Followers

27.6.10

Pakai Purdah Pun Boleh Menunggang Kuda

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk teman-teman semua.

Sudah jam 2 petang makanya solat sudah, makan pun sudah kan? Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Allah ke atas kita. Sikit saja Allah tarik nikmat tu, misalnya dia bagi tekak kita sakit, maka sudah hilang satu nikmat iaitu nikmat makan. Bukan tak boleh makan.... boleh... cumanya kita tidak dapat menikmatinya dengan selesa dan seronok. Betul kan?

Dalam pada kakchik membelek buku-buku baru yang tiba di Zahra' ni, kakchik teringat satu iklan yang ditag oleh seorang kawan di dalam facebook. Yang sebenarnya dia ajak kakchik menyertainya. Memang teruja sangat melihat iklan tu. Apa taknya, kakchik ni pakai purdah, kalau dapat menunggang kuda terasa bagai tentera Islam zaman nabi je, hehe.

Ini iklannya:
Klik untuk pembesaran imej.

Ada 3 sunnah Nabi Muhammad saw yang kakchik sangat teringin belajar dan menguasainya. Teman-teman pun tentu telah baca dan tahu bahawa ada 3 sunnah Nabi yang sangat sesuai sebagai aktiviti mempertahankan diri sama ada dalam perang dan dalam menjaga kesihatan. Iya, berenang, memanah dan berkuda.

Alangkah seronoknya kalau kakchik punya kesempatan mempelajari kesemuanya. Peluang kini terbuka cuma kakchik kena susun atur jadual hari dengan sebaiknya jika kakchik mahu mempelajarinya. Berenang kakchik pernah belajar tapi skill sudah berkarat sebab sudah bertahun-tahun tidak dipraktikkan. Memanah juga pernah mencuba satu ketika dulu tapi sekadar suka-suka. Dan kini peluang untuk belajar menunggang kuda, terbuka luas dan kosnya pun agak murah.

Tentu hebat sekali kalau ramai orang Islam yang pandai menunggang kuda. Setiap kali kakchik tengok orang menunggang kuda terdetik dalam hati, "hebatnya...". Kalian tahu, bukan mudah untuk menunggang kuda. Kata seorang kawan, kalau sesiapa mahu menguruskan badan dengan tempoh yang agak cepat, tungganglah kuda kerana aktiviti itu memberi hentakan kepada seluruh badan. Dia sendiri sudah turun 5 kg sejak beberapa bulan menunggang kuda. Jauh lebih efektif dari aerobik. Menarik kan?

Tapi, bukan itu yang kakchik matlamatkan. Kakchik cuma mahu pandai satu sunnah nabi. Jika diamalkan untuk kebaikan, insyaallah akan dapat pahala. Pahala itu bekalan di akhirat nanti. Umpama pelaburan kakchik untuk hidup selepas mati nanti.

9 comments:

  1. saya pernah tunggang kuda sekal saja dah lama dulu...

    memang teringin nak menunggang kuda cuma kena cari ruang...

    swimming aktiviti yang saya paling suka, rumah skang jauh dengan pool, susah sket nak berenang lagi satu nak cari pool yang bertutup dan waktu khas utk ladies shj bukan senang....

    ReplyDelete
  2. wan, kat mana wan menunggang kuda? orang kata kali pertama naik kesannya sakit satu badan tapi bila dah biasa, badan jadi mantap.

    mmg kat negara kita ni kolamnya tak banyak yang ramah muslimah. Kalau di KB ni kami guna kolam di kompleks sukan pada hari tertentu, ia hanya dibuka untuk perempuan pada hari tu.

    ReplyDelete
  3. aduihhh...jauhnye kelas nieh. dari dulu sha berangan nak menunggang!

    ReplyDelete
  4. salam kak chik.sy patutnye dah ada sijil O Level pengurusan kuda tapi belum amik exam..dah setahun tangguh(pihak cikgu lmbt, pastu dah ada peluang, sy lak bersalin hehehe)..

    kat sini pun ade kuda, tapi dek sy bz dgn kerja2, memang tak sempat nak gi menunggang.Dulu2 rajin gak singgah gi mandikan kuda2 tu sebab kuda ni akan mudah attached dgn org yang grooming/bathing dia :)..nanti kan, bila kak chik gi belajar, biasanye cikgu suruh sikat rambut kuda dulu, brush kulit dia, then lepas menunggang, mandikan kuda dan kasi makan:)

    ReplyDelete
  5. sha, walaupun dekat dengan rumah kakchik, kakchik pun belum menjejakkan kaki ke sana lagi.

    ReplyDelete
  6. wkslm catlina. mashaallah... bestnya kalau dapat sijil tu. dah la catlina hari-hari di kelilingi haiwan-haiwan ciptaan Allah, boleh pulak belajar menguruskan mereka.
    bunyi macam best je belajar mengurus kuda ni. kakchik ni diajak kittun untuk belajar tapi belum bersahut lagi ajakan dia.

    ReplyDelete
  7. Salam K.chik,
    thanks ya for iklan ni..
    Kalau ada sesiapa yg berminat ingin belajar menunggang kuda boleh hubungi saya. Byk kelebihan menunggang kuda. Bukan saja kita sehat, kurus, tapi byk juga kelebihan2 lain. Setiap perkara yg menjadi sunnah itu byk kelebihannya.

    'Belajarlah memanah & menunggang kuda'(hadith muslim)

    'Jadikan setiap perkara itu satu ibadah'.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Kittun.
    You are welcome. Insyaallah mesti ada yang berminat. Kakchik nanti bila dah ready mesti kakchik bagitau Kittun.

    ReplyDelete
  9. pemakaiannya muslimah untuk kelas menunggang kuda mcmane ? Still kene pakai jodpur ke? Jodpur agak ketat sebenarnya...Boleh bagi tips pemakaian muslimah untuk kelas menunggang kuda

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs