BISMILLAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera utuk semua. Alhamdulillah dapat juga meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Semakin kerap nampaknya kakchik terlewat dalam mengemaskini blog ini. Banyak peristiwa, cerita dan pengalaman yang mahu dikongsikan tapi tidak kesampaian dek kesibukan kakchik dengan urusan lain. Maaf ya para tetamu Keluargaku Sayang jika anda singgah tapi asyik melihat entri lama saja.
Keratan Metro Ahad, 18 Mac 2012. |
Baiklah, hari ni kakchik ingin berkongsi pengalaman sekali lagi terlibat dalam Seminar Marketing Power (SMP) anjuran pakar pemasaran nombor 1 di Malaysia iaitu Dr. Azizan Osman. Kalau tahun lepas kakchik menyertainya sebagai peserta, kali ini kakchik dengan sukarela menyertai Crew atau petugas untuk SMP. Satu pengalaman berbeza tapi menarik juga.
Sebagai crew, sesi taklimat diadakan seawal jam 6.30 pagi iaitu selepas beberapa minit kita menunaikan solat Subuh. Pada pagi Sabtu 17 Mac itu, kakchik bersiap seawal jam 5 pagi dan bersolat jemaah dengan suami di rumah. Oleh kerana perjalanan dari rumah ke KTC mengambil masa dalam 20 min maka pastinya kakchik tidak sampai ke tempat taklimat menepati masa yang ditetapkan.
Apapun, kakchik sempat menelefon kepada Ketua Crew memaklumkan kelewatan kakchik.
Alhamdulillah, semasa sampai yang ada beberapa orang Crew lelaki yang mungkin menginap di hotel bersebelahan. Kakchiklah crew perempuan yang paling awal. Alhamdulillah, kakchik suka begitu. Kakchik mahu pastikan dalam melaksanakan sesuatu amanah kakchik mahu berada di depan. Ini kerana bila taklimat dimulakan, kakchik telah relaks, tenang dan bersedia mental dan fizikal untuk memberikan perhatian kepada setiap arahan yang disampaikan.
Ada beberapa tugas yang Crew perlu lakukan iaitu membantu semasa sesi senaman di pentas, menjadi penyambut tetamu, menjadi petugas bahagian pendaftaran, menjadi 'usherer' semasa di dalam dewan untuk memastikan lelaki dan perempuan duduk di tempat yang berasingan, mengedarkan borang, memegang mikrofon dan yang selebihnya.... gunakan 'common sense' saja.
Yang seronoknya.... menjadi Crew boleh masuk ke dalam dewan seminar dengan PERCUMA!
Antara tugasan yang sempat kakchik lakukan ialah menjadi 'usherer', menguruskan pendaftaran sebelum masuk, memegang mikrofon dan menguruskan pendaftaran AMP (bolehlah 2 orang hehehe). Selain tugasan, yang kakchik amat suka sepanjang menjadi Crew ialah boleh berkenalan dengan para pelajar dan graduan DAO serta staf Richworks. Mengenali mereka yang dulunya biasa-biasa tapi kini ada yang berpangkat Dato', ada yang sudah pun mencapai pendapatan SEJUTA yang pertama, bak kata mereka hebat-hebat semuanya tapi saaaaangatlah 'down to earth'.
Networking, atau bina rangkaian atau senang lagi disebut, jalinkan persahabatan dengan orang yang berjaya, orang yang positif insyaAllah kita juga akan turut menjadi positif. Itulah yang kakchik dapat rasakan semasa berurusan, berkomunikasi, melihat bizkad mereka, mendengar perbualan mereka, melihat keceriaan mereka, semuanya turut melonjakkan semangat dalaman dan luaran kakchik untuk kaya dan berjaya. SeMESTInya kaya yang beriman, pemurah dan berjaya di dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi DAO selalu sebut, matlamat hidup kita mestilah untuk menambah nilai diri-sendiri di samping menambah nilai kepada orang lain.
Syukur Allah izinkan kakchik menjadi Crew dan cik abe menjadi peserta kerana dia belum pernah menyertai SMP sebelum ni. Lepas ni kakchik amat berharap Allah kabulkan doa dan harapan kakchik untuk menjadi Crew di Advance Marketing Power (AMP) pula. InsyaAllah hujung bulan ini kami ke Kuala Lumpur. Melabur untuk ilmu dunia yang menjurus ke akhirat. InsyaAllah.
Kakchik yakin Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha bersungguh-sungguh. Kakchik yakin Allah menolong hamba-hambaNya yang bersyukur dengan membantu agamaNya, membantu hamba-hamba Allah yang lain. Kakchik yakin Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap permintaan, setiap curahan perasaan, setiap luahan cinta, setiap detik denyut nadi yang bergerak dalam tubuh hamba-hambaNya. Dia sentiasa ada untuk kita dan kita sepatutnya sentiasa ingat kepada-Nya di masa berdiri atau duduk atau dalam apa keadaan sekalipun.
ALLAU AKBAR!
KakChik Niza
Dar Nur al-Zahra'
19 Mac 2012
bestne.. macamana nak jadi crew ya kakchik?
ReplyDeletewan anie, sebenarnya bila kita dah lebih dari 2 kali menyertai kelas advance dgn dao, richworks akan offer kat kita menjadi crew bila ada program. kita tak minta. nak setuju atau tak tu terserah kat kita.
DeleteAssalammualaikum kakchik..
ReplyDeleteLama tak update..rasa tak lengkap blogwalking takdak entry kakchik..huhu..
Semoga dipermudahkan segala urusan.