Followers

27.3.12

7 HARI YANG BERLALU

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam rindu dari kakchik untuk kalian semua yang selalu sudi untuk singgah dan membaca. Mohon maaf kerana sudah 7 hari kakchik tidak menuliskan apa-apa di blog Keluargaku Sayang ini. Kalau nak beri sebab memang ada banyak tapi cukuplah sekadar kakchik mengatakan, Allah tidak izinkan walaupun setiap hari hati teringatkan blog ini.

Oleh kerana masa lapang pun makin kurang maka kakchik akan bercerita mengikut susunan gambar sejak 19 Mac hinggalah semalam. Kalau rajin nak membacanya, silakan... amat kakchik hargai. 

Pada 19 Mac tu banyak abaya baru telah sampai dan seperti biasa bila stok baru masuk kerja kakchik di luar waktu pejabat akan bertambah dengan mendadak. Buka kotak, cek bungkusan agar semuanya dalam keadaan baik, bilang jumlah abaya, rekodkan sama ada tally dengan invois atau tidak, katalogkan, mula mengambil gambar, muatnaik gambar ke blog dan facebook (sebanyak mana yang mampu), membuat promosi, menguruskan jual-beli, membungkus, mengepos dan kemudiannya mendapatkan maklumbalas dari para pelanggan. Fuh, penat sekali tapi kakchik tak kisah sebab kakchik seronok melakukannya.

Salah satu contoh abaya bling-bling yang baru sampai.

Keesokan harinya kakchik perlu ke JPJ untuk membuat pengesahan kad pengenalan bagi penukaran hakmilik kereta Kenari yang kini telahpun dibeli orang. Rupanya sekarang dah ada peraturan baru, kena buat pengesahan di JPJ pula. Dulu semuanya dilakukan oleh jurujual Perodua. Apapun, lega rasanya bila mengenali tuan baru si Kenari yang kelihatannya seperti seorang yang baik. Alhamdulillah.

Tabung derma di depan kaunter 9 & 10 di JPJ.

Di petang Rabu, anak-anak buah kakchik macam biasa akan naik ke rumah sebaik saja kakchik balik dari kerja. Hari tu Adelia kurang sihat sebab gusinya sakit nak tumbuh gigi baru. Kesian sangat. Sampai demam-demam kerana gusi sakit. Kita yang dewasa ni pun tak tahan bila sakit gigi, inikan pula anak kecil yang baru berumur setahun lebih. Tapi Adelia ni sangat bagus, mudah dengar kata dan pujukan. Sambil mengadu gusinya sakit, dia turut berikan logik kenapa dia kena kuat. Hehehe cerdik sungguh anak ini.

Adelia dan kakak keduanya, Amriena menunggu kakchik berkemas.

Hari khamis pun tiba, hari sibuk sedunia (dalam kamus kakchik je) kerana pada hari inilah kakchik ada banyak urusan yang berkaitan dengan bisnes. Sebenarnya dari malamnya lagi kakchik sudah membungkus dan menanda sebab mudahlah urusan bila nak ke pejabat pos nanti. Anak-anak saudara tahu kakchik tak kerja pada hari Khamis jadi mereka pun suka sangat naik ke rumah meminta perhatian. Kakchik pula tak sampai hati taknak layan mereka tapi tidaklah sampai mengganggu kerja-kerja rasmi. Urusan pelanggan kenalah dilakukan dengan sebaik-baiknya kan?

Pagi tu kakchik dan cikabe ke halaman melihat bunga-bunga kertas hasil tanaman umi sambil melayan Adelia berlari-larian. Seronok sakan dapat bermain di halaman yang lapang, tenang, nyaman dan menceriakan. Alhamdulillah. Jemputlah menjamu mata melihat pokok-pokok bunga kerta umi kakchik. Kakchik takde bakat menanam bunga. Kalau beli benih, selalunya tumbuh jadi pokok yang akhirnya menjadi milik umi juga sebab pokok tu akan teraniaya kalau masih jadi milik kakchik.









 
Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai... alhamdulillah bertemu lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Syukur kerana Allah masih mengizinkan kakchik menikmati hidup hingga ke penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat. Impian kakchik kalau mati, nak Allah ambil nyawa pada hari Jumaat di bulan Ramadhan. Sangat seronok bila Jumaat datang. Selain banyak dan suburnya majlis ilmu pada hari ini, inilah harinya kakchik berehat-rehat di rumah sambil membersih dan mengemas. Misalnya mengemaskan SOHO Abaya Elegan :)





Rehat lama-lama tak boleh juga kan? Kita kenalah sentiasa produktif dan proaktif kerana hidup sebagai hamba Allah ni amanah kita ada banyak. Jadi bila Sabtu datang, kakchik pun kembali menyambung rutin memandu ke pejabat. Orang lain cuti, kakchik dan sebahagian orang yang istimewa (jangan marah ya...) perlu menyumbang bakti kepada masyarakat. Dalam keceriaan dan semangat nak pergi kerja tiba-tiba bertembung dengan peristiwa menyayat hati dan menginsafkan. Kemalangan ngeri berhampiran SK Demit. Khabarnya pemandu kereta ini meninggal di tempat kejadian. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.



Kembali ke pejabat seperti biasa, menyumbang bakti untuk orang awam yang dahagakan ilmu. Perpustakaan Dar Nur al-Zahra', kakchik masih setia di sini. Tahun ni perpustakaan kami mendapat banyak penambahbaikan. Selain mendapat cat baru untuk seluruh luar bangunan, di dalam pula sudut kanak-kanak turut mendapat tempiasnya. Peralatan juga turut menerima perubahan termasuklah mesin fotostat kami. Trade in mesin jenama Dialta dengan jenama Canon yang lebih baik. InsyaAllah khidmat fotostat akan lebih pantas dan berkualiti selepas ini. Alhamdulillah.

Pekerja-pekerja Yee copier sedang memasang mesin canon yang baru.

Semalam, alhamdulillah bisnes abaya mendapat jualan yang agak tinggi berbanding hari-hari biasa. Jadi kakchik terfikir untuk membelanja cikabe dan keluarga di rumah dengan ayam goreng RFC maka kakchik singgahlah sebentar di RFC Kubang Kerian. Alhamdulillah... gembira bertambah-tambah apabila kakchik membuatkan orang lain gembira. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap rezeki yang diperolehi.


1 comment:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs