Followers

12.3.12

Buat Pertama Kalinya Ada 'Header' Untuk Blog Ini

BISMILLAH.

Alhamdulillah ketemu lagi kita di hari yang indah ini di dalam suasana yang sungguh membahagiakan sekali. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, setelah sekian lama akhirnya IMPIAN untuk mempunyai 'blog header' untuk blog Keluargaku Sayang terzahir juga akhirnya.

Kredit Foto: Nor Abdullah

Kalau kalian perasan, di atas sana, blog kakchik dah ada pembuka yang menarik sekali. Kakchik tak tahu hati orang lain tapi hati kakchik cukup gembira dan puas hati dengan hasil ilustrasi sahabat kakchik, adinda Nor Abdullah yang kini bermastautin di Jeddah, Arab Saudi.

Gambaran yang Nor lukiskan di 'header' ini sangat sinonim dengan gambaran yang sebenar buat diri kakchik sebagai pemilik blog. Yang paling signifikan ialah kedudukan meja makan dan tingkap itu. Oh, benar-benar menyerupai walaupun Nor langsung tidak pernah melihat suasana tersebut di dalam gambar-gambar kakchik.

Pemandangan di luar tingkap juga tepat sekali. Itulah pemandangan indah alam ciptaan Tuhan yang saban hari menjadi santapan mata dan minda kakchik. Ehem... ada yang perasan ke apa yang berada di skrin laptop tu? Hehehe... memang tak boleh lari dari bisnes kesayangan, Abaya Elegan Lovers.

Oh, azan Zohor sedang berkumandang tu, kakchik mahu berehat untuk solat dan makan tengahari. Sebentar lagi mahu kembali menyambung tugasan pejabat. Hari ni kita mengemaskini buku rekod harian perpustakaan pula. Mari kita menuju kejayaan. Mari kita menunaikan solat.


KakChik Niza yang happy,
Dar Nur al-Zahra'
12 Mac 2012

* Sesiapa berminat mendapatkan khidmat Nor Abdullah, sila rujuk pautan ini: 

15 comments:

  1. memang comel kak chik..
    izan pun berkenan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih izan. nanti boleh tempah dgn nor kalau nak header yang comel mcm ni.

      Delete
  2. salam kakchik - Tepat sekali sgt menarik dan mmg kena dgn kakchik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kakchik...suka arr penampilan blog akak..MANTAP!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Ain. Terima kasih... blog Ain pun apa kurangnya.

      Delete
  4. Salam K.chik.apa kabar?lama k.atie xsingah disini.Semoga K.chik sekluarga diberikan kesihatan yg baik oleh ALLAH,Aminnnnn
    Cantik header k.chik tu..kreatif sungguh org yg melukisnya..Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Kak Atie. Alhamdulillah... khabar baik kak. KC pun lama tak menjenguk Kak Atie. Rasa bersalah sebab tak dapat jadi teman yang baik setiap masa. Terima kasih ya Kak Atie. KC juga doakan Kak Atie sekeluarga sentiasa dilindungi Allah dan diberkatiNya.
      Terima kasih ... memang tangan orang yang melukisnya tu berseni.

      Delete
  5. memang sesuai sgt header tu, cantik! gambar pemandangan di tingkap tu macam penah tengok, kc ada post kat entry kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wan anie. hehehe... sangat prihatin teman kakchik ni... gambar di luar tingkap pun dia cam.

      Delete
  6. syukran kakchik. atas penghargaan pada doodles nor selama ni.. Nor tak sangka pula sama seperti yang kakchik inginkan..hehehe.Semua ilham dari Allah juga...^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan ya Nor. Na'am... Uhibbuki fillah ya Nor.

      Delete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs