakchik start dari bawah dulu.
ReplyDelete