BISMILLAH.
Mulai hari ini PESAN TOK GURU akan digantikan dengan siri KULIAH TOK GURU: Air Mata di Mahsyar iaitu buku terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd. Semoga kita akan sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.
BAB 1: Meninjau Himpunan Raksasa di Bumi Mahsyar
Sumber: Pusat Rawatan Islam KISWAH. |
ALAM luas ciptaan Allah SWT akan menempuh saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, bebunga yang kembang mekar akan gugur dari kelopaknya, besi akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui, makanan dan lauk-pauk yang segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajal pun tiba. Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yang sentiasa berlaku di sekeliling kita.
Situasi demikian merupakan suatu perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan Allah, iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yang dipenuhi berbilion keluarga planet, akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat. Tiada suatupun yang terkecuali selain yang kekal hanya Allah Yang Maha Pencipta yang menetapkan tarikh lahir segala ciptaan-Nya.
Firman Allah di dalam Surah Ar-Rahman ayat 26 - 27:
Yang bermaksud: "Setiap yang ada di muka bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."
...bersambung
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.