Kadang-kadang perasaan benci datang.
Menggoda-goda kita agar bencikan seseorang, bencikan sesuatu.
Marah, sakit hati, meluat.
Naik benci katanya.
Benci aku, kata pula si dia.
Benci... benci...
Tak faham? Atau buat-buat tak faham?
Tahu... benci tu datang dari Syaitan...
Dah cuba elak, dah cuba tak hirau, dah cuba pujuk hati
tapi dia datang juga
senyap-senyap berbisik di tangkai hati...
dah cuba buat tak tahu, kata kat hati..."ini semua mainan Syaitan..."
istighfar,
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
bukannya mudah...
orang tak endah...
lagi rasa benci.
Istighfar lagi... urut dada, fikirkan Allah masih ada...
Hulurkan simpati...
sedikit empati pun memadai
di saat jiwa bergelora, fikiran berserabut, fizikal keletihan
hulurkan tanganmu...
tunjukkan senyuman...
berilah pandangan yang aku ini dihargai...
kesusahan ini sama dirasai
Pergi! Pergi!
Nyah kau benci!
Nyah kau dari hati aku yang mengharap...
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Kak chik,
ReplyDeleteBenci merupakan satu perasaan yang neutral sama seperti rasa sayang, marah dan sebagainya. Ia boleh jadi positive dan boleh jadi jugak negative, tengok pada tempat dan kepada apa kita benci. Benci kepada kekufuran tentu positive kan? So jangan minta Allah hilangkan perasaan benci itu sama sekali tapi mohon do'a biar benci kita itu, benci bertempat.. sama seperti perasaan sayang kita, biar sayang bertempat..
Tapi kak tirana faham maksud kak chik dalam puisi di atas..tentu benci yang kak chik maksudkan itu benci yang salah tempatnya...yang tak sepatutnya kita benci sebaliknya kena sayang..betul tak???
BENCI!! Memang tak suka sifat benci kecuali pada yang sepatutnya. Seperti yang tirana katakan.
ReplyDeleteTie memang tak pandai langsung nak huraikan. Main tokok tambah je...Maaf la ekk.
manusia memang kaya dgn pelbagai perasaan... kita yg kena tangani persaan dgn sebaik2 nya, kan?
ReplyDeletekak tirana - terima kasih banyak sebab ada juga orang yang faham
ReplyDeletekak tie - memang tak suka BENCI tu tapi tanpa kita minta dia datang menjolok hati kita
kin - betul tu... cuma tak selalunya kita bijak menanganinya.
terima kasih semua.