Abaya ialah busana muslimah yang terbaik buat kakchik. |
BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua, semoga kalian sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT dari segala bahaya di mana saja kalian berada.
BUSANA MUSLIMAH
Pagi Sabtu ni Perpustakaan agak lengang berbanding pagi Sabtu sebelum-sebelum ini. Mungkin kerana cuti sekolah sudahpun bermula jadi ramai pelajar dan orang dewasa mengambil peluang untuk berehat-rehat dulu di rumah. Kebetulan pula hari ini cuti hujung minggu kepada sesetengah orang. Dalam keadaan tidak sibuk ini kakchik mahu menulis sedikit tentang tajuk yang biasa dibicarakan orang iaitu 'BUSANA MUSLIMAH'.
Tulisan kakchik ini banyak berpandukan pemahaman kakchik sendiri tentang busana muslimah berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Bila bercerita tentang busana muslimah pastinya isu AURAT juga akan disentuh kerana keperluan berpakaian ialah satu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang akil baligh. Dalam hal berpakaian ini MENUTUP AURAT adalah satu kewajiban sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Ahzab: 59)
Apa Itu Busana Muslimah?
Pada pendapat kakchik busana muslimah ini terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu 'busana' dan 'muslimah'. Busana ialah pakaian manakala muslimah ialah wanita Islam. Busana muslimah membawa maksud pakaian yang dipakai oleh wanita Islam yang mempunyai ciri-ciri pakaian menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Semestinya ia tidak haram dilihat oleh orang awam bila dipakai.
Sebagai contoh:
Berbaju kurung. |
Memakai abaya hitam pun bagus juga. |
Salwar Kameez pun ok jika segalanya longgar dan labuh. |
Ada banyak contoh sebenarnya tapi apa sahaja yang dipakai untuk menjadikan ianya busana muslimah, ia mestilah menepati 8 syarat utama ciri-ciri pakaian Islam sebagaimana yang kakchik pernah kongsikan di dalam entri yang ini: 8 Sifat Pakaian Wanita Islam. InsyaAllah mudah nak faham kan?
Untungnya Berbusana Muslimah
Bila ita memakai busana muslimah yang menepati syariat, kita adalah antara orang yang beruntung. Kenapa? Tak susah untuk kita jawab kan? Ini ialah antara KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh sesiapa saja wanita Islam yang memakai busana muslimah yang kena dengan ciri-ciri yang digariskan oleh hukum-hakam Islam. Mari kita tengok apa antara keuntungannya yang dapat kakchik kongsikan.
- Dapat PAHALA - sebagaimana yang kita tahu bila kita berbuat sesuatu yang disuruh agama, kita akan diberi ganjaran pahala dengan syarat kita melakukannya kerana Allah SWT. Nampak mudah kan? Yang mudah macam ni lah yang kita kena selalu kejar.
- Dihormati - penampilan biasanya selari dengan kefahaman dalam agama. Penampilan juga mencerminkan akhlak kita. Bila kita menjaga penampilan kita sebagai seorang muslimah, insyaAllah akhlak juga kita kena jaga. Bila kedua-duanya seimbang, secara sendirinya kita akan dihormati oleh lawan atau kawan. Cuba tanya diri sendiri betul atau tidak.
- Keanggunan Terserlah - kakchik melihat, wanita-wanita Islam yang memakai pakaian Islam dengan penuh bangga yakni yakin dengan pakaian mereka kelihatan sangat anggun. Walau wajah mereka tidak bersalut make-up namun pakaian mereka yang kemas, bersih dan menutup aurat serta pembawaan diri mereka yang elegan, menjadikan imej Islam itu terserlah.
- Orang lain bangga dengan mereka - maksud kakchik, sebagai wanita Islam, kakchik bangga melihat wanita Islam yang lain memakai busana muslimah. Perasaan bangga ini hadir dan menjadikan kakchik makin semangat dengan dakwah Islam. Kakchik bangga kerana wanita muslimah yang istiqomah berbusana muslimah ke mana saja walaupun kehidupan duniawi diasak oleh pelbagai fesyen pakaian yang merosakkan imej muslimah.
- Jauh dari api Neraka - ini jelas. Bila kita buat suruhan Allah dengan hati yang ikhlas, maknanya kita taat kepada perintah Allah SWT. Orang yang taat kepada perintah Allah tanpa dalih, insyaAllah akan terjauh dari api neraka. Setuju?
Itulah antara kebaikan kita berbusana muslimah yang sebenar. Sebenarnya ramai yang masih salah faham tentang maksud busana muslimah ni. Ada yang hanya mengenakan busana muslimah di tempat-tempat tertentu saja. Misalnya jika menghadiri program di masjid, program berbentuk keagamaan seperti usrah dan halaqah, mengambil dan menghantar anak di sekolah agama, menyertai aktiviti kebajikan dan seumpamanya. Pada waktu itu mereka memakai pakaian menutup aurat tapi tidaklah begitu lengkap.
Mungkin pada ukuran mereka, busana muslimah itu lengkap apabila mereka memakai tudung sedangkan pada masa itu baju mereka ketat, baju mereka jarang, baju mereka lengannya pendek, kain mereka terbelah, kain mereka nipis, kain mereka ketat, tudung mereka singkat atas paras dada, tudung mereka nampak 'ramos', tudung mereka diletakkan atas bahu saja, tudung mereka sekadar nak tutup malu kepada para ustaz dan ustazah dan sebagainya. Allahu'alam.
Bagi kakchik mudah saja nak labelkan pakaian itu busana muslimah atau tidak. Jika ianya menepati 8 syarat pakaian wanita Islam itu maka ianya busana muslimah. Selama mana ianya tidak menepati ciri-ciri yang digariskan maka selama itulah ianya belum menepati dan perlu dibaiki lagi. Ramai yang pakaiannya seperti baju dan seluar sudah memenuhi syarat tapi sayangnya tudung pula kecil saja, sekadar menutup rambut dan leher sedangkan bentuk dada boleh dilihat dengan nyata. Sayang.
Kesimpulannya
Sebagai hamba Allah, sebagai makhluk yang hidupnya bergantung kepada nyawa yang Allah pinjamkan, marilah kita buat suruhan Allah tanpa banyak soal. Menutup aurat dengan sempurna ini satu kewajipan ke atas kita, maka janganlah kita menangguhkannya. Bila Allah nak ambil balik nyawa kita, kita tidak tahu. Bimbang kalau diambilNya di saat kita belum lagi memakai busana muslimah yang terbaik sebagaimana yang Dia suruh. Alangkah ruginya kita nanti.
Sebelum segalanya terlambat dan kita menyesal tidak sudah di dalam kubur dan di akhirat nanti, marilah kita ubah pakaian kita kepada busana muslimah yang terbaik. Janganlah kita tunggu, tunggu dan tunggu hingga 'sampai seru'. Seru apa yang kita tunggu tu? Seru Sangkakala ke? Atau seruan Malaikat Izrael? Buatlah tindakan sekarang, FAST ACTION FAST RESULT kalau ikut kata Dr Azizan Osman. Dalam hal nak buat kebajikan agama ke atas diri kita pun kenalah bertindak cepat juga.
Supaya kita tidak TERLAMBAT.
KakChik Niza
Perpustakaan dar Nur al-Zahra'
Telipot, KB.
19 November 2011.
Assalamualaikum kak chik sayang...
ReplyDeletemaaf syikin lama tak singgah ke teratak kak chik ni =)
MasyaAllah .. cantik isinya .. suka sangat.. syukran kakchik..
** bila lah agaknya syikin berpeluang ke library di kb =)
Assalamualaikum kakchik.Alhamdulillah, perkongsian yang menarik dan padat dengan ilmu...Syukran kakchik...
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletesuka denga istiqamah kak chik tentang entri sebegini. tahniah!
rose sedang melabuhkan jilbab sekarang ni...supaya bertudung dengan lebih observe dan proper.
yang paling penting kak chik
ReplyDeletesenang nak bf anak..
tak perlu leceh2 nak beli nursing cover klu pakai baju ikut cara muslimah betul
lagi satu..
senang ank soalt
tak perlu nak bawa telekung
nak2 mcm aku ni
even pakai suar pun..
kenalah yg longgar
kdg2 tak phm bila tgk suke pakai baju ketat,suar ketat..
tak bernapas la.
yg debab mcm aku ni confirm tak bernapas klu pakai ketat..
apetah lagi dema..
tak phm betol..tak paham...
salam, sekadar berkongsi suara hati, menutup aurat sudah terlalu sempurna Alhamdulillah, tapi kenapa terlalu bermewah-mewah, bukankah islam melarang pembaziran,wanita tetap wanita walau berjubah, berpurdah tetap berlebih-lebihan, adakah ini tuntutan agama? nafsu juga yang menang
ReplyDelete